BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Ochobot adalah sebuah Power Sphera generasi kesembilan yang telah dinaik taraf dalam BoBoiBoy: The Movie. Dia mula menjadi kawan rapat BoBoiBoy setelah dia 'diselamatkan' oleh BoBoiBoy secara tidak sengaja. Ochobot kini membawa Kuasa Teleportasi yang dipindahkan dari Power Sphera generasi pertama, Klamkabot.

Sejarah

Kehidupan awal

Seperti semua Power Sphera, Ochobot dicipta di Lab Power Sphera oleh Kubulus. Disebabkan oleh ramai alien jahat yang ingin menggunakan kuasa-kuasa Power Sphera yang luar biasa, Ochobot telah melarikan diri dari pemburu Power Sphera supaya kuasanya selamat dan tidak jatuh ke tangan mereka. Kemudian dalam masa yang lalu, Adu Du menemui Ochobot di suatu tempat sebelum mereka tiba di Bumi.

BoBoiBoy

Ochobot pertama kali muncul setelah BoBoiBoy mengekori Probe selepas dia mencuri tin koko dari kedai koko Tok Aba. Ochobot yang telah diaktifkan dan menganggap BoBoiBoy sebagai tuannya berlari mengikuti BoBoiBoy dan menyamar menjadi bola semasa di kedai Tok Aba. Malamnya di bilik BoBoiBoy, Ochobot mendedahkan dirinya kepada BoBoiBoy, memperkenalkan dirinya lalu memberikannya Jam Kuasa yang mengandungi Kuasa Elemental kepada BoBoiBoy. Apabila BoBoiBoy menghadapi masalah untuk melindungi Ochobot dari Adu Du yang ingin mengambil alih kuasanya untuk menghancurkan Bumi, Ochobot memberikan kuasa kepada kawan-kawan BoBoiBoy: Yaya, Ying dan Gopal. Tok Aba yang mendapati bahawa Ochobot diaktifkan dengan kokonya telah menjadikannya sebagai pembantu percuma di kedai kokonya.

Sepanjang siri, Ochobot sentiasa memberikan nasihat dan membantu BoBoiBoy. Dalam suatu insiden pada waktu tengah malam, Ochobot telah memberikan kuasa kepada Fang selepas cemas melihat Adu Du dan Probe ingin menangkapnya.

BoBoiBoy: The Movie

Dalam filem ini Ochobot teruja untuk pergi berkhemah bersama BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Namun, akibat satu kes rompakan BoBoiBoy membantu pihak polis dan langsung lupa untuk pergi ke perkhemahan, menyebabkan Ochobot kecewa dengan BoBoiBoy. Pada malamnya, Ochobot tiba-tiba dihubungi oleh Klamkabot, Power Sphera yang sedang diburu oleh Tengkotak. Keesokannya, Bora Ra telah menangkap Ochobot dan menjurus BoBoiBoy dan kawan-kawannnya merancang satu ekspedisi menyelamatkan Ochobot bersama Papa Zola. Ochobot berjaya melarikan diri atas bantuan Klamkabot dan akhirnya dapat bertemu dengan BoBoiBoy semula. Selepas Klamkabot ditangkap oleh Bora Ra, BoBoiBoy dan kawan-kawannya mengikut Ochobot ke Lab Sfera Kuasa, di mana Ochobot telah dinaik taraf dan memperoleh Kuasa Teleportasi Klamkabot yang akan digunakannya untuk melarikan diri.

BoBoiBoy Galaxy

Selepas peristiwa yang telah berlaku di dalam filem, Ochobot bersama kawan-kawannya menyertai pasukan TAPOPS untuk melindungi Power-Power Sphera yang bertaburan di angkasa sebelum mereka ditangkap oleh alien-alien jahat.

Bentuk

Ochobot sebelum upgrade

Ochobot

Ochobot sebelum upgrade 2

Ochobot

Ochobot

Ochobot

  • Pemberian Kuasa: Ochobot memberikan kuasa-kuasa tertentu kepada orang yang mengaktifkannya, biasanya dalam bentuk Jam Kuasa. Selain pengaktifnya, Ochobot juga boleh memberikan kuasa kepada orang lain sebelum merasakan bahawa seseorang itu patut mempunyai kuasa ataupun tidak.
    • BoBoiBoy - Kuasa Memanipulasi Elemental
    • Yaya - Kuasa Memanipulasi Graviti
    • Ying - Kuasa Memanipulasi Masa
    • Gopal - Kuasa Memanipulasi Molekul
    • Fang - Kuasa Memanipulasi Bayang
  • Penyamaran: Ochobot boleh menukarkan struktur warna badannya kepada struktur warna yang lain yang berbentuk sfera. Oleh itu, Ochobot mampu berubah warna seperti warna bola untuk menyamar.
  • Terbang: Ochobot mempunyai sepasang kepak mekanikal di atas kedua tangannya yang digunakan untuk menerapung tubuhnya di atas udara.
  • Imbasan: Ochobot boleh mengimbas seseorang itu menggunakan matanya untuk mendapatkan maklumat orang itu ataupun boleh digunakan untuk menggodam sesuatu sistem.

Ochobot selepas upgrade

Ochobot (naik taraf