Fandom

BoBoiBoy Wiki

Nizam Razak

365laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Nizam-razak-animonsta.jpg

Mohd Nizam Abdul Razak.

Mohd Nizam Abdul Razak merupakan seorang pengasas bersama pemilik dan pengarah pengurusan Animonsta Studios Sdn Bhd, syarikat animasi yang menerbitkan siri animasi BoBoiBoy, semenjak syarikat tersebut ditubuhkan pada tahun 2009. Dahulunya, beliau merupakan pengarah eksekutif Les' Copaque Production.

Selaku siswazah Universiti Multimedia, Nizam Razak mula-mula menceburi bidang animasi dengan menyertai sebuah studio animasi di Damansara bersama Safwan Abd Karim sekitar tahun 2005, tetapi tidak lama kemudian mereka berdua meletak jawatan dan berjumpa dengan seorang bekas usahawan petrol, Burhanuddin Radzi, untuk membuka sebuah studio animasi baru, iaitu Les' Copaque Production. Sepanjang kerjayanya di Les' Copaque, Nizam Razak memegang peranan sebagai pengarah siri Upin & Ipin dan filem Geng: Pengembaraan Bermula yang berjaya mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia. [1]

Akan tetapi, pada pertengahan tahun 2009, Nizam dan Safwan bersama beberapa orang lagi teman di Les' Copaque meninggalkan studio itu untuk membentuk satu lagi studio animasi baru, iaitu Animonsta Studios dan menerbitkan siri BoBoiBoy. Nizam Razak tidak ketinggalan meminjamkan suaranya kepada beberapa watak dalam siri animasi ini.

Sempena sambutan Hari Malaysia 2011, Nizam Razak dipilih sebagai Tokoh Negara atas sumbangannya kepada industri daya cipta dan multimedia Malaysia. [2]

Beliau juga merupakan pengarah dan penyunting bagi filem BoBoiBoy: The Movie.

Video

Rujukan

  1. Jobless four years ago, three young filmmakers shake up box office, The Malaysian Insider, 2 Mei 2009.
  2. Nizam Razak – Pengarah Awal Siri Upin & Ipin Dan Boboiboy Menerima Anugerah Tokoh Negara, amanz.my, 14 September 2011.

Pautan luar

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak