Fandom

BoBoiBoy Wiki

Musim 3, Episod 8

365laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

BoBoiBoy Episod 8 Musim 3
5 Panglima Scammer.png
tarikh
diterbitkan
9 Disember 2014 (TV3)
durasi
tayangan
20:01
diarahkan
oleh
Yap Ee Jean
Dzubir Mohammed Zakaria
Panduan Episod
Sebelumnya
Rompakan Rob, Robert & Roberto
Seterusnya
Pertarungan Di Bulan


Ketibaan 5 Panglima Scammer merupakan episod ke-8 dalam musim ke-3 siri BoBoiBoy. Episod ini ditayangkan di TV3 pada 9 Disember 2014 pukul 5.35 petang.

Plot

0308 kapal angkasa adu du kembali.png

Kembalinya sebuah teman lama, tetapi...

Setelah selesai menumpaskan perompak-perompak bersama dengan BoBoiBoy dan yang lain di Rintis Bank, Adu Du dan Probe menyambut kepulangan kapal angkasa lama mereka dengan girang sekali. Apabila ditanya oleh Gopal bagaimana mereka mendapatkannya semula, Adu Du menceritakan bahawa mereka menipu Bago Go sehingga dia terpedaya dan memulangkan semula kapal angkasa lama mereka. Perbuatan mereka ditegur oleh Yaya bahawa perbuatan jahat tidak wajar dibalas dengan perbuatan jahat.

0308 bago go suruh lari.png

"Abang! Lari, bang! Lari! Run! Run far, far away, bang! Run!"

Akan tetapi, kegembiraan mereka terhenti apabila tiba-tiba munculnya lima lagi kapal angkasa berwarna-warni yang mengepung kapal angkasa Adu Du. Ianya membangkitkan rasa hairan Adu Du dengan Probe yang menyangka itu adalah promosi Bago Go. Pintu kapal angkasa Adu Du terbuka dan kelihatan Bago Go berdiri di situ yang berasa cemas. Dia menyuruh Adu Du dan lain-lain supaya melarikan diri kerana abang-abangnya sudah datang untuk membalas dendam atas perbuatan Adu Du dan Probe menipu keturunannya tempoh hari, bahkan Adu Du adalah orang pertama yang berjaya menipu keturunan Bago Go.

Tanpa disedari oleh kedua-dua pihak, perbualan serius mereka sedang diliputi secara langsung oleh Ravi J. Jambul, si wartawan yang meliputi rompakan bank pada episod lepas. Adu Du mengatakan bahawa Bago Go yang menipunya dahulu, tetapi Bago Go membalas supaya tidak menceritakan hal-hal tentang sekolah menengah (padahal Adu Du tidak pernah sekolah dengan Bago Go!).

0308 keadaan ejo jo.png

Sudah jatuh ditimpa lif.

Kemudian, BoBoiBoy bertanya bukankah kapal angkasa itu telah dibeli oleh Ejo Jo. Ujar Bago Go, itu semua adalah salah BoBoiBoy sendiri kerana membelasah Ejo Jo sehingga cedera parah, lantas terpaksa menggadaikan kapal angkasa itu untuk menanggung belanja hospital yang terlalu tinggi melangit untuk dirawat di hospital yang (kononnya) dibuka oleh Bago Go sendiri.

0308 potential customer.png

Apa akan jadi kalau tak lari.

Apa-apa pun, tujuan Bago Go datang ke situ adalah untuk menyuruh Adu Du, BoBoiBoy dan lain-lain untuk berlari menyelamatkan diri daripada abang-abangnya yang sudah berang meruap-ruap, termasuk diri Bago Go sendiri. Maka, Fang bertanya mengapakah mereka disuruh lari jika Bago Go juga berasa marah; jawab Bago Go, mereka semua adalah pelanggan berpotensi Bago Go sendiri yang akan ditimpa bala jika diapa-apakan oleh abang-abangnya, maka terputuslah saluran pendapatan Bago Go itu.

0308 abang-abang bago go.png

Mereka sudah tiba...

Pada masa yang sama, muncullah empat abang-abang Bago Go dengan wajah-wajah yang bengis. Si abang sulung bercermin mata menengking Bago Go kerana menyuruh orang yang telah menipu keturunannya lari, tetapi Bago Go cuba menutup jejak dengan berkata dia bercakap tentang "kari" dan bukannya "lari". Sebaik sahaja ditunjukkan oleh Baga Ga akan Adu Du dan Probe yang menipunya tempoh hari, maka dia pun terus mengherdik mereka berdua itu dan memperkenalkan diri mereka sebagai "Lima Panglima Scammer"!

0308 baga ga periksa gopal.png

Pemeriksaan percuma.

Kemudian kelima-lima mereka memperkenalkan diri masing-masing. Bago Go memperkenalkan dirinya sebagai penjual senjata haram terhebat walaupun sudah masak dikenali oleh seluruh geng BoBoiBoy, diikuti oleh Wak Baga Ga si bomoh penipu seantero dunia yang sudah dikenali oleh Adu Du dan Probe. Kemudian Wak Baga Ga menunjukkan kemahirannya dengan mengatakan badan Gopal kurang sihat disebabkan oleh kawan baiknya sendiri, maka Gopal menaruh dengki terhadap BoBoiBoy tetapi sempat dipatahkan oleh Yaya. Si abang long itu kagum melihat betapa mudahnya si Gopal ditipu.

0308 bagi gi gopal.png

Encik menang besar!

Selepas itu giliran Bagi Gi untuk memperkenalkan dirinya, iaitu penipu sindiket Internet, lalu dia cuba memperdayakan Gopal dengan berkata bahawa dia telah memenangi sebuah kereta angkasa berwarna merah dari Internet. Sungguh mudah Gopal tergoda dan hampir mengisi borang pada tablet Bagi Gi, tetapi sempat dihalang oleh Ying.

0308 bagu gu.png

Mahaguru "I Love You".

Yang keempat pula adalah Bagu Gu, si "mahaguru I love you" yang bermaksud pemain kayu tiga.
0308 biasalah bro.png

Biasalah, bro.

Cara dia mempersembahkan dirinya dengan romantik membuatkan BoBoiBoy dan kawan-kawan loya, tetapi menambat hati ramai wanita di sekeliling, termasuk seorang nenek tua. Dan akhir sekali, si abang sulung selaku ketua mereka memperkenalkan diri. Probe menyangka namanya ialah Bage Ge, tetapi bukan. Corak namanya lain daripada adik-adiknya kerana nama yang dipakainya ialah Tom, si penipu nama! Ini membuatkan Probe berasa hairan sama ada "Tom" adalah nama sebenarnya atau pun bukan.
0308 penipu nama.png

Betulkah namanya Tom?

Setelah selesai memperkenalkan diri, Tom bagi pihak Lima Panglima Scammer mengulangi ugutannya untuk menyedut kesemua kekayaan di Bumi atas perbuatan yang telah Adu Du dan Probe lakukan. Adu Du dengan gembira berasa tidak sabar untuk menghalang cita-cita mereka, tetapi BoBoiBoy bertindak memeranjatkan dengan kesanggupannya untuk menyerahkan kapal angkasa Adu Du kepada mereka, kemudian memujuk Adu Du semata-mata kerana hendak menyelesaikan masalah itu dengan cara baik.

0308 bandar diserang.png

Ini akibatnya kalau tak minta maaf.

Dengan hati yang geram dan keberatan Adu Du setuju dengan cadangan itu. Akan tetapi, Tom juga menuntut supaya Adu Du meminta maaf. Walau bagaimanapun, kali ini Adu Du berkeras untuk berbuat demikian, maka Tom memulangkan kunci kapal angkasa Adu Du, kemudian kelima-lima Panglima Scammer (termasuk Bago Go) menaiki semula kapal angkasa masing-masing dan menghujani seluruh bandar Pulau Rintis dengan bedilan laser bertalu-talu!

BoBoiBoy dan kawan-kawan pergi bersembunyi sementara Ravi J. Jambul sempat mengumumkan serangan di bandar bagi pihak TV33. Setelah itu, BoBoiBoy keluar dari tempat persembunyian dan menyerang balas dengan melontarkan Keris Petir ke arah musuh mereka itu, tetapi serangannya dipatahkan dengan mudah oleh tembakan laser Tom.

0308 wartawan temu bual nenek.png

Dah lama nenek tak lari selaju ini...

Tatkala kapal-kapal Panglima Scammer terus bermaharajalela, BoBoiBoy menggunakan BoBoiBoy Kuasa Tiga untuk menyelamatkan orang ramai. BoBoiBoy Gempa menggunakan Tanah Pelindung untuk melindungi seorang ibu dan anaknya manakala BoBoiBoy Taufan pula menggunakan Kokun Angin untuk menahan batu-batu yang jatuh dari atas bangunan. Yaya dan Ying juga turut membantu dengan menyuruh semua penduduk berlari ke arah yang bertentangan. Ravi J. juga tetap meneruskan kerjanya di tengah-tengah bahaya ini dengan menemubual seorang nenek tua yang gembira kerana dapat berlari pantas meskipun dia sudah tua.

0308 super probe penyelamat.png

Mega Probe datang menyelamat!

Fang pula melompat dari bawah ke atas bumbung bangunan lalu cuba menyerang kapal Tom dengan Serangan Bayang, tetapi gagal. Adu Du dan Probe juga tidak terkecuali daripada aksi keperwiraan apabila Probe bertukar menjadi Mega Probe untuk menyelamatkan seorang budak lelaki daripada dihempap oleh papan nama kedai yang terkena tembakan laser. Akan tetapi, Mega Probe masih cuai kerana tercampakkan papan nama ke atas Adu Du sampai lenyek dihempapnya. Nasib baik Adu Du masih bernyawa, lalu dia dan Probe pergi bersembunyi bersama dengan BoBoiBoy dan yang lain.

0308 pandu kapal angkasa.png

Cepat pandu, alihkan perhatian mereka semua ni!

Ketika bersembunyi, Adu Du mencadangkan supaya mereka mengalihkan perhatian musuh daripada asyik menyerang bandar dengan menaiki kapal angkasanya. Maka mereka semua pun menaikinya, tetapi masih ada satu masalah lagi. Tangan Adu Du masih lagi cedera, jadi stereng kapal tidak dapat dikendalikannya. Ying menyuruh Probe memandu, tetapi Probe mengaku yang lesennya sudah tamat tempoh. Gopal menawarkan dirinya untuk memandu, lalu kapal angkasa itu terus berangkat.

0308 tunggang langgang.png

Aduh...

Tetapi ternyata Gopal sendiri tidak pandai memandu kapal itu, maka habis seluruh ahli kapal ditunggang-langgangkan di langit. Nasib baik semua selamat setelah kapal mendarat semula. "Terbalik...", ujar BoBoiBoy yang kelihatan telah tertiarap di dalam kapal angkasa.
BBBTerbalik M3E08.png

Terbalik...

Gerak-geri kapal angkasa Adu Du telah disedari oleh musuh, maka Gopal menyuruh BoBoiBoy untuk mengambil kemudi. BoBoiBoy mula-mula teragak-agak kerana dia sendiri pun tidak pandai memandu. Setelah ditembak beberapa kali, akhirnya kapal angkasa itu berangkat jauh ke langit. Kelihatan Yaya dan Ying memandu kapal angkasa dengan bimbingan empunya kapal itu sendiri. Lima Panglima Scammer turut mengekori mereka sehingga jauh dari tempat tadi.

Adu Du sempat menetapkan kapal kepada kuasa maksima dan Ying pula menyuruh semua orang berpegang kuat-kuat. Maka mereka semua bergegas mengambil tempat duduk masing-masing dan memakai tali keselamatan, kecuali Gopal yang tiada tempat duduk dan terpaksa berpegang kuat-kuat pada lengan Adu Du yang cedera sementara kapal angkasa melayang pada kelajuan maksima.

0308 mengejar-ngejar di langit.png

Kejar-mengejar tak habis...

Namun begitu, Lima Panglima Scammer mampu mengejar mereka dengan mod hyperspeed pada kapal angkasa masing-masing, kemudian melancarkan Peluru Berpandu Laser Kebabooooooo lalu melepaskannya ke kapal angkasa Adu Du secara bertalu-talu. Namun, serangan itu sempat ditepis oleh flare yang dilepaskan oleh Yaya atas suruhan Adu Du yang merana dalam kesakitan. Akan tetapi salah sebutir peluru terjatuh ke reban ayam baru yang dibina sendiri oleh Makcik Kantin, menyebabkan BoBoiBoy kesal melihatnya melalui skrin kapal kerana dapat mengagak yang pasti dia kena membinanya semula.

Ying menyeru supaya menuju ke tempat yang tiada orang. Fang mencadangkan mereka pergi ke kawasan hutan, tetapi Yaya mengatakan tidak boleh kerana takut binatang diapa-apakan. Gopal mencadangkan kawasan lapang, laut atau kutub selatan, tetapi Yaya kata masing-masing ada belalang, ikan dan penguin untuk hidup. Setelah puas berfikir, akhirnya Yaya membawa kapal angkasa ke suatu tempat yang tiada hidupan dan dapat dielakkan daripada bedilan bertalu-talu, iaitu Bulan di angkasa!

Video

BoBoiBoy Musim 3 Episod 8- Ketibaan 5 Panglima Scammer20:01

BoBoiBoy Musim 3 Episod 8- Ketibaan 5 Panglima Scammer

BoBoiBoy Musim 3, Episod 8: Ketibaan 5 Panglima Scammer

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak