BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Jumpa Lagi BoBoiBoy merupakan episod kedua puluh enam dan episod terakhir dalam musim ketiga siri BoBoiBoy. Episod ini disiarkan di TV3 dan dimuat naik ke YouTube dalam saluran Monsta pada 11 Jun 2016.

Plot

Di angkasa lepas, Adu Du yang sedang mengemudi kapal angkasanya cuba menghampiri kapal angkasa Kapten Kaizo. Adu Du melancarkan misil-misil ke arah kapal angkasa lawan dan berjaya mengenai kapal angkasa Kapten Kaizo sehingga mengakibatkan letupan di angkasa. Disebabkan terdesak, Lahap membalas dengan beberapa tembakan dan peluru berapi. Adu Du yang terkejut cuba mengelak, namun tetap mengenai kapal angkasa Adu Du. Kapten Kaizo tidak menyangka bahawa BoBoiBoy dan kawan-kawannya maish mempunyai keberanian walaupun sudah tidak mempunyai sebarang kuasa.

Pada masa yang sama, Fang mengaktifkan Kuasa Penembus dan menembusi ke dinding belakangnya. Kapten Kaizo hanya mendiamkan diri walaupun tahu niat Fang. Sementara itu, kapal angkasa Adu Du sedang diserang beberapa kali tembakan dan peluru berapi, sehingga Probe melaporkan bahawa kapal angkasa mereka sudah sampai ke tahap kerosakan yang teruk. Lalu Adu Du menyuruh BoBoiBoy dan kawan-kawannya untuk masuk ke dalam pod angkasa dan masuk ke dalam kapal angkasa Kapten Kaizo. Demi menyelamatkan Fang, BoBoiBoy dipesan oleh Adu Du agar tidak membimbangi mereka. Disebabkan itu, Adu Du dipuji oleh Gopal kerana sejahat-jahat dia pun masih ada gunanya. Tanpa membuang masa, BoBoiBoy, Yaya, Ying dan Gopal melompat masuk ke dalam laluan yang akan membawa mereka ke dalam pod angkasa dan masing-masing terduduk di dalam pod. Probe melaporkan lagi bahawa enjin kapal angkasa mereka mula terbakar, tetapi Adu Du mengarahkannya untuk melancarkan pod angkasa.

Roger and out

"Superjahat Jero-Jero, roger and out!"

Enjin pod angkasa mula dilancarkan dengan pintu utama dibuka dan akhirnya berlepas dengan laju dan menuju ke kapal angkasa Kapten Kaizo. BoBoiBoy semakin cemas melihat kapal angkasa Adu Du yang teruk diserang, walau bagaimanapun sempat dipesan oleh Adu Du supaya teruskan misi mereka untuk menyelamatkan Fang dan Probe sempat melaporkan "Superjahat Jero-Jero, roger & out" sebelum talian terputus lalu kapal angkasa mereka jatuh menjunam ke Bumi. BoBoiBoy sempat menyuruh kawan-kawannya untuk bersiap sedia. Walaupun serangan itu tetap berterusan, namun mereka berjaya membolosi setiap serangan itu dan mendarat di dalam kapal angkasa itu dengan selamat. BoBoiBoy mengajak kawan-kawannya mencari Fang, tetapi tiba-tiba Kapten Kaizo datang bersama Lahap. Kapten Kaizo memuji tindakan mereka yang berani datang tanpa sebarang kuasa diikuti dengan Lahap.

BoBoiBoy yang geram bertanya Kaizo tentang keberadaan Fang, namun tidak dibalas dengan sebarang jawapan. Fang yang sedang bersembunyi di saluran udara dengan kuasa asalnya yang masih aktif mencuri dengar perbualan mereka. Kemudian, Yaya mendesak Kaizo untuk segera memulangkan semula Jam Kuasa kepada mereka. Kaizo dengan tenang menyergah mereka kerana tidak layak untuk menggunakan Jam-jam Kuasa itu. BoBoiBoy menyergahnya semula dengan bertanya "siapa kau" ingin menentukan mereka layak atau tidak untuk menggunakan Jam-jam Kuasa itu. Lahap mengingatkan mereka yang sudah kalah dalam pertarungan sebelumnya. Walau bagaimanapun, Kapten Kaizo mula tertarik akan keazaman BoBoiBoy dan kawan-kawannya yang tinggi untuk mendapatkan semula Jam-jam Kuasa mereka. Oleh itu, Kapten Kaizo mencabar mereka untuk bertarung sekali lagi dan jika mereka menang, dia akan tunaikan permintaan mereka.

Images-1476060889

Yaya dan Ying cemas apabila melihat Lahap melancarkan serangan.

Gopal menolak cabaran Kapten Kaizo kerana sudah tahu yang pasukan mereka akan menang. BoBoiBoy pula bertanya bagaimana mereka hendak bertarung jika mereka tidak mempunyai kuasa. Lalu Kapten Kaizo memanggil Fang yang masih lagi bersembunyi di atas saluran udara. Fang terkejut kerana kaptennya nampak dirinya di situ, llalu menyahakifkan topengnya. Kapten Kaizo ternyata telah tahu niat Fang yang telah mencuri Jam-jam Kuasa untuk membelotnya, membuatkan Fang berasa serba salah. Kapten Kaizo kemudiannya menyediakan sebuah gelanggang dengan menggabungkan sayap kapal angkasanya bagi mereka semua bertarung, lalu mengugut Fang untuk segera menyelamatkan kawan-kawannya sebelum Lahap menghapuskan mereka.

Kapten Kaizo serang adik tersayang

Kapten Kaizo menyerang Fang dan BoBoiBoy.

Lahap berkata bahawa itulah akibatnya setelah membelot mereka, lalu mengambil sebuah bekas dari begnya dan memasukkan ke dalam mulutnya. Yaya dan Ying memberi amaran yang Lahap ingin menembak. Setelah Lahap mengumpulkan tenaga di dalam mulutnya, dia melepaskan Tembakan Tenaga ke arah BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Fang segera terjun ke bawah sambil mengaktifkan topengnya dan menghasilkan sebuah pelindung di hadapan kawan-kawannya. Baki serangan itu menyebabkan dinding di belakangnya pecah dan mula menyedut mereka semua keluar. Akan tetapi, BoBoiBoy dan kawan-kawannya sempat berpegang dan Fang segera mengembalikan Jam-jam Kuasa kepada mereka. Kaizo marah dengan sikap Fang yang membelotnya lagi lalu meluru ke arah Fang dan menggunakan pedangnya untuk melibas muka Fang. Akibatnya, topeng kepunyaan Fang retak dan pecah lalu ditolak keluar bersama BoBoiBoy dan yang lain dengan Tolakan Tenaga.

0326 tolakan tenaga

Tolakan Tenaga!

Serangan Kapten Kaizo menyebabkan mereka terjatuh ke kawasan gelanggang pertarungan itu. Fang memegang topengnya yang telah retak, lalu BoBoiBoy datang bertanyakan keadaannya. Yaya berterima kasih kepada Fang kerana telah menolong mereka. Gopal kemudiannya berasa hairan kerana mereka boleh bernafas di angkasa diikuti dengan Ying yang berkata tentang ketiadaan udara di angkasa. Lahap muncul dan mengalu-alukan kedatangan mereka semua ke Medan Latihan Tempur. Kapten Kaizo berjalan menuju ke arah BoBoiBoy dan kawan-kawannya lalu menjelaskan bahawa di situlah tempat mereka akan bertarung untuk menentukan sama ada BoBoiBoy dan kawan-kawan layak untuk menggunakan Jam-jam Kuasa ataupun tidak. Nampaknya Gopal masih tidak yakin untuk memenangi pertarungan tersebut.

Kapten Kaizo Berbicara

Kapten Kaizo berbincang dengan BoBoiBoy sebelum memulakan pertarungan.

Kapten Kaizo mengeluarkan pedangnya dan hendak melepaskan Tetakan Tenaga ke arah Fang. BoBoiBoy dengan pantas memakai Jam Kuasa Elementalnya lalu bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar dan menahan Pedang Tenaga dengan dua bilah Pedang Halilintar. Sambil matanya memandang tajam ke arah Kapten Kaizo, BoBoiBoy bertekad untuk membuktikan kelayakan mereka untuk menggunakan Jam-jam Kuasa itu. Kapten Kaizo terasa dicabar lalu memuji semangat BoBoiBoy yang tinggi, namun kemenangan tidak akan berpihak kepada BoBoiBoy jika dia berlawan sendirian dengan Kaizo. Untuk itu, Fang segera memakai Jam Kuasa Bayangnya dan menyerang dengan Tusukan Bayang ke arah Kaizo.

Ying berkata kepada Yaya dan Gopal untuk menolong BoBoiBoy dan Fang lalu mereka memakai Jam Kuasa masing-masing. Lahap yang berada di hadapan mereka melepaskan Serangan Plasma Toksik, dan Yaya dan Ying sempat mengelak manakala Gopal tercampak ke belakang. Lahap meneruskan serangannya sehingga lantai gelanggang pecah dan meninggalkan serpihan yang banyak. Gopal cuba menukarkan serangan itu menjadi roti canai, tetapi malangnya roti canai itu mendarat di atas Gopal. Ying dan Yaya berasa geram lalu Ying dan Yaya masing-masing menggunakan Seribu Tendangan Laju dan Tumbukan Padu untuk membelasah Lahap. Lahap dengan cemas segera mengambil serpihan-serpihan dari lantai gelanggang dan memakannya, lalu mengumpulkan tenaga yang banyak dan melakukan Kuasa Serapan Besi, yang telah mengubah struktur badannya. Serangan Yaya dan Ying gagal sehingga menyebabkan tangan serta kaki mereka juga menjadi merah. Lahap menjelaskan bahawa badannya telah menjadi keras seperti besi di kapal angkasanya, dan itu merupakan kuasanya tahap ke-2 iaitu Penyerapan Material, lalu melompat ke arah Yaya dan Ying.

Lahap jadi besi

Kuasa Lahap tahap kedua, Penyerapan Material.

Sementara itu, perlawanan antara Kapten Kaizo dengan BoBoiBoy dan Fang semakin sengit. BoBoiBoy Halilintar bertukar menjadi BoBoiBoy Taufan dan melontarkan Cakera Udara untuk menyerang dari Kapten Kaizo dari atas manakala Fang menyeru Harimau Bayang untuk menyerang Kapten Kaizo dari bawah. Namun, serangan mereka tetap tidak meninggalkan kesan terhadap Kapten Kaizo kerana dengan kemahiran berpedangnya, dia dapat mengatasi serangan mereka. Selepas menghapuskan Harimau Bayang di belakang, Kaizo melompat ke udara dan menyerang papan luncur BoBoiBoy Taufan.

Fang sempat mengeluarkan Polar Bear Bayang dan menyerunya untuk menyerang Kapten Kaizo, dan Kapten Kaizo pantas menyerangnya dengan Tumbukan Tenaga. Kesan daripada baki kuasanya telah menolak Fang ke sebelah BoBoiBoy Taufan. Kapten Kaizo mengingatkan mereka yang ini bukan masa untuk berehat, dan menyuruh mereka untuk bangun dan menghadapinya lalu menghasilkan Dinding Tenaga untuk menjatuhkan mereka berdua. Lantas mereka bangkit dan BoBoiBoy Taufan menggunakan Gerudi Taufan dan Fang menghasilkan Tangan Bayang untuk cuba menahan dinding itu.

Sementara itu, Lahap berpuas hati kerana musuhnya itu tidak mampu berbuat apa-apa. Gopal memegang satu serpihan besi kapal angkasanya lalu cuba menelitinya. Akhirnya, dia mendapat satu akal dan menyuruh Yaya dan Ying untuk mencampakkan beberapa serpihan besi ke arah Lahap. Yaya membuat seperti yang diarahkan dengan mengaktifkan Kuasa Graviti di kawasan serpihan besi itu dan mengangkatnya lalu melontarkan ke arah Lahap dengan perlahan. Lahap memerlinya dengan beranggapan bahawa Yaya ingin memberi serpihan-serpihan besi itu kepadanya lagi. Kemudian Ying segera mengaktifkan Kelajuan Masa dan mempercepatkan lagi proses pelontaran itu, lalu Gopal menukarkan besi itu menjadi sayur-sayur ulam. Dalam sekelip mata, Lahap bertukar menjadi sayur dan warna seluruh tubuhnya menjadi hijau, membuatkan Gopal berpuas hati kerana tekaannya yang tepat. Akhirnya, Yaya dan Ying menyerang Lahap habis-habisan.

Golem-golem tanah

Golem-golem Tanah!

Pada masa yang sama, BoBoiBoy Taufan dan Fang masih berusaha menolak Dinding Tenaga itu. BoBoiBoy menyuruh Fang untuk bertahan sementara, lalu BoBoiBoy Taufan bertukar menjadi BoBoiBoy Gempa dan menyeru Golem Tanah untuk membantunya menahan dinding itu, tetapi masih tidak cukup kuat. Apabila terlalu terdesak, BoBoiBoy Gempa menyeru dua lagi golem. Kaizo terkejut melihat perkara itu, dan Fang memuji kehebatan golem-golem itu lalu meneruskan tolakan itu. Kemudian, BoBoiBoy Gempa mengawal golem-golem itu untuk menumbuk dinding itu secara serentak. Kapten Kaizo berasa marah lalu menyerang semua Golem Tanah dengan pedangnya. Fang sempat menyelamatkan satu daripadanya dengan Pengikat Bayang.

BoBoiBoy Gempa berkata bahawa dia tidak mampu mengawal ketiga-tiga golem itu secara serentak, lalu mengambil langkah terakhir dengan berpecah menjadi tiga. BoBoiBoy Tanah mengarahkan BoBoiBoy Api dan BoBoiBoy Air untuk seorang mengawal satu golem, lalu mereka melakukan Kombo Golem Tanah, Api dan Air dan menjadikannya kepada Golem Air dan Golem Api, yang membuatkan Fang, diikuti dengan Gopal, Yaya dan Ying tergamam dan kagum melihat golem-golem baru itu. BoBoiBoy Api dan Air mengarahkan golem masing-masing untuk menyerang Kapten Kaizo, lalu Kapten Kaizo melindungi dirinya dengan kuasanya, lalu Kapten Kaizo ketawa sendirian.

Golem api dan air

Kemunculan pertama Golem Api dan Golem Air!

Lahap yang terbaring tidak jauh dari situ tedengar suara Kaizo lalu berkata bahawa sudah lama dia tidak melihat Kaizo gelak seperti itu. Akhirnya, Kapten Kaizo menjelaskan bahawa pertarungan itulah yang dinanti-nantikannya selama ini, lalu mengaktifkan Tumbukan Tenaga Penuh dan meluru ke arah Golem Api diikuti Gerakan Pedang Tenaga ke arah Golem Air. Serangannya itu menyebabkan kedua-dua golem jatuh.

Tiba-tiba, satu bayangan datang dari arah belakang Kapten Kaizo. Rupa-rupanya, Fang telah menyeru Golem Bayang dan cuba menyerangnya dari belakang. Kapten Kaizo dengan mudah menyerangnya dengan Pedang Tenaga, tetapi Golem Bayang yang muncul secara berpindah-randah membuatkan Kaizo terkejut, dan akhirnya Fang menyerang dengan Serangan Golem Bayang dari atas. Kapten Kaizo amat terkejut, dan kemudian BoBoiBoy dan Fang menyerang Kaizo dengan Kuasa Kombo BoBoiBoy dan Fang dari atas.

Tumbukan Golem Api Air Bayang

Kuasa Kombo BoBoiBoy dan Fang!

Kapten Kaizo menghasilkan Dinding Tenaga dan cuba menghalang serangan mereka, namun gagal apabila berjaya dipecahkan oleh golem-golem itu dan menghempap helmet Kapten Kaizo sehingga retak. Kapten Kaizo terguling-guling dengan laju dan tercampak ke ke dinding atas kapal angkasanya seketika. Kaizo kemudiannya terjun ke gelanggang semula dan mula mengakui kehebatan BoBoiBoy.

Kapten Kaizo kalah

Kapten Kaizo menanggung kekalahan.

Tetapi, sebaik sahaja Kapten Kaizo memetik jarinya, ketiga-tiga golem terbelah dan menyebabkan ketiga-tiga BoBoiBoy bercantum semula dan letih setelah terlalu banyak menggunakan tenaga untuk berlawan. Kemudian, Kaizo berkata lagi bahawa bahawa dia belum kalah lagi, lalu Fang bangkit dan menyuruh BoBoiBoy untuk tidak mengalah dan teruskan berlawan. Walaupun keletihan, BoBoiBoy masih lagi berdiri dan bersedia untuk bertarung lagi. Namun, Kapten Kaizo berkata bahawa BoBoiBoy tidak perlu lagi berlawan seraya mengakui lagi bahawa BoBoiBoy memang hebat; membuatkan Gopal beranggapan yang dia sedang bermimpi. Kapten Kaizo berjalan ke arah BoBoiBoy dan kawan-kawannya, sambil Yaya dan Ying menyuruh BoBoiBoy untuk berhati-hati. Tetapi ditindas oleh Kapten Kaizo dan berkata bahawa mereka telah membuktikan yang mereka layak untuk menggunakan Jam-jam Kuasa itu.

Namun, Lahap membantah dengan keputusan Kaizo, lalu dia menyatakan bahawa misi mereka yang sebenarnya adalah untuk mencari Jam-jam Kuasa untuk diberikan kepada mereka yang layak menggunakannya. Kemudian, Lahap membidas hujah Kaizo kerana kuasa itu sepatutnya diberikan kepada sekutu dan kawan-kawan mereka; disebabkan oleh perkara itulah Kapten Kaizo hendak mempelawa BoBoiBoy untuk menyertai pasukannya. Gopal menolaknya mentah-mentah kerana pasukan Kaizo yang pada awalnya ingin "membelasah mereka" dan sekarang ini ingin "mempelawa mereka" pula. Lahap mencelah kata-kata Gopal yang Kaizo mengajak BoBoiBoy dan bukannya dia. Kapten Kaizo berkata lagi yang Fang juga boleh kembali ke pasukannya semula. Tetapi, BoBoiBoy tidak memahami akan pelawaan Kapten Kaizo, lalu dia menerangkannya kepada BoBoiBoy dan kawan-kawannya.

Beberapa minit kemudian, kelihatan kapal angkasa Kapten Kaizo sedang berlepas semula ke angkasa setelah menghantar BoBoiBoy, Gopal, Yaya dan Ying ke Bumi. Gopal turut menyatakan kepada BoBoiBoy yang dia masih tidak faham dengan Kapten Kaizo yang "sekejap ingin berlawan" dan "sekejap ingin berkawan" pula dengan mereka.

Kapten Kaizo memujuk

Kapten Kaizo mempelawa BoBoiBoy untuk menyertai pasukannya.

Semasa di sana, Kapten Kaizo menyatakan bahawa BoBoiBoy mampu menggunakan kuasanya dengan baik, jadi mereka boleh menggunakan kebolehan BoBoiBoy. BoBoiBoy bertanya untuk tujuan apa dan Lahap menjawab untuk mengumpulkan seberapa banyak Sfera Kuasa sebelum semuanya jatuh ke tangan yang salah, yang mana dibantah oleh Yaya. Kapten Kaizo menyambung bahawa di dalam misi seperti itu, kekerasan merupakan cara yang terbaik; walau bagaimanapun, hujahnya dibidas oleh BoBoiBoy.

BoBoiBoy memesan kepada kawan-kawannya supaya tidak menyertai pasukan Kapten Kaizo kerana walaupun matlamat mereka yang baik, tetapi dengan menggunakan cara yang salah. Lalu Ying bertanya bagaimana dengan amaran yang diberikan oleh Kapten Kaizo itu.

Kapten Kaizo nampaknya tidak mendesak BoBoiBoy untuk menyertai pasukannya, lalu kemudian memberikan amaran kepada BoBoiBoy tentang ancaman yang akan datang kepada dia dan Ochobot. Setelah itu, Lahap berpesan kepada BoBoiBoy untuk menjaga kawan-kawannya dan Sfera Kuasa mereka.

Lamunan BoBoiBoy akhirnya terhenti apabila Ochobot memanggil namanya dan bertanya keadaannya. BoBoiBoy memberitahu bahawa mereka semua selamat dan tidak apa-apa. Gopal pula dengan gembiranya berkata bahawa misi mereka telah berjaya dan dia juga telah mendapat Jam Kuasa kesayangannya itu. Tok Aba yang balik bersama Ochobot bersyukur dengan mereka yang selamat, lalu bertanya di mana Fang. Dengan muka yang sedih, mereka memandang antara satu sama lain.

Kapten Kaizo berkata bahawa dia akan menghantar BoBoiBoy dan kawan-kawannya ke Bumi semula dan menggembirakan mereka; tetapi sebelum itu, Fang perlu membuat keputusan sama ada ingin menyertai kawan-kawannya ataupun ikut pasukan Kaizo pulang.

Yaya Ying Gopal Marah

Reaksi Yaya, Ying dan Gopal selepas tahu bahawa Kapten Kaizo merupakan abang kepada Fang.

Ochobot mula tertanya-tanya kalau Fang telah mengikut Kaizo pulang, dan BoBoiBoy, Gopal dan Yaya hanya mampu mendiamkan diri. Walau bagaimanapun, tiba-tiba Fang muncul dari belakang Ochobot dan berkata yang dia tidak akan meninggalkan kawan-kawannya. Kemudian, Ochobot bertanya kepada Fang akan sebab dia tidak mengikut kaptennya pulang, lalu menjawab yang Kaizo sudah kuat lalu mendedahkan bahawa Kapten Kaizo merupakan abang kandungnya, Perkara itu membuatkan Yaya, Ying dan Gopal naik berang terhadapnya dan bertanya kepadanya kenapa dia tidak memberitahu mereka awal-awal. Mereka bertiga mengejar Fang yang juga melarikan diri dari mereka sambil meminta maaf kerana terlupa memberitahu. Akhirnya Fang dibelasah oleh mereka bertiga yang mengakibatkan kepala Fang berbenjol.

Melihat kawan-kawannya itu, BoBoiBoy tersenyum sambil mengujar terbaik. Sambil memandang langit dengan Ochobot, BoBoiBoy menyampaikan ucapan terakhir sebagai pengakhiran episod itu dan juga keseluruhan siri.

Trivia

  • Episod ini turut ditandakan sebagai "Episod Terakhir" dalam siri BoBoiBoy.
  • Tidak seperti dua episod terakhir musim ketiga, episod ini dimuat naik ke YouTube sebagai episod penuh dan tidak dipisahkan kepada dua bahagian.
    • BoBoiBoy Musim 3 - Tonton & Menang

      BoBoiBoy Musim 3 - Tonton & Menang

      TV3 telah menyiarkan satu gambar BoBoiBoy Musim 3 dalam Instagram.
  • Ini merupakan episod kedua yang BoBoiBoy menggunakan Pemecahan Elemental untuk berpecah kepada BoBoiBoy Tanah, BoBoiBoy Api dan BoBoiBoy Air.
  • Ia telah didedahkan bahawa misi pasukan Kapten Kaizo adalah mencari Jam-jam Kuasa untuk diberikan kepada mereka yang layak.
  • Di akhir episod, Kapten Kaizo telah memberikan amaran kepada BoBoiBoy tentang ancaman yang akan datang kepada dia dan Ochobot. Ini merupakan petunjuk kepada kedatangan pasukan Tengkotak di dalam BoBoiBoy: The Movie.
  • Di penghujung episod, Fang telah mendedahkan bahawa Kapten Kaizo merupakan abang kandungnya.
  • Kini, Kapten Kaizo telah dianggap sebagai watak neutral.
  • Episod ini telah memperoleh 1 juta tontonan dalam masa 2 hari, kemudian memperoleh hampir 3 juta tontonan dalam minggu pertama.
  • BoBoiBoy berkata bahawa dia perlu melindungi "Galaksi" di akhir episod merupakan petunjuk kepada siri kesinambungan, BoBoiBoy Galaxy.
  • Cermin mata Fang telah retak yang diakibatkan oleh Kapten Kaizo dan retakan pada lensa kirinya dilihat sepanjang episod. Walau bagaimanapun, cermin matanya kelihatan sudah dibaiki dalam BoBoiBoy: The Movie.
  • 3 Episod Terakhir Musim 3 telah digabungkan menjadi sebuah buku komik adaptasi.

Video

L - S - B
Logo Baru BoBoiBoy
Siri
BoBoiBoy / BoBoiBoy Reborn | BoBoiBoy Galaxy | Papa Pipi
Episod

BoBoiBoy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 2: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 3: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26

BoBoiBoy Galaxy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24
Musim 2: Isu 1 | Isu 2 | Isu 3 | Isu 4 | Isu 5 | Isu 6 | Isu 7 | Isu 8 | Isu 9
Filem
BoBoiBoy: The Movie | BoBoiBoy Movie 2 | BoBoiBoy Movie 3
Watak

BoBoiBoy

BoBoiBoy | Yaya | Ying | Gopal | Fang | Ochobot | Tok Aba | Adu Du | Probe | Komputer | Alebi | Wahid | Ernie | Super Probe | ToToiToy | BoBoiBoy Petir | BoBoiBoy Angin | BoBoiBoy Tanah | Pakcik Mat | Makcik Kuih | Pakcik Ikan | Robot Hamba | Multi-Monster | Popo | Pakcik Kumar | Posmen | Nenek Ying | Super Makcik Probe | BoBoiBoy Halilintar | Super Duper Probe | Papa Zola | Raksasa Tidur | Tauke | Bago Go | Azroy | Sasha | Encik Biskut | BoBoiBoy Taufan | Robot Pemusnah Mukalakus | BoBoiBoy Gempa | Ejo Jo | Komputer Ejo Jo | Cikgu Timi | Iwan | Amar Deep | Suzy | Amy | Siti | Stanley | Nana | Melissa | Melody | Makcik Kantin | Cikgu Disiplin | Robolabot | Robolabolabolabolabot Super King | Pak Senin Koboi | Kucing Sewel | Kambing S8000 | Maharaja Ata Ta Tiga | PETAI | Ravi J. Jambul | Koko Jumbo | Mega Probe | Rob | Robert | Roberto Santana | Polis Gemuk | Polis Kurus | Ketua Polis | Shamsul Rizal Sabri | Wak Baga Ga | Bagi Gi | Bagu Gu | Tom | MegaBot ScamBot | SampahBot | Raksasa Gonohom | Uncle Yim | Mama Zila | Raksasa Ketam | Ibu Bu | Robot Pango | Raksasa Bawang | BoBoiBot | Detektif Konon | BoBoiBoy Api | Pakcik Kantin | Anak Kantin | BoBoiBoy Air | Anak Bago Go | Wakil KPKT | Raksasa Perisai | Kapten Kaizo | Lahap

BoBoiBoy: The Movie

Klamkabot | Bora Ra | Gaga Naz | Kiki Ta | Yoyo Oo | Koko Ci | Robot T | Nenek Sayur | Kurita | J-Rex | Sistem Lab Sfera Kuasa | BoBoiBoy Blaze | BoBoiBoy Ais | BoBoiBoy Duri | BoBoiBoy Solar

BoBoiBoy Galaxy

MotoBot | Kapten Separo | Konco Lanun | Alien Mop | Raksasa Gurunda | Cattus | Waibi | BellBot | HookaBot | BoBoiBoy Daun | Nyamuk Amok | CardBot | Jokertu | Hantu Pokok | Katakululu | Raksasa Batu | Tarung | Gorila TAPOPS | ApiBot | Sai | Shielda | Jugglenaut | MelonBot | GigiBot | Panto | BebelonBot | SimenBot | InviBot | TargetBot | HidungBot | Bikembar Merah | Bikembar Biru | TrophyBot | Pok Pok Tus | Heely Wheely | DashBot | LoopBot | Makcik Wawa | Aunty Yang | Roktaroka | A.B.A.M. | Pemilik D'Sosej | Gijimo | CetakBot | RompakBot | EmotiBot | Jagara | DataBot | Robot Lanun | Burung Nuri Lanun | Kapten Vargoba | StealthBot | Nut | BoBoiBoy Cahaya | Ramenman | MagnetBot | Tok Cendatok | Gaharum | Brolangkas Brothers | Qually | Jaguh Paruh Lang | Tok Ngau | Rukawr | Jaga Kar | Pengawal Ladang | Profesor Utan | Musang Salji | Tumbosaur | Puak Baja | PasuBot | Alpha Jumbosaur | BoBoiBoy Sori

BoBoiBoy Movie 2

Raksasa Pengun | Anak Pengun | EggaBot | Gogobi | Cakada | Kechik | Ayu Yu | Retak'ka | Hang Kasa | Pipi Zola | Kang Kong | Kuda Botak | Maskmana | Pokok Bak-Bak | King Kang Kong | Raja Bayugan | Kaum Cendawa | Papa Cendawa | Mama Cendawa | Anak Cendawa | Laskar Guruhan | BibikBot | ArmoBot | KristalBot | GammaBot | Satriantar | Kuputeri | Mas Mawais | King Balakung | Panglima Pyrapi | BoBoiBoy FrostFire | BoBoiBoy Glacier | BoBoiBoy Supra | Amato

Papa Pipi

Nekpi | Cikgu Warni | Doktor Dahlia | Vijay | Melur | Chia

Lain-lain

Captain Munch | Raksasa Bengkok | Razak | Raksasa Gula | Terra | Coral | Oake | Kapten MACC | Ezra | Lelabah Kristal | EnerBot | EquBot | Raksasa Gerojoh | GigaBot
Terbitan turunan
Apa Kata Yaya | OldTown White Coffee's Superhero Elemen | Detektif Yaya | Sahabat Cilik SPRM | BoBoiBoy Galaxy Special | Fly With Yaya | Destinasi Terbaik
Tempat
Planet Bumi | Stesen Keretapi Pulau Rintis | Yong Pin Aerotrain Express | Pulau Rintis | Rumah Tok Aba | Planet Ata Ta Tiga | Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam | Kedai Runcit | Pejabat Pos Pulau Rintis | Rumah Yaya | Rumah Ying | Rumah Gopal | Sekolah Rendah Pulau Rintis | Taman Pulau Rintis | Markas Kotak | Rumah Berhantu | Lorong Pak Senin Koboi | Balai Polis Pulau Rintis | Kedai Permainan | Rintis Bank | Kedai Game Ah Beng & Sons | Sekolah Menengah Pulau Rintis | Hospital Alien Really Amazing Marvellous | Pulau Terapung | Lab Sfera Kuasa | Kilang Sfera Kuasa | Sektor G-14 | Planet Gurunda | Kubur Kapal Angkasa | Stesen Angkasa TAPOPS | Planet Dargha'ya | Planet Volkania | Planet Sarkas | Koloni Lanun Angkasa | Planet Kasuta | Planet Brotora | Planet Junkberg | D'Sosej | Kapal Arkib Angkasa | Planet Oroq | Stesen Sunnova | Markas TEMPUR-A | Planet GogoBugi | Sektor 88-19 Bima Lima | Planet Saharu | Sektor Z55-2P Galaksi Solaria | Asteroid Kristal | Planet Quabaq | Planet Gur'latan | Sektor G159A Nusagima | Planet Bayugan | Planet Rimbara | Planet Gugura | Akademi Pulau Rintis | TAPOPS-B | Kampung Muriong | Planet Kadruax
Lagu
BoBoiBoy, Superhero Kita! | Bersedia | Lagu Hindustan Gopal | Suasana di Hari Raya | Incik Boss dan Probe | Treler Antarabangsa BoBoiBoy | BuBaDiBaKo | Bangun Pagi, Senang Hati | Lagu Tidur Gopal | Lagu Tidur Fang | Jagalah Bumi | Bangkit Anak Muda! | Masih Di Sini | Di Bawah Langit Yang Sama | Dunia Baru | Lagu Tema TAPOPS | Pok Anai-Anai - Tok Aba | Fire & Water | Lagu Rukun Negara | Aneka Baju Raya
Permainan
BoBoiBoy: Adu Du Attacks | BoBoiBoy: Cabaran Kepantasan | BoBoiBoy: Photosticker | BoBoiBoy Superkick | BoBoiBoy: Puzzle Clash | BoBoiBoy: Ejo Jo Attacks | BoBoiBoy: Bounce & Blast | BoBoiBoy: Power Spheres | BoBoiBoy: Galactic Heroes | BoBoiBoy Galaxy Card | BoBoiBoy Galaxy Run
Lihat juga
Animonsta Studios | Majalah Komik BoBoiBoy | Movie Animation Park Studios | BoBoiBoy Galaxy x Lawak Kampus SUPERIOR
Advertisement