BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Jumpa Lagi BoBoiBoy merupakan episod kedua puluh enam dalam musim ketiga siri BoBoiBoy dan juga episod terakhir siri BoBoiBoy yang disiarkan di TV3 dan dimuat naik ke YouTube dalam saluran Monsta pada 11 Jun 2016.

Plot

Di luar angkasa lepas yang luas, kelihatan Adu Du yang sedang mengemudi kapal angkasanya cuba menghampiri kapal angkasa Kapten Kaizo. Pada masa yang sama, Adu Du melancarkan misil-misil yang banyak dan akhirnya berjaya mengenai kapal angkasa Kapten Kaizo yang telah mengakibatkan letupan api di tengah-tengah angkasa. Terdesak untuk melarikan diri, Lahap sebagai pengemudi kapal angkasanya membalas balik dengan melepaskan tembakan dan beberapa peluru berapi. Adu Du terkejut lantas cepat-cepat mengelak. Walau bagaimanapun, peluru-peluru berapi itu berjaya mengenai kapal angkasa Adu Du. Kapten Kaizo yang hanya berdiri dengan tenang dari tadi tidak menyangka bahawa BoBoiBoy dan kawan-kawannya mempunyai keberanian walaupun sudah tidak mempunyai sebarang kuasa pada mereka.

Dengan mengaktifkan Kuasa Penembus melalui bingkai cermin mata, Fang perlahan-lahan melangkah keluar dari kokpit kapal angkasa kaptennya dengan menembusi dinding di belakang. Walaupun Kapten Kaizo dapat mengagak niat Fang, namun dia hanya melepaskannya dengan muka yang serius. Sementara itu, kelihatan kapal angkasa Adu Du berjaya diserang oleh Lahap dengan beberapa kali tembakan dan peluru-peluru berapi sehingga Probe melaporkan bahawa kapal angkasa mereka sudah sampai ke tahap kerosakan yang teruk. Terdesak untuk menyelamatkan diri, Adu Du lantas mengarahkan BoBoiBoy dan kawan-kawannya untuk masuk ke dalam pod angkasa supaya dapat memecah masuk ke dalam kapal angkasa Kapten Kaizo. Demi menyelamatkan si penjahat Fang, BoBoiBoy dinasihatkan oleh Adu Du supaya jangan membimbangi tentang mereka. Disebabkan itu, Adu Du dipuji oleh Gopal kerana sejahat-jahat dia pun masih ada gunanya. Tanpa membuang masa lagi, BoBoiBoy, Yaya, Ying dan Gopal melompat masuk ke dalam laluan yang akan membawa mereka ke dalam pod angkasa dan akhirnya masing-masing terduduk di dalam pod. Adu Du mendapat laporan daripada Probe lagi bahawa enjin kapal angkasa mereka mula terbakar, lantas mengarahkan konconya itu untuk melancarkan pod angkasa.

Roger and out

"Superjahat Jero-Jero, roger and out!"

Kelihatan enjin pod angkasa mula dilancarkan dengan pintu utama dibuka perlahan dan akhirnya pod itu terus berlepas selaju mungkin menuju ke kapal angkasa Kaizo. Melihat sahaja kapal angkasa Adu Du teruk diserang, BoBoiBoy cemas. Tetapi dipesan oleh Adu Du supaya teruskan misi mereka untuk menyelamatkan Fang. Sebelum talian terputus, Probe sempat melaporkan "Superjahat Jero-Jero, roger & out" lalu kapal angkasa mereka jatuh menjunam ke Bumi. Tidak dapat berbuat apa-apa, BoBoiBoy terus mengarahkan kawan-kawannya untuk bersiap sedia. Walaupun serangan itu masih tidak berhenti, namun mereka berjaya membolosi serangan-serangan itu dan mendarat di dalam kapal Kaizo itu dengan selamat. Melihat perkara itu, Kapten Kaizo tersenyum seperti mendapat satu idea jahat. Baru sahaja BoBoiBoy dan kawan-kawannya ingin mencari Fang, tiba-tiba datang Kapten Kaizo bersama dengan Lahap. Sambil menepuk tangannya, Kaizo memuji tindakan mereka yang berani datang ke situ tanpa sebarang kuasa diikuti dengan Lahap yang berasa kagum.

BoBoiBoy dengan rasa marah ingin mengetahui keberadaan Fang, namun tidak diberitahu oleh Kaizo. Kelihatan Fang yang bersembunyi di tempat saluran udara (dengan kuasa asalnya yang masih aktif) sedang ingin melakukan sesuatu. Kemudian, Kaizo diminta oleh Yaya supaya dia memulangkan semula jam-jam kuasa mereka. Namun disergah oleh Kaizo dengan tenang yang mereka tidak layak untuk menggunakan jam-jam kuasa yang hebat itu. Lantas BoBoiBoy menyergah Kaizo balik dengan soalan "siapa dirinya" untuk menentukan yang mereka layak atau tidak untuk menggunakan jam-jam kuasa itu. Jerit Lahap pula, BoBoiBoy dan kawan-kawannya sudah kalah dalam pertarungan sebelumnya. Walau bagaimanapun, Kapten Kaizo tampak tertarik akan keazaman BoBoiBoy dan kawan-kawannya yang tinggi untuk mendapatkan semula jam-jam kuasa mereka. Oleh itu, Kapten Kaizo mencabar mereka untuk bertarung untuk kali terakhir. Sambungnya lagi, jika mereka memenangi dalam pertarungan ini, dia akan menunaikan permintaan mereka.

Images-1476060889

Yaya dan Ying cemas apabila melihat Lahap melancarkan serangan.

Dengan segera, Gopal menolak cabaran Kapten Kaizo kerana sudah tahu yang pasukan Kapten Kaizo akan menang. BoBoiBoy pula bertanya bagaimana mereka hendak bertarung jika mereka tidak mempunyai kuasa. Kemudian, Kapten Kaizo memanggil Fang yang masih lagi bersembunyi di atas saluran udara. Fang berasa terkejut kerana kaptennya nampak dirinya di atas, kemudian membuka topengnya.

Pembelot!

"Pembelot!"

Jelas Kapten Kaizo, dia tahu niatnya yang mencuri jam-jam kuasa untuk membelotnya, Fang terkejut dan berasa serba salah. Kapten Kaizo kemudiannya menyediakan sebuah gelanggang dengan menggabungkan sayap kapal angkasanya bagi mereka semua bertarung. Kapten Kaizo menyuruh Fang untuk menyelamatkan kawan-kawannya dengan segera, iaitu dengan memberikan jam-jam kuasa kepada pemakainya semula sebelum Lahap menghapuskan mereka.

Kapten Kaizo serang adik tersayang

"WAAARGH!"

Fang berasa terkejut, lalu Lahap mengatakan bahawa itulah akibat dia membelot kaptennya dan dia. Dia mengambil sebuah bekas dari begnya lalu memasukkan ke dalam mulutnya. Jelas sekali Yaya dan Ying sudah tahu apa yang akan dilakukannya, iaitu ingin menembak. Setelah Lahap mengumpulkan tenaga di dalam mulutnya, dia menembak dengan Tembakan Tenaga. Fang yang melihat perkara tersebut terkejut lalu segera turun ke bawah sambil mengaktifkan topengnya dan menghasilkan sebuah pelindung untuk melindungi kawan-kawannya. Baki serangan tersebut menyebabkan dinding di belakang pecah dan mula menyedut mereka semua keluar. Akan tetapi, BoBoiBoy dan kawan-kawannya sempat memegang benda-benda yang tertentu, dan Fang pula dengan pantas mengembalikan jam-jam kuasa mereka. Kapten Kaizo berasa marah dengan sikap Fang yang membelotnya, lalu meluru ke arah Fang lalu menggunakan pedangnya untuk melibas muka Fang, akibatnya topeng kepunyaan Fang retak dan terus pecah lalu dia ditolak keluar bersama dengan BoBoiBoy dan yang lain dengan Tolakan Tenaga.

0326 tolakan tenaga

Tolakan Tenaga!

Serangan Kapten Kaizo menyebabkan mereka terjatuh ke kawasan gelanggang perlawanan tersebut. Fang bangkit dan memegang topengnya yang telah retak dan datang BoBoiBoy yag bertanyakan jika dia tidak apa-apa. Kelihatan topengnya telah pecah dan tidak boleh digunakan lagi. Yaya bangun semula dan bernasib baik kepada Fang kerana dia menolong mereka. Gopal yang turut bangkit berasa hairan kerana mereka boleh bernafas di angkasa diikuti dengan Ying yang berkata tentang ketiadaan udara di angkasa. Lahap yang turut berada di situ mengalu-alukan kedatangan mereka semua ke Medan Latihan Tempur. Kapten Kaizo juga berada di gelanggang tersebut dan berjalan menuju ke arah BoBoiBoy dan kawan-kawannya lalu menjelaskan bahawa di situlah tempat mereka akan bertarung untuk menentukan kelayakan BoBoiBoy dan kawan-kawan untuk menggunakan jam-jam kuasa. Nampaknya Gopal masih tidak yakin untuk memenangi pertarungan tersebut.

Kapten Kaizo Berbicara

Kapten Kaizo berbincang dengan BoBoiBoy sebelum memulakan pertarungan.

Tanpa membuang masa, Kaizo mengeluarkan pedangnya lalu mula menyerang dengan teknik Tetakan Tenaga. Dengan pantas, BoBoiBoy memakai jam kuasanya lalu bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar dan menahan Pedang Tenaga dengan dua bilah Pedang Halilintar sambil matanya memandang tajam ke arah mata Kapten Kaizo dan bertekad untuk membuktikan kelayakan mereka untuk menggunakan jam-jam kuasa tersebut. Kapten Kaizo terasa dicabar lalu memuji semangat BoBoiBoy yang tinggi, namun kemenangan tidak berpihak kepada BoBoiBoy jika hanya dia seorang sahaja yang bertarung dengan Kaizo. Oleh itu, Fang segera memakai jam kuasa bayangnya lalu mula menyerang dengan Tusukan Bayang.

Pada yang sama, Ying berkata kepada Yaya dan Gopal untuk menolong BoBoiBoy dan Fang lalu mereka memakai jam kuasa masing-masing. Lahap yang berada di hadapan mereka menyerang dengan Serangan Plasma Toksik, Yaya dan Ying sempat mengelak daripada serangan tersebut namun Gopal tercampak ke belakang. Lahap meruskan serangannya sehingga lantai gelanggang pecah dan meninggalkan serpihan yang banyak, lantas Gopal menukarkan serangan itu menjadi roti canai, tetapi malangnya roti canai itu mendarat di atas Gopal. Ying dan Yaya berasa geram lalu Ying menggunakan Seribu Tendangan Laju dan Yaya pula menggunakan Tumbukan Super Padu, Bertubi-tubi untuk membelasah si Lahap. Lahap dengan cemas mengambil serpihan-serpihan dari lantai gelanggang yang pecah tadi lalu memakannya. Kelihatan dia sedang mengumpulkan tenaga yang banyak lalu melakukan Kuasa Serapan Besi dan seluruh tubuhnya menjadi lain. Serangan Yaya dan Ying gagal dan tangan serta kaki mereka juga menjadi merah. Kemudian, dia menjelaskan bahawa badannya telah menjadi keras seperti besi di kapal angkasanya. Sambungnya lagi, itu merupakan kuasanya tahap ke-2 iaitu Penyerapan Material. Lalu melompat ke arah Yaya dan Ying.

Lahap jadi besi

Kuasa Lahap tahap kedua; Penyerapan Material.

Sementara itu, perlawanan antara Kapten Kaizo dengan BoBoiBoy dan Fang menjadi semakin sengit. Jadi, BoBoiBoy Halilintar bertukar menjadi BoBoiBoy Taufan lalu melontarkan Cakhra Udara yang banyak untuk menyerang dari Kapten Kaizo dari atas manakala Fang pula menjelmakan Harimau Bayang untuk menyerang Kapten Kaizo dari bawah. Tetapi, jelas sekali serangan mereka berdua tidak meninggalkan kesan terhadap Kapten Kaizo kerana dengan kemahiran berpedangnya yang hebat, dia dapat mengatasinya lalu melompat ke udara dan mematahkan papan luncur BoBoiBoy Taufan.

Fang mengeluarkan Polar Bear Bayang dan mengarahkannya untuk menyerang Kapten Kaizo, namun Kapten Kaizo terus menghalangnya dengan Tumbukan Tenaga. Kesan daripada saki baki kuasanya mengenai Fang dan dia terjatuh di sebelah BoBoiBoy Taufan. Kemudian, Kapten Kaizo mengatakan yang itu bukanlah masa untuk berehat, dan mencabar mereka untuk bangun dan menghadapinya lalu menjelmakan Dinding Tenaga untuk menjatuhkan mereka berdua. Lantas mereka bangkit dan BoBoiBoy Taufan menggunakan Gerudi Taufan dan Fang pula menghasilkan Tangan Bayang untuk cuba menahan dinding itu.

Sementara itu, Lahap berasa gembira kerana lawannya tidak mampu berbuat apa-apa. Kelihatan Gopal memegang satu serpihan besi kapal angkasanya lalu cuba menelitinya. Akhirnya, dia mendapat satu akal dan menyuruh Yaya dan Ying untuk mencampakkan beberapa serpihan besi ke arah Lahap. Yaya mengikut sahaja apa yang disuruhnya dengan melakukan Kuasa Graviti untuk mengangkat serpihan-serpihan besi kapal angkasa tersebut lalu melontarkan ke arah Lahap dengan perlahan. Lahap memerlinya dengan beranggapan bahawa Yaya ingin memberi serpihan-serpihan kapal angkasa kepadanya lagi. Denagn pantas, Ying melakukan Kelajuan Masa untuk mempercepatkan lagi proses pelontaran itu, lantas Gopal melakukan Tukaran Sayur-Sayur Ulam. Dalam sekelip mata, Lahap telah bertukar menjadi sayur dan warna seluruh tubuhnya menjadi hijau. Gopal pula mengatakan bahawa tekaannya tepat. Yaya pula mengatakan "Kalau besi kuat...", kemudian disambung oleh Ying "Sayur mesti lembik!". Lantas mereka berdua menyerang Lahap habis-habisan.

Golem-golem tanah

"Golem-Golem Tanah!"

Pada masa yang sama, BoBoiBoy Taufan dan Fang masih berusaha menolak dinding yang dibuat oleh Kapten Kaizo. Disebabkan mereka hampir terjatuh, BoBoiBoy Taufan bertukar menjadi BoBoiBoy Gempa dan segera menjelmakan Golem Tanah untuk membantunya menahan dinding tersebut, tetapi Fang mengatakan bahawa ianya tidak cukup kuat. Terdesak untuk menahan dinding itu, BoBoiBoy Gempa melakukan Golem-Golem Tanah iaitu menjelmakan dua lagi golem. Kapten Kaizo berasa terkejut melihat hal itu. Fang memuji kehebatannya dan menyuruhnya untuk meneruskan menolaknya. Kemudian, BoBoiBoy Gempa menggunakan Tumbukan Serentak iaitu menumbuk secara serentak untuk memecahkan Dinding Tenaga. Kapten Kaizo berasa marah lalu menyerang semua Golem Tanah dengan pedangnya. Namun, Fang sempat menyelamatkan satu daripadanya dengan Pengikat Bayang.

BoBoiBoy Gempa tidak mampu mengawal ketiga-tiga golem secara serentak, lalu mengambil langkah terakhir berpecah kepada BoBoiBoy Tanah, BoBoiBoy Api dan BoBoiBoy Air. Kemudian, BoBoiBoy Tanah mengarahkan BoBoiBoy Api dan BoBoiBoy Air untuk mengawal satu golem setiap seorang. Lalu mereka membuat Kombo Golem Tanah, Api dan Air dan daripada Golem Tanah, mereka berdua menjadikannya kepada Golem Air dan Golem Api. Fang memuji kehebatannya diikuti dengan Gopal, Yaya, dan Ying berasa amat kagum melihat golem-golem yang baru muncul itu. Lantas BoBoiBoy Api dan BoBoiBoy Air mengarahkan golem masing-masing untuk menyerang Kapten Kaizo. Menyedari hal itu, Kapten Kaizo terus melindungi dirinya dengan Dinding Tenaga. Namun, tiba-tiba Kapten Kaizo ketawa sendirian.

Golem api dan air

Kemunculan pertama Golem Api dan Golem Air!

Lahap yang terbaring tidak jauh dari situ sedar akan gelakan kaptennya lalu mengujar bahawa sudah lama dia tidak melihat kaptennya gelak seperti itu. Jelas Kapten Kaizo, itulah yang dinanti-nantikannya selama ini iaitu pertarungan yang mencabar kemudian mengaktifkan Tumbukan Tenaga Penuh dan terus meluru ke arah Golem Api diikuti Gerakan Pedang Tenaga ke arah Golem Air. Serangannya itu menyebabkan kedua-dua golem jatuh.

Tiba-tiba, satu bayangan datang dari arah belakang Kapten Kaizo. Rupa-rupanya, Fang telah menjelmakan Golem Bayang yang lebih besar dan cuba menyerangnya dari belakang. Kapten Kaizo menyangka dia telah menang, tetapi tidak apabila Golem Bayang teleportasi dari depan, belakang, tepi, dan akhirnya atas dengan Serangan Golem Bayang. Kapten Kaizo terkejut dan menanya kuasa apakah yang digunakan mereka. Lantas, BoBoiBoy dan Fang melakukan Kuasa Kombo BoBoiBoy dan Fang untuk menyerangnya dari atas Kapten Kaizo dan seakan-akan menjawab soalannya.

Tumbukan Golem Api Air Bayang

Kuasa Kombo, BoBoiBoy dan Fang!

Dengan segera, dia menjelmakan Dinding Tenaga untuk cuba menghalangnya, namun tidak berjaya apabila dipecahkan oleh Golem Api, Golem Air, dan Golem Bayang lalu menghempap topeng Kapten Kaizo dan akibatnya, ianya retak teruk. Kapten Kaizo terpelanting jauh dan tergantung seketika di dinding atas kapal angkasanya, kemudian terjun ke gelanggang semula dan berjalan menuju ke arah kawan-kawan BoBoiBoy sambil akui bahawa BoBoiBoy memang hebat.

Kapten Kaizo kalah

Kapten Kaizo menanggung kekalahan.

Tetapi, apabila Kapten Kaizo memetik jarinya satu kali, ketiga-tiga golem hancur dan menyebabkan ketiga-tiga BoBoiBoy bercantum semula. Lalu BoBoiBoy mengatakan yang dia sudah terlalu banyak menggunakan tenaga untuk berlawan. Kapten Kaizo mengujar bahawa dia masih belum kalah lagi, lantas Fang bangkit dan menasihati BoBoiBoy agar tidak mengalah dan teruskan berlawan. Walaupun keletihan, BoBoiBoy masih lagi berdiri dan bersedia untuk bertarung lagi. Tetapi, tiba-tiba Kapten Kaizo mengatakan bahawa BoBoiBoy tidak perlu berlawan dan akui BoBoiBoy memang hebat. Gopal kerana beranggapan yang dia sedang bermimpi. Kapten Kaizo berjalan ke arah BoBoiBoy dan kawan-kawan. Yaya dan Ying menyuruh BoBoiBoy berhati-hati, kemudian Kapten Kaizo mengatakan kepada mereka supaya jangan takut kerana BoBoiBoy dan kawan-kawan telah membuktikan yang mereka memang layak untuk menggunakan jam-jam kuasa itu.

Tetapi, Lahap seperti membantah dengan keputusan kaptennya. Lantas Kapten Kaizo menyatakan bahawa misi mereka yang sebenarnya adalah mencari jam-jam kuasa untuk diberikan kepada mereka yang layak. Kemudian, Lahap membidas hujah kaptennya kerana mereka kuasa itu ingin diberikan oleh mereka kepada sekutu dan kawan-kawan mereka. Balas Kapten Kaizo, oleh kerana itulah dia akan mempelawa BoBoiBoy untuk menyertai pasukannya. Namun, Gopal menolaknya kerana tadi dia membelasahnya, tetapi sekarang ini ingin mempelawanya pula, lantas Lahap mencelah dengan berkata yang kaptennya mengajak BoBoiBoy dan bukannya dia. Kapten Kaizo menyambung lagi, bukan BoBoiBoy sahaja tetapi Fang juga boleh kembali ke pasukannya semula. Tetapi, BoBoiBoy masih tidak memahami akan pelawaan Kapten Kaizo, lalu dia menerangkannya kepada BoBoiBoy dan yang lain.

Beberapa minit kemudian, kelihatan kapal angkasa Kapten Kaizo sedang berlepas ke angkasa semula setelah menghantar BoBoiBoy, Gopal, Yaya, dan Ying ke Bumi semula. Gopal mengujar bahawa dia juga masih tidak faham dengan Kapten Kaizo kerana sekejap dia ingin berlawan, sekejap ingin berkawan pula dengan mereka.

Kapten Kaizo memujuk

Kapten Kaizo mempelawa BoBoiBoy untuk menyertai pasukannya.

Ketika mereka masih berada di angkasa, Kapten Kaizo menyatakan bahawa BoBoiBoy mampu menggunakan kuasanya dengan baik, jadi mereka boleh menggunakan kebolehan BoBoiBoy. BoBoiBoy menanya untuk tujuan apa dan Lahap menjawab untuk mengumpulkan seberapa banyak Sfera Kuasa sebelum semuanya jatuh ke tangan yang salah. Namun, Yaya membantah cadangan Kapten Kaizo, yang kemudian menyambung bahawa di dalam misi seperti itu, kekerasan merupakan cara yang terbaik. Tetapi, BoBoiBoy mengatakan yang sebaliknya.

BoBoiBoy memesan kepada kawan-kawannya yang mereka tidak boleh menyertai pasukan Kapten Kaizo kerana walaupun matlamat mereka baik, tetapi menggunakan cara yang salah. Ying pula menanya bagaimana dengan amaran yang diberikan oleh Kapten Kaizo sebelum menghantar mereka ke Bumi.

Kapten Kaizo tidak mendesak BoBoiBoy untuk menyertai pasukannya dan kemudian memberikan amaran kepada BoBoiBoy tentang ancaman yang akan datang kepada dia dan Ochobot. Setelah itu, Lahap berpesan kepada BoBoiBoy untuk menjaga kawan-kawannya dan kuasa sfera kuasa mereka.

Lamunan BoBoiBoy terhenti apabila Ochobot memanggil namanya dan bertanya jika dia tidak apa-apa. BoBoiBoy membalas bahawa mereka semua selamat dan tidak apa-apa. Gopal pula dengan gembiranya, mengatakan bahawa misi mereka telah berjaya dan dia juga telah mendapat jam kuasa kesayangannya itu lalu mencium jam kuasa tangannya sebanyak dua kali. Tok Aba yang balik bersama Ochobot bersyukur kerana mereka selamat, lalu bertanya di mana Fang. Dengan muka yang sedih, mereka memandang antara satu sama lain.

Kapten Kaizo berkata bahawa dia akan menghantar BoBoiBoy dan yang lain ke Bumi semula, membuatkan muka mereka menjadi ceria dan gembira. Tetapi sebelum itu, Fang perlu membuat keputusan sama ada ingin menyertai kawan-kawannya ataupun ikut pasukannya pulang.

Yaya Ying Gopal Marah

Reaksi Yaya, Ying dan Gopal selepas tahu bahawa Kapten Kaizo merupakan abang kepada Fang.

Mendengar hal itu, Ochobot bertanya jika Fang telah mengikut kaptennya pulang. Namun, BoBoiBoy, Gopal dan Yaya hanya dapat menundukkan kepala mereka dengan muka yang sedih. Ochobot pula seperti tidak percaya, tetapi Fang muncul dari belakang Ochobot secara tiba-tiba dan mengujar yang dia tidak akan meninggalkan kawan-kawannya. Kemudian, Ochobot bertanya Fang jika dia tidak mengikut kaptennya pulang. Jadi, Fang menjawab yang kaptennya telah kuat dan terlepas cakap yang Kapten Kaizo adalah abangnya. Belum sempat dia menghabiskan jawapannya, dia mendapati Gopal, Yaya dan Ying berasa geram terhadapnya lalu bertanya mengapa. Lantas mereka naik berang. Fang menyatakan bahawa bentuk rambut mereka adalah sama. Jadi, mereka menanya kepada Fang mengapa dia tidak memberitahu awal-awal lalu mengejarnya. Fang segera melarikan dirinya lalu meminta maaf kerana terlupa memberitahu. Sambil melarikan dirinya, Gopal menanya lagi kepada Fang mengapa tidak dia pujuk abangnya terlebih dahulu untuk membelasah mereka. Fang yang cemas cuba meminta tolong daripada BoBoiBoy.

Akhirnya, Fang dibelasah oleh Gopal, Yaya dan Ying dan mengakibatkan kepala Fang berbenjol. BoBoiBoy yang melihat kerenah kawan-kawannya mengujar terbaik sambil tersenyum. Lalu BoBoiBoy mengakhiri siri ini dengan ucapan "Aku BoBoiBoy, superhero Bumi. Nampaknya aku perlu bersedia, semakin ramai dari luar sana yang akan datang. Aku perlu lindungi kawan-kawan aku, aku perlu lindungi Bumi dan aku perlu lindungi galaksi."

Tamat...

Trivia

    • Ini merupakan episod kedua yang BoBoiBoy berpecah kepada BoBoiBoy Tanah, Api dan Air.
  • Di akhir episod, Kapten Kaizo telah memberikan amaran kepada BoBoiBoy tentang ancaman yang akan datang kepada dia dan Ochobot. Ini merupakan petunjuk kepada kedatangan pasukan Tengkotak di dalam BoBoiBoy: The Movie.

Video

L - S - B
Logo Baru BoBoiBoy
Siri
BoBoiBoy / BoBoiBoy Reborn | BoBoiBoy Galaxy | Papa Pipi
Episod

BoBoiBoy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 2: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 3: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26

BoBoiBoy Galaxy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24
Musim 2: Isu 1 | Isu 2 | Isu 3 | Isu 4 | Isu 5 | Isu 6 | Isu 7 | Isu 8 | Isu 9
Filem
BoBoiBoy: The Movie | BoBoiBoy Movie 2 | BoBoiBoy Movie 3
Watak

BoBoiBoy

BoBoiBoy | Yaya | Ying | Gopal | Fang | Ochobot | Tok Aba | Adu Du | Probe | Komputer | Alebi | Wahid | Ernie | Super Probe | ToToiToy | BoBoiBoy Petir | BoBoiBoy Angin | BoBoiBoy Tanah | Pakcik Mat | Makcik Kuih | Pakcik Ikan | Robot Hamba | Multi-Monster | Popo | Pakcik Kumar | Posmen | Nenek Ying | Super Makcik Probe | BoBoiBoy Halilintar | Super Duper Probe | Papa Zola | Raksasa Tidur | Tauke | Bago Go | Azroy | Sasha | Encik Biskut | BoBoiBoy Taufan | Robot Pemusnah Mukalakus | BoBoiBoy Gempa | Ejo Jo | Komputer Ejo Jo | Cikgu Timi | Iwan | Amar Deep | Suzy | Amy | Siti | Stanley | Nana | Melissa | Melody | Makcik Kantin | Cikgu Disiplin | Robolabot | Robolabolabolabolabot Super King | Pak Senin Koboi | Kucing Sewel | Kambing S8000 | Maharaja Ata Ta Tiga | PETAI | Ravi J. Jambul | Koko Jumbo | Mega Probe | Rob | Robert | Roberto Santana | Polis Gemuk | Polis Kurus | Ketua Polis | Shamsul Rizal Sabri | Wak Baga Ga | Bagi Gi | Bagu Gu | Tom | MegaBot ScamBot | SampahBot | Raksasa Gonohom | Uncle Yim | Mama Zila | Raksasa Ketam | Ibu Bu | Robot Pango | Raksasa Bawang | BoBoiBot | Detektif Konon | BoBoiBoy Api | Pakcik Kantin | Anak Kantin | BoBoiBoy Air | Anak Bago Go | Wakil KPKT | Raksasa Perisai | Kapten Kaizo | Lahap

BoBoiBoy: The Movie

Klamkabot | Bora Ra | Gaga Naz | Kiki Ta | Yoyo Oo | Koko Ci | Robot T | Nenek Sayur | Kurita | J-Rex | Sistem Lab Sfera Kuasa | BoBoiBoy Blaze | BoBoiBoy Ais | BoBoiBoy Duri | BoBoiBoy Solar

BoBoiBoy Galaxy

MotoBot | Kapten Separo | Konco Lanun | Alien Mop | Raksasa Gurunda | Cattus | Waibi | BellBot | HookaBot | BoBoiBoy Daun | Nyamuk Amok | CardBot | Jokertu | Hantu Pokok | Katakululu | Raksasa Batu | Tarung | Gorila TAPOPS | ApiBot | Sai | Shielda | Jugglenaut | MelonBot | GigiBot | Panto | BebelonBot | SimenBot | InviBot | TargetBot | HidungBot | Bikembar Merah | Bikembar Biru | TrophyBot | Pok Pok Tus | Heely Wheely | DashBot | LoopBot | Makcik Wawa | Aunty Yang | Roktaroka | A.B.A.M. | Pemilik D'Sosej | Gijimo | CetakBot | RompakBot | EmotiBot | Jagara | DataBot | Robot Lanun | Burung Nuri Lanun | Kapten Vargoba | StealthBot | Nut | BoBoiBoy Cahaya | Ramenman | MagnetBot | Tok Cendatok | Gaharum | Brolangkas Brothers | Qually | Jaguh Paruh Lang | Tok Ngau | Rukawr | Jaga Kar | Pengawal Ladang | Profesor Utan | Musang Salji | Tumbosaur | Puak Baja | PasuBot | Alpha Jumbosaur | BoBoiBoy Sori

BoBoiBoy Movie 2

Raksasa Pengun | Anak Pengun | EggaBot | Gogobi | Cakada | Kechik | Ayu Yu | Retak'ka | Hang Kasa | Pipi Zola | Kang Kong | Kuda Botak | Maskmana | Pokok Bak-Bak | King Kang Kong | Raja Bayugan | Kaum Cendawa | Papa Cendawa | Mama Cendawa | Anak Cendawa | Laskar Guruhan | BibikBot | ArmoBot | KristalBot | GammaBot | Satriantar | Kuputeri | Mas Mawais | King Balakung | Panglima Pyrapi | BoBoiBoy FrostFire | BoBoiBoy Glacier | BoBoiBoy Supra | Amato

Papa Pipi

Nekpi | Cikgu Warni | Doktor Dahlia | Vijay | Melur | Chia

Lain-lain

Captain Munch | Raksasa Bengkok | Razak | Raksasa Gula | Terra | Coral | Oake | Kapten MACC | Ezra | Lelabah Kristal | EnerBot | EquBot | Raksasa Gerojoh | GigaBot
Terbitan turunan
Apa Kata Yaya | OldTown White Coffee's Superhero Elemen | Detektif Yaya | Sahabat Cilik SPRM | BoBoiBoy Galaxy Special | Fly With Yaya | Destinasi Terbaik
Tempat
Planet Bumi | Stesen Keretapi Pulau Rintis | Yong Pin Aerotrain Express | Pulau Rintis | Rumah Tok Aba | Planet Ata Ta Tiga | Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam | Kedai Runcit | Pejabat Pos Pulau Rintis | Rumah Yaya | Rumah Ying | Rumah Gopal | Sekolah Rendah Pulau Rintis | Taman Pulau Rintis | Markas Kotak | Rumah Berhantu | Lorong Pak Senin Koboi | Balai Polis Pulau Rintis | Kedai Permainan | Rintis Bank | Kedai Game Ah Beng & Sons | Sekolah Menengah Pulau Rintis | Hospital Alien Really Amazing Marvellous | Pulau Terapung | Lab Sfera Kuasa | Kilang Sfera Kuasa | Sektor G-14 | Planet Gurunda | Kubur Kapal Angkasa | Stesen Angkasa TAPOPS | Planet Dargha'ya | Planet Volkania | Planet Sarkas | Koloni Lanun Angkasa | Planet Kasuta | Planet Brotora | Planet Junkberg | D'Sosej | Kapal Arkib Angkasa | Planet Oroq | Stesen Sunnova | Markas TEMPUR-A | Planet GogoBugi | Sektor 88-19 Bima Lima | Planet Saharu | Sektor Z55-2P Galaksi Solaria | Asteroid Kristal | Planet Quabaq | Planet Gur'latan | Sektor G159A Nusagima | Planet Bayugan | Planet Rimbara | Planet Gugura | Akademi Pulau Rintis | TAPOPS-B | Kampung Muriong | Planet Kadruax
Lagu
BoBoiBoy, Superhero Kita! | Bersedia | Lagu Hindustan Gopal | Suasana di Hari Raya | Incik Boss dan Probe | Treler Antarabangsa BoBoiBoy | BuBaDiBaKo | Bangun Pagi, Senang Hati | Lagu Tidur Gopal | Lagu Tidur Fang | Jagalah Bumi | Bangkit Anak Muda! | Masih Di Sini | Di Bawah Langit Yang Sama | Dunia Baru | Lagu Tema TAPOPS | Pok Anai-Anai - Tok Aba | Fire & Water | Lagu Rukun Negara | Aneka Baju Raya
Permainan
BoBoiBoy: Adu Du Attacks | BoBoiBoy: Cabaran Kepantasan | BoBoiBoy: Photosticker | BoBoiBoy Superkick | BoBoiBoy: Puzzle Clash | BoBoiBoy: Ejo Jo Attacks | BoBoiBoy: Bounce & Blast | BoBoiBoy: Power Spheres | BoBoiBoy: Galactic Heroes | BoBoiBoy Galaxy Card | BoBoiBoy Galaxy Run
Lihat juga
Animonsta Studios | Majalah Komik BoBoiBoy | Movie Animation Park Studios | BoBoiBoy Galaxy x Lawak Kampus SUPERIOR
Advertisement