BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Amukan Koko Jumbo merupakan episod kelima dalam musim ketiga siri BoBoiBoy. Episod ini disiarkan di TV3 pada 2 Februari 2014.

Plot[]

Probekembalihidup

Probe hidup kembali?

Probe mencelikkan mata buat kali pertama sejak dimusnahkan dalam pertempuran yang lepas dengan Ejo Jo. Sapaan "Incik Boss sihat ke?" menceriakan Adu Du, BoBoiBoy, Gopal, Komputer dan Kambing S8000. Malangnya Probe hanya sempat bertahan seketika sebelum kembali mati disebabkan konverter yang rosak, membuatkan Adu Du kembali sebak.

Boboiboypujukadudu

Kau kan masih ada kita orang...

BoBoiBoy dan Gopal cuba memujuknya supaya mencuba lagi, tetapi Adu Du menjelaskan bahawa, bak kata Bago Go yang menjual konverter itu, peluang untuk menghidupkan semula Probe hanya sekali, malahan dia meluahkan keredhaan dengan nasib yang diterimanya.

Hologramochobot

Ochobot melaporkan diri.

Tiba-tiba, BoBoiBoy dikejutkan oleh suara Ochobot yang muncul sebagai hologram di jam tangan kuasanya, lalu segera memasang hologram di jam tangannya. Gopal tertarik kerana jam tangannya tidak mempunyai ciri sedemikian. Setelah dipasang hologramnya, Ochobot lantang menyuruh BoBoiBoy untuk segera memasang saluran TV33. Adu Du menekan butang di alat kawalan jauh untuk memasang skrin televisyen.

Kokojumbodantebusan

Koko Jumbo mengganas!

Keluarnya berita siaran langsung dari bandaraya di mana wartawan melaporkan keganasan yang dilakukan oleh seekor raksasa gergasi yang menyasar kilang koko terbesar di Pulau Rintis, malah mengambil wartawan berkenaan sebagai tebusan. Adu Du segera mengecam raksasa itu sebagai Koko Jumbo, maka dia bersama BoBoiBoy dan Gopal bergabung untuk bertindak segera.

Kokojumbodgnadudu

Adu Du bertemu kembali dengan Koko Jumbo.

Apabila mereka bertiga tiba di tempat kejadian, di mana Koko Jumbo sudah berada di kawasan pantai Pulau Rintis, Adu Du tampil mendekati Koko Jumbo untuk bertanya mengapa raksasa itu mengganas. Dengan geramnya Koko Jumbo menjawab dengan menyelar tuannya kerana mengabaikan dan membiarnya hidup sengsara hingga ia tekad untuk memburu koko untuk membesar sehinggalah menjadi gergasi.

Maka Adu Du meminta ampun daripada Koko Jumbo atas sikap tidak bertimbang rasa terhadapnya dahulu, tetapi Koko Jumbo enggan memaafinya lalu cuba membahayakan nyawa bekas tuannya. Akan tetapi, BoBoiBoy dan Gopal sempat mencelah dengan mencabar raksasa itu supaya beradu membaling barang, dengan syarat bahawa Koko Jumbo mesti berundur jika kalah. Koko Jumbo berbalas syarat dengan mengehendaki Adu Du diserahkan kepadanya jika ia menang. BoBoiBoy dan Gopal menerima syarat Koko Jumbo dan ianya membuatkan Adu Du berasa cemas.

Bbbmainbaling

Ingatkan BoBoiBoy guna kuasa tanah...

Mula-mula, Koko Jumbo mencabar BoBoiBoy untuk membaling batu besar. Nampak gayanya BoBoiBoy tidak larat memegang batu yang lebih kurang bersamaan dengan separuh besar tubuh badannya. Adu Du menyangka bahawa BoBoiBoy akan menggunakan kuasa tanahnya, rupa-rupanya tidak. Balingan BoBoiBoy yang tidak terbantu kuasa itu hanya mencapai setengah meter. Dengan yakin, Koko Jumbo memungut batu yang jauh lebih besar untuk dibaling, lantas melemparkan batu itu sejauh-jauhnya hingga hampir menghempasi kilang. Gopal mengatakan bahawa itu sudah hampir satu kilometer. Hal ini menambahkan lagi rasa cemas Adu Du.

Kokojumbobalingbulu

Baling bulu pula...

Walaupun demikian, dengan yakin sekali BoBoiBoy mencabar Koko Jumbo untuk membaling bulu pelepah pula. Seperti yang diharapkan, balingan Koko Jumbo hambar sekali, malah bulu itu ditiup angin semula ke arah bertentangannya, lalu membuahkan ukuran "negatif 30 meter" apabila mendarat. Dengan itu, BoBoiBoy dan Gopal meraikan 'kemenangan' mereka.

Walau bagaimanapun, Koko Jumbo enggan menyerah kalah disebabkan tipu helah mereka, lalu ia membaling dua ketul batu ke arah musuh-musuhnya. Gopal segera membalas serangan dengan menggunakan Tukaran Makanan lalu menukarkan batu-batu itu menjadi gula kapas yang ringan. Adu Du bersiap sedia dengan pistol lasernya, sementara BoBoiBoy menggunakan BoBoiBoy Kuasa Tiga untuk berpecah kepada BoBoiBoy Halilintar, BoBoiBoy Taufan dan BoBoiBoy Gempa.

Kokojumbokebal

Koko Jumbo kebal!

Akan tetapi, pertarungan berlarutan sehingga waktu senja, dan serangan bertubi-tubi daripada ketiga-tiga BoBoiBoy, Gopal dan Adu Du langsung tidak meninggalkan sebarang mudarat ke atas jasad dan jiwa Koko Jumbo. BoBoiBoy bertiga cuba menyerangnya dengan BoBoiBoy Halilintar menggunakan Hujan Halilintar kemudian BoBoiBoy Taufan menggunakan Deruan Ribut untuk menggabungkan kedua-duanya sementara BoBoiBoy Gempa pula menahan pergerakan raksasa itu dengan tangan golem dari bawah tanah. Namun serangan itu berjaya dilencongkan oleh Koko Jumbo ke arah musuh-musuhnya hingga membuat mereka terenjat dan pengsan seketika.

Kokojumbomengganasdikilang

Akhirnya sampai di destinasi...

Setelah mengetepikan musuh-musuhnya, Koko Jumbo segera menuju ke kilang coklat untuk mengganas sambil mencari koko. BoBoiBoy bertiga, Gopal dan Adu Du cepat sedar sementara pengganasan di kilang baru bermula. BoBoiBoy Halilintar menggesa yang lain supaya menghalang Koko Jumbo daripada makan koko dan membesar, tetapi Adu Du mengingatkan bahawa warga kilang dalam bahaya. Maka BoBoiBoy Gempa mengarahkan kepada dua dirinya yang lain untuk bersama-sama menyelamatkan warga kilang sementara Gopal dan Adu Du mengalih perhatian Koko Jumbo.

Adudupelancong

Adu Du menyamar sebagai pelancong.

Maka BoBoiBoy bertiga meluru ke kawasan kilang untuk bertindak sewajarnya. Kehadiran mereka disedari oleh Koko Jumbo, tetapi perhatiannya teralih oleh Gopal bersama Adu Du yang menyamar sebagai pelancong asing yang hendak mengambil gambar dengan raksasa itu. Sesi penggambaran itu berjaya melekakan Koko Jumbo sehinggalah BoBoiBoy bertiga sempat mengosongkan kilang. Setelah itu, Adu Du melakukan langkah terakhir dengan menyuruh Koko Jumbo berundur ke belakang sehingga ia jatuh ke dalam air gaung.

Kokojumbosedarditipu

Aku dah tak tahan!

Setelah menjatuhkan Koko Jumbo, BoBoiBoy bertiga, Gopal dan Adu Du leka meraikan kejayaan mereka dalam menyelamatkan keadaan, malah Gopal memuji kebijakan Adu Du dengan ideanya yang baru mereka laksanakan. Namun tiba-tiba sahaja Koko Jumbo lompat dari gaung dengan lebih ganas dari yang tadi. Adu Du sekali lagi menyamar sebagai penari asing, tetapi itu sudah tidak berkesan kerana Koko Jumbo sudah masak dengan tipu helah musuh-musuhnya. Sekali lagi mereka cuba menghalang kemaraan raksasa itu, tetapi mereka sudah terlalu lemah.

Kokojumbolebihbesar

Koko Jumbo Ultimate.

Kembali di tapak kilang, Koko Jumbo menunjuk kelagakannya dengan memakan bentuk coklat dari papan tanda kilang, lalu terasa papan. Gopal menunjukkan kepada Koko Jumbo bahawa koko sebenarnya tersimpan dalam tong besar (silo) kilang; tindakan kurang bijaknya membuatkan kawan-kawannya berasa kecewa. Dengan segera Koko Jumbo menelan habis koko dari silo lalu berubah bentuk menjadi lebih besar seakan-akan seekor dinosaur.

Sekali lagi BoBoiBoy dan kawan-kawan berusaha melawan Koko Jumbo secara bertubi-tubi, dan sekali lagi mereka gagal meninggalkan kesan. Koko Jumbo menyerang balas dengan mudah sekali, dengan sekali hentakan kaki yang melayangkan Gopal dan Adu Du. BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Taufan menyerangnya dari udara, tetapi dipukul dengan tiang elektrik bagai besbol. BoBoiBoy Gempa cuba menahan kemaraan Koko Jumbo dari tanah, tetapi akhirnya dipukul juga.

Lihatsiapakembali

Tengok siapa kembali!

BoBoiBoy bercantum semula kerana keletihan. Dia dan kawan-kawannya di ambang kekalahan, memberikan peluang kepada Koko Jumbo untuk menghapuskan mereka. Sekali lagi Adu Du cuba meminta ampun, dan sekali lagi Koko Jumbo enggan memaafinya dan mengugut dengan memenyetkan mereka dengan tangannya. Tidak sempat ia menjatuhkan 'hukuman' ke atas bekas tuannya dan wira-wira muda itu, datangnya pula suatu wajah yang tidak begitu asing menyelamatkan mereka.

Thereturnofprobe

Probe kini kembali, dengan peningkatan kuasa!

Rupa-rupanya Probe telah dihidupkan semula dan tampil dalam bentuk robot perkasa untuk memberikan Koko Jumbo tentangan yang sengit! Ini membuatkan Adu Du, BoBoiBoy dan Gopal gembira kerana usaha mereka untuk menghidupkan kembali Probe tidak sia-sia. Di kemuncak pertarungan, Koko Jumbo menepuk Probe bagaikan lalat, tetapi Probe terlepas tanpa cacat cela dan melepaskan tembakan peluru bertubi-tubi hingga menjatuhkan Koko Jumbo. Setelah Koko Jumbo rebah di atas tanah, Probe memancarkan laser pemusnah untuk mengecilkan semula raksasa gergasi itu. Setelah itu, Koko Jumbo yang dikecilkan dipungut oleh BoBoiBoy lalu dimasukkan ke dalam balang.

Dikesansbgmusuh

Musuh atau kawan?

Sambil mengeluarkan tangisan kegembiraan, Adu Du meluru ke arah Probe lalu memeluk kakinya. Akan tetapi, Probe beragam lain macam, mengeluarkan kata-kata "Robot Tempur Bersedia Berkhidmat" dengan suara yang berlainan dan seperti tidak berjiwa. Nampaknya Probe dihidupkan kembali tanpa ingatan lampau dan hanya tinggal robot tempur biasa.

Probe menundukkan kepala dan sistemnya dapat mengecam Adu Du sebagai tuannya, tetapi BoBoiBoy dan Gopal pula sebagai musuh ketat, lalu ia bersiap untuk mengancam wira-wira muda itu. Adu Du cuba memujuk robot suruhan lamanya agar tidak mengapa-apakan BoBoiBoy dan Gopal serta menerima mereka sebagai kawan, tetapi Probe yang tiada peri kemanusiaan itu menyanggah pujukan tuannya dan mara ke arah mereka untuk menembak mereka.

Aduduprobekembalibersatu

Akhirnya kau kembali, Probe...

Akhirnya Adu Du teringat satu jalan untuk meleraikan ketegangan ini, iaitu dengan membaling mag besi ke kepala Probe. Sekali hentakan memadai untuk menyedarkan kembali Probe dengan ingatan lampau. Maka Probe menukar mod ke bentuk asal lalu memeluk Adu Du dengan pelukan yang ramah dan tangisan kegembiraan dalam detik-detik manis yang turut dikongsi dengan BoBoiBoy dan Gopal.

Watak[]

Trivia[]

  • TV33 merupakan parodi TV3.
    • Ia juga menandakan parodi kedua keseluruhannya. Yang pertama ialah TV4 dalam Musim 1, Episod 6.
  • Wartawan TV33, Ravi J. Jambul memiliki penampilan serupa dengan wartawan Malaysia, Karam Singh Walia.
  • Gambar Adu Du yang dikoyakkan oleh Koko Jumbo adalah dari Musim 2, Episod 4.
  • Adu Du dan Koko Jumbo berkata perkataan bahasa Inggeris dalam episod ini:
    • Adu Du:
      • 11:39-11:40: "Excuse me, take picture."
      • 11:47-11:50: "Nice, nice. Good, very good monster."
      • 12:09-12:13: "Last picture. Move behind, move, move. A bit more."
    • Koko Jumbo:
      • 12:40-12:42: "Can, can."
      • 13:17-13:18: "Sorry, sir. Sorry."
      • 13:38: "Why, you! (Kenapa kau!)"
  • Koko Jumbo juga berkata frasa Sepanyol iaitu "no problemo".
  • Imbas kembali Probe dibaling oleh cawan muncul apabila ingatan tentang dirinya pulih.
  • Semua serangan BoBoiBoy dan Gopal tidak berkesan terhadap Koko Jumbo, sama seperti Raksasa Tidur dalam Musim 1, Episod 9 kerana kedua-dua mereka memiliki kekebalan di tubuhnya.
  • Ini merupakan episod kedua di mana Gopal menukarkan objek menjadi gula kapas. Yang pertama ialah Musim 2, Episod 4.
  • Babak di mana BoBoiBoy, Gopal dan Adu Du dikejutkan oleh Pedang Halilintar telah dipendekkan tidak kurang dari satu saat.

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Amukan Koko Jumbo

Video[]

Advertisement