Fandom

BoBoiBoy Wiki

Musim 3, Episod 4

380laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

BoBoiBoy Episod 4 Musim 3
Team BuBaDiBaKo.png
tarikh
diterbitkan
26 Januari 2014 (TV3)
durasi
tayangan
22:01
diarahkan
oleh
Yap Ee Jean
Dzubir Mohammed Zakaria
Panduan Episod
Sebelumnya
Probe Dalam Ingatan
Seterusnya
Amukan Koko Jumbo


Musim 3, Episod 4 merupakan episod ke-4 dalam musim ke-3 siri BoBoiBoy. Episod ini disiarkan di TV3 pada 26 Januari 2014 pukul 7:00 malam.

Plot

Kokojambu.jpg

Tak sehebat mana...

Dalam pencarian tergesa-gesa untuk mencari koko yang cukup untuk menghidupkan Probe semula, Adu Du menyeru raksasa Koko Jumbo untuk memakan semua koko dari gerai Tok Aba, tetapi rupa-rupanya raksasa itu begitu kecil dan lebih rendah daripada kasut BoBoiBoy, sehingga ia diperli oleh BoBoiBoy. Tok Aba dengan layanan memanja-manjakan sebagai haiwan peliharaan.

Malahan Ochobot cuba memberinya makan kacang, tetapi Koko Jumbo meluahkan; jelas Adu Du, ia hanya makan koko kerana namanya pun "Koko Jumbo", tetapi Ochobot memberinya jolokan "Koko Jambu". Apa-apa pun, ia tetap menakutkan Gopal sehingga dia terpanjat tiang lampu. Adu Du kecewa dengan Koko Jumbo yang dibelinya dari Bago Go kerana tidak menjadi seperti yang diharapkan.

Izinkansayameminta.jpg

Bukan senang makhluk macam Adu Du nak bersopan-santun.

Tok Aba dan BoBoiBoy menasihati Adu Du supaya mengubah sikapnya kepada berbudi bahasa dan meminta apa yang dikehendakinya secara sopan santun daripada mengugut dengan menggunakan Koko Jumbo. Maka Adu Du akur, membuang kerja Koko Jumbo dan cuba melafazkan kata-kata yang sopan tetapi di tengah-tengah berbuat demikian, dia kembali bernada biadab dan mengugut dengan pistol lasernya. Jelas Ochobot, demikianlah budaya kaum makhluk asing seperti Adu Du.

Aduduberjaya`.jpg

Permulaan yang memberangsangkan.

Tok Aba memberi Adu Du peluang untuk belajar bersopan dengan ditemani oleh BoBoiBoy dan Gopal sehingga larut malam. Cubaan demi cubaan Adu Du berlarutan sehingga lewat malam, dan akhirnya dia melafazkan "meminta koko barang sepaket dua". Sekali terdengar ujaran itu, yang lain menyambut Adu Du dengan berangsang dan bangga sekali, tetapi malangnya koko telah habis dijual. Maka Adu Du naik angin dan meracau sambil berlari di keliling gerai, tetapi Tok Aba sempat memujuknya supaya datang semula esok untuk membeli koko serta menolongnya mengumpulkan bekalan koko.

Tok Aba bertanya kepada Adu Du berapa banyak koko yang diperlukannya, maka Adu Du menjawab dia memerlukan lima tong, membuat Tok Aba terkejut hingga pengsan. Malah Adu Du sukar menahan sedih atas kerosakan Probe lalu mengacukan pistol ke arah BoBoiBoy. Walau bagaimanapun, BoBoiBoy berjanji untuk membantu Adu Du bersama dengan Gopal untuk mula mengumpulkan koko yang secukupnya pada keesokan hari jika Adu Du berjanji dia akan menjadi baik. Malahan, Gopal sempat berpesan kepada BoBoiBoy supaya jangan lupa tentang kelas tambahan Matematik. Jadi, BoBoiBoy berpesan pula kepada Adu Du supaya hadir di kelas tambahan Matematik dan dia menyetujuinya.

Abduldodolygbijak.jpg

Adu Du memperlihatkan kemahiran tingginya dalam Matematik.

Keesokan harinya, Papa Zola menyambut kembali pelajar "Abdul Du Dul" yang datang ke kelas tambahan Matematik. Malahan dia menyapa gurunya dengan berkata "sila beri tunjuk ajar" sambil tunduk dengan cara yang sopan. Cikgu Papa memisit Adu Du demi penjelasan untuk markah rendahnya dalam peperiksaan; membuatkan Adu Du naik berang, tetapi sempat ditenteramkan oleh Gopal. Kemudian, Cikgu Papa mencabar kemahiran Matematik Adu Du. Adu Du membalasnya dengan menconteng seluruh bilik darjah dengan formula-formula matematik yang serba rumit, menakjubkan seluruh bilik darjah dan mengharukan si guru yang turut terconteng di mukanya.

Tujuanopsbubadibako.jpg

Misi Ops BuBadiBako.

Selepas waktu persekolahan, BoBoiBoy memuji kepintaran Adu Du, tetapi juga berpesan supaya tidak menconteng muka orang lain lagi. Sesempat Adu Du mengingatkan, dia bersama BoBoiBoy dan Gopal segera melancarkan operasi BuBaDiBaKo – "Buat Baik Di Balas Koko". Mereka dicelah oleh Fang yang bertanya apakah tujuan operasi mereka, sambil kerap tersalah sebut nama ops itu sampai membuat Adu Du jengkel.

Kemudian, mereka bertiga menjelaskan dengan sopan bahawa tujuan ops mereka adalah untuk mengumpul dana untuk membeli koko untuk menghidupkan Probe semula, dilakukan dengan membantu orang-orang yang memerlukan sebagai sebuah pasukan berbaju seragam, malah kejayaan ops terserah kepada kemampuan Adu Du untuk berbudi bahasa.

Walaupun kurang tertarik dengan misi mereka, namun Fang hendak turut serta, tetapi BoBoiBoy menolak kerana terkenang akan usikan-usikan Fang ke atas BoBoiBoy dahulu. BoBoiBoy menegur Adu Du supaya jangan mendekati Fang. Sudah tentu Fang bertindak balas negatif dengan bertekad untuk mengganggu segala kerja Team BuBaDiBaKo.

Adududicakarayam.jpg

Cubaan pertama Adu Du untuk menyumbang kepada masyarakat menghadapi rintangan.

Adu Du, BoBoiBoy dan Gopal sebagai Team BuBadiBaKo memulakan misi dengan menawarkan pertolongan kepada Makcik Kantin untuk menangkap ayam jantannya untuk dimasukkan ke dalam reban setelah tiga hari tidak dilakukan demikian. Adu Du berusaha melaksanakan tugas dengan berbudi pekerti, dengan menghiasi reban ayam cantik-cantik, tetapi dibalas dengan cakaran pada mukanya hingga dia naik berang semula sambil menghunuskan pistol lasernya, dan terpaksa dipujuk oleh Gopal dengan pesan daripada ayahnya bahawa terdapat dua perkara yang tidak boleh ditembak oleh orang baik, iaitu "tak boleh main tembak je masa jawab peperiksaan" dan "tak boleh tembak ayam". Sambil itu, BoBoiBoy dengan senang menyambut ayam itu dalam pegangannya.

Aduduberbaikdgnfang.jpg

Adu Du cuba berbaik-baik dengan Fang.

Di saat tiga sekawan itu hampir menyelesaikan tugas mereka, tiba-tiba Fang mengganggu kerja dengan menjelmakan Helang Bayang. Tindakan itu sememangnya memberangkan Adu Du, tetapi dia berusaha menghalang Fang dengan bahasa yang halus. Perbalahan antara BuBaDiBaKo dengan Fang akhirnya terlerai apabila Makcik Kantin mengatakan bahawa ayamnya telah berjaya masuk ke dalam reban, lalu tiga sekawan itu diberi ganjaran dalam bentuk wang tunai.

BoBoiBoy Team BuBaDiBaKo02:47

BoBoiBoy Team BuBaDiBaKo

Adu Du, BoBoiBoy dan Gopal meneruskan misi mengumpul dana untuk membeli koko, dengan melakukan kerja-kerja amal serta untuk membolehkan Adu Du bersikap berbudi bahasa. Sambil itu, mereka meraikan misi dengan lagu tema "Team BuBaDiBaKo". Seperti yang biasa, Adu Du masih terkapai-kapai mengawal panas barannya, sementara Fang tidak sudah-sudah mengganggu kerja mereka. Antara tugas-tugas yang ditampilkan dalam 'video muzik' mereka ialah memetik buah kepala untuk Pakcik Mat, memotong rumput di rumah seorang penduduk Pulau Rintis dan mengecat semula motosikal aiskrim Kumar. Misi BuBaDiBaKo tamat selepas 10 hari dan dananya cukup untuk membiayai lima tong koko.

Konverter.jpg

Konverter menjalankan tugas.

Dengan lima tong koko itu, Adu Du bersama BoBoiBoy dan Gopal segera kembali ke Markas Kotak untuk menukarkan koko itu dengan mesin konverter yang dikehendaki untuk menukar kor P.E.T.A.I. kepada yang serasi dengan sistem Probe. Urusniaga itu dilunaskan, dan konverter tersebut menjalankan tugas seperti yang diharapkan. Apabila kor yang ditukar bentuk dimasukkan ke dalam Probe, kelihatan peratusannya semakin meningkat dan akhirnya menjadi 100 peratus!

Video

BoBoiBoy Musim 3 Episod 4- Kerjasama BuBaDiBaKo22:01

BoBoiBoy Musim 3 Episod 4- Kerjasama BuBaDiBaKo

BoBoiBoy Musim 3, Episod 4: Kerjsama BuBaDiBaKo

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak