Fandom

BoBoiBoy Wiki

Musim 3, Episod 6

379laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

BoBoiBoy Episod 6 Musim 3
Bandicam 2015-02-21 17-49-18-216.png
tarikh
diterbitkan
4 Disember 2014 (TV3)
durasi
tayangan
22:01
diarahkan
oleh
Yap Ee Jean
Dzubir Mohammed Zakaria
Panduan Episod
Sebelumnya
Amukan Koko Jumbo
Seterusnya
Rompakan Rob, Robert & Roberto


Khidmat Wak Baga Ga merupakan episod ke-6 dalam musim ke-3 siri BoBoiBoy. Episod ini disiarkan di TV3 pada 4 Disember 2014 pukul 5.35 petang. Episod ini merupakan episod pertama yang mempunyai tajuk sebenar daripada sekadar nombor bagi episod-episod yang lepas.

Pada perancangan awal, episod ini sepatutnya disiarkan di TV3 pada bulan Jun tetapi ditangguhkan kepada bulan September. Tetapi, waktu siaran yang dijanjikan pada bulan September ditangguhkan sekali lagi kepada 4 Disember kerana faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan pada waktu itu seperti menghormati insiden MH17. Walau bagaimanapun, episod ini telah disiarkan di MNCTV Indonesia lebih awal.

Plot

0306 kad pelajar adu du.png

Kad pelajar Adu Du masa Tingkatan 5. Macam tak sama je...

Probe terjaga daripada tidurnya setelah bermimpi tentang waktu dirinya dimusnahkan dalam perang melawan Ejo Jo yang lepas. Apabila dia dijenguk oleh Adu Du dan Komputer, Probe sukar untuk mengecam mereka. Sejak dihidupkan kembali, setiap kali Probe bangun dari tidur, dia sering hilang ingatan. Setiap kali Adu Du cuba mengingatkan Probe siapa dirinya, Probe sukar untuk memproses ingatannya lalu mengugutnya dengan tembakan. Kali ini, Adu Du menggunakan kad pelajar Tingkatan 5-nya sebagai bukti, tetapi Probe tidak mempercayainya disebabkan gambar dalam kad tidak sama dengan rupa Adu Du yang sekarang.

0306 senjata peluru berpandu l9000.png

Musim jualan "mengambil kesempatan" bermula lagi!

Komputer menegur Probe bahawa itu adalah kali ke-21 dia menembak tuannya itu. Kemudian, dia segera menghubungi Bago Go untuk mendapatkan bantuan. Sebaik sahaja Bago Go muncul di skrin Komputer, Bago Go terkejut melihat muka Adu Du yang hitam. Ketika Adu Du ingin memberitahu tujuannya, tiba-tiba Bago Go memotong percakapannya dengan mengatakan yang dia sudah tahu tujuan dia dihubungi lalu menawarkan Senjata Peluru Berpandu Nuklear L9000. Tetapi, jelas sekali Adu Du menolaknya dan kemudian Probe menjelaskan bahawa tujuan mereka adalah untuk memulihkan ingatan Probe. Tambah Komputer, Probe telah mengigau dan hilang ingatan sebanyak 39 kali.

0306 igauan probe.png

Kejahatan yang menghendap...

Jadi Bago Go mengesyorkan Robot Robey XL 9000 sebagai ganti untuk Probe. Adu Du dengan geram mengingatkan bahawa itu merupakan kali ke-2 jurujual itu cuba menjual robot tersebut. Jadi Bago Go menukar tajuk dengan bertanya mengenai simptom-simptom lain yang dialami oleh Probe. Jawab Probe, kadang-kadang dia terbayang-bayang dan meracau-racau secara tiba-tiba sewaktu keluar bersiar-siar dengan tuannya, seolah-olah seperti dirinya dikejar oleh robot jahat.

Setelah mengesahkan simptom-simptom yang diterangkan oleh Probe, Bago Go mengandaikan bahawa Probe sedang menghidap penyakit angau yang kronik. Adu Du tersentak mendengar berita itu dan dengan rasa yang geram, dia bertanya semula manakan robot yang boleh ada angau. Jelas Bago Go, angau tidak mengira mangsa, baik manusia mahupun robot.

0306 kismis minda s900.png

Suplemen penguat minda. Tapi robot mana boleh makan?

Semakin Adu Du mendengarnya, semakin dia tidak percaya lalu dia menuduh Bago Go cuba menipunya, tetapi Bago Go memujuk pelanggannya betapa jujur dirinya. Adu Du mengingatkan Bago Go tentang saat kapal angkasanya digadaikan dan hanya mendapat sudip elektrik. Tetapi Bago Go membalas dengan manfaat bahawa Adu Du mendapat sudip elektrik bersama Robot Pemusnah Mukalakus. Adu Du juga menegur tentang konverter yang gagal memulihkan Probe, tetapi dengan begitu mudah Bago Go membalas bahawa Probe sudah hidup dan berada di hadapan mata Adu Du.

Adu Du mengaku bahawa Probe memang sudah hidup, tetapi dia hidup dengan kehilangan ingatannya. Untuk itu, Bago Go menjelaskan bahawa ingatan Probe lemah kerana tidak makan Kismis Minda S900. Walau bagaimanapun, Adu Du sudah serik melayan "tipu daya" Bago Go dan hendak memutuskan talian, tetapi Bago Go segera memujuk pelanggannya lalu mengesyorkan seorang kawannya yang pakar dalam bab hilang ingatan.

0306 baga ga.png

Pakar dah sampai! Tapi macam kenal je...

Dengan rasa yang geram, Adu Du mengingatkan jurujual itu, jika dia menipu lagi, Adu Du tidak akan berurusan dengannya sepanjang hidup lalu bertanya siapakah kawannya itu. Bago Go tidak gentar melayan teguran itu dan menerangkan bahawa kawannya adalah "pakar segala pakar" yang boleh merawat pakar lain yang sakit. Adu Du menuntut untuk melihat rupa pakar itu dahulu, tetapi Bago Go terus memutuskan talian.

0306 keserupaan bago go baga ga.png

Pelanduk dua serupa.

Sesaat selepas Bago Go memutuskan talian, kedengaran bunyi ketukan di pintu markas. Probe pergi membuka pintu dan munculnya seorang alien dari rumpun Ata Ta Tiga tetapi berpakaian serba tradisional dan berpelat Jawa. Adu Du sangsi kerana rupanya mirip dengan Bago Go dan tidak mahu termakan tipu dayanya lagi, maka dia menyuruh Komputer untuk menjalankan analisa struktur muka ke atas pelawat itu.

Komputer melaporkan bahawa hasil 99 peratus yang pelawat itu ialah Bago Go, dan hanya 1 peratus yang pelawat itu bukan Bago Go. Kemudian, "pakar" itu mengatakan bahawa dia adalah yang 1 peraus. Malahan Probe menasihati tuannya supaya tidak berburuk sangka dengan kes "pelanduk dua serupa" ini.

Pelawat itu memperkenalkan dirinya sebagai Wak Baga Ga yang datang dari jauh untuk mengubati masalah hilang ingatan Probe. Katanya lagi, semua jenis penyakit boleh diubati hanya dengan empat langkah. Yang pertama, memastikan betul-betul sakitnya. Kedua, melakukan diagnosis dan perubatan awal. Ketiga, diberikan ubatnya dan akhir sekali, bayarannya.

0306 periksa.png

'Doktor' sedang memeriksa badan.

Maka, si "pakar" yang bergelar "Wak Baga Ga" itu terus membuat pemeriksaan awal ke atas tubuh Probe. Dia membuka tudungnya lalu mengujar "Ha, ini masalahnya". Jelas Baga Ga, kelemahan daya ingatan Probe sudah "tahap ketujuh" dan jika dibiarkan boleh jadi "tahap kelapan" iaitu terus kronik dan lupa diri.

Dengan itu Baga Ga mencadangkan hipnosis yang mana Probe akan dipukau dengan hentakan yang bertalu-talu oleh jam rantainya, sambil Adu Du menceritakan kisah silam mereka, sejak perkenalan mereka di tempat pembuangan sampah Ata Ta Tiga. Tetapi sebaik sahaja Adu Du mula bercerita, dia mendapati Wak Baga Ga terpukau sekali lalu mengejutkannya semula. Setelah dia bangun, Baga Ga meminta Adu Du supaya jangan berhenti dan teruskan bercerita.

0306 probe dipukau.png

Rawatan dimulakan.

Tatkala Probe masih tampak terpukau, Adu Du cuba memaniskan kisah lampaunya iaitu sejak dia bertemu dengan Probe, hidupnya yang gundah dan sebatang kara bertukar menjadi ceria dan bermakna kerana sesungguhnya Probe telah menjadi teman dan kawan baik Adu Du. Namun, tiba-tiba Probe sedar dari pukauan itu kerana tidak termakan cerita itu lalu mengingatkan bahawa dia dijadikan orang suruhan dan kuli Adu Du adalah!

0306 cerita lama.png

Adu Du mengimbas kisah silam kepada Probe.

Adu Du dan Baga Ga terkejut melihat Probe terjaga lalu memukul-mukulnya dengan jam rantainya dan dia dipukau semula. Selepas itu, Adu Du menyambung semula cerita ketika mereka menjumpai Ochobot serta permusuhan lama mereka dengan BoBoiBoy, apatah lagi ketika mereka nyaris mengalahkan musuh mereka itu ketika mereka mendapat Robot Pemusnah Mukalakus dari "si penipu" Bago Go, disusuli peristiwa Ejo Jo yang menyebabkan kemusnahan Probe dan akhirnya Adu Du bekerjasama dengan BoBoiBoy dan akhir sekali bagaimana Probe dihidupkan kembali dengan bantuan BoBoiBoy dan (ironiknya) Bago Go. Adu Du menyudahkan cerita dengan sebak meratapi masalah hilang ingatan Probe dan dia tidak sanggup kehilangannya lagi.

0306 ubat hikmat tongkat bayam sakti ajaib.png

Iklan ubat.

Selepas selesai sesi hipnosis, Baga Ga menepuk tangan untuk mengejutkan Probe dari pukauan, lalu melaporkan keadaannya semakin baik tetapi belum pulih sepenuhnya. Tambahnya, jika tidak diubat selepas "dua Jumaat", pasti lupa diri terus. Untuk itu, dia mencadangkan ubat hikmat "Tongkat Bayam Sakti Ajaib" yang harus disapukan pada bahagian yang sakit 30 kali sehari selama 30 hari. Sambungnya, perahkan limau nipis dan campurkan dengan dua sudu ubat itu di dalam air suam lalu meminumnya.

0306 sumber bahan ubat.png

Betapa sukarnya mendapat bahan-bahan ubat ni... Yalah tu!

Hebah Baga Ga, ubat ini mujarab dan serbaguna untuk pelbagai jenis penyakit di dunia, termasuklah demam, selsema, sakit perut, hilang ingatan, angin-angin, sakit kepala, demam denggi, sakit jantung, sakit buah pinggang, otitis, meningitis, osteoporosis, pertussis, oasis dan macam-macam "sis" lagi. Ianya diperbuat daripada bahan-bahan yang sangat sukar diperoleh, iaitu cendawan salji yang diambil dari puncak Gunung Berapi Wakakagewa, air mata harimau bintang bunting anak ke-13, air rebusan sarang labah-labah gergasi dan daun bayam sakti yang dipetik pada malam Selasa bulan mengambang minggu ke-2 cuti sekolah.

0306 cawan kayu coklat ceri ajaib.png

Cawan kayu coklat ceri ajaib.

Probe naik semangat mendengar hebahan Baga Ga mengenai ubat itu dan memujuk Adu Du untuk membelinya tetapi Adu Du seperti biasa, sangsi menduga harga yang mahal. Lantas Baga Ga menjelaskan bahawa ubat ini percuma kerana dirinya ikhlas dan bukan seperti Bago Go yang digelar "pisau cukur". Adu Du terus berasa lega apabila mendengar perkataan 'percuma' itu, tetapi Baga Ga berpesan bahawa ubat itu harus diminum di dalam "cawan kayu coklat ceri ajaib" supaya terasa mujarabnya, bahkan kesan mujarabnya akan hilang jika diminum di dalam cawan besi. Setelah ditanya oleh Adu Du harganya, Baga Ga memberitahu bahawa harga cawan itu adalah 80 Juta 80 Sen. Maka Adu Du pun rebah dalam keresahan lalu pengsan.

0306 masalah sebenar.png

Inilah 'masalah sebenarnya', tak payah ubat pun.

Selepas menyerahkan ubat dan cawannya kepada Probe di luar markas, Baga Ga memesan Probe supaya menelefonnya untuk melaporkan perkembangan kesihatannya lalu menyerahkan resitnya. Sebelum itu, dia membuka tudung kepala Probe dan menyambungkan semula wayar yang terbuka di dalam sistemnya. Setelah Adu Du mengucapkan terima kasih, Wak Baga Ga berlepas dengan ambal terbang. Sesaat setelah itu datang pula Bago Go dengan menaiki motosikal terbang. Ianya membuatkan Adu Du berasa hairan dan curiga.

0306 probe mengganas semula.png

Hilang ingatan lagi?

Kemunculan Bago Go menyebabkan Probe bertukar menjadi Super Probe secara tiba-tiba dengan nada suara yang garang dan tidak berhati perut, dan bertanya adakah dia itu Wak Baga Ga sambil mengacukan senjata ke arah makhluk hijau yang bermisai itu. Bago Go berusaha memujuk Probe yang dirinya bukan Baga Ga, tetapi Adu Du mencelah dengan berkata Bago Go menipu.

Bago Go mengatakan bahawa mungkin Probe marah kerana Baga Ga menipu Adu Du Dan Probe. Dia hanya menyambungkan wayar yang tercabut dalam kepala Probe sahaja. Ini membuatkan Adu Du berasa marah dan kesal setelah berbelanja berjuta-juta, dan Probe pula tidak puas hati dengan penjelasannya. Jadi Bago Go segera menarik semula semua cas kredit kad tadi, siap dipulangkan kapal angkasa lamanya lagi. Super Probe menggesa supaya Bago Go mengaku dirinya adalah Baga Ga, jadi Bago Go pun menurut kehendaknya, tetapi dia tetap memakan tembakan laser robot yang garang itu.

Kemudiannya, Super Probe menoleh ke arah Adu Du dan menuntut akuan bahawa dia adalah pembantu Baga Ga. Adu Du cepat-cepat mengeluarkan kad pengenalannya, tetapi Probe kembali ke mod asalnya dan memberitahu bahawa dia sebenarnya berpura-pura hilang ingatan untuk menipu Baga Ga. Lantas Adu Du berasa geram bercampur bangga memuji tindakan robot suruhannya itu sambil mengecam kesalahan Bago Go. Tiba-tiba sahaja Baga Ga berpatah balik ke pekarangan markas untuk bertanyakan mengapa ditarik semula cas kredit kad tadi. Tergamam Adu Du apabila dia melihat Bago Go dan Baga Ga adalah dua alien yang berlainan, jadi Probe berasa geram dan terus bertukar lalu menembak mereka berdua di luar markasnya.

Video

BoBoiBoy Musim 3 Episod 6- Khidmat Wak Ba Ga Ga22:01

BoBoiBoy Musim 3 Episod 6- Khidmat Wak Ba Ga Ga

BoBoiBoy Musim 3, Episod 6: Khimat Wak Baga Ga

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak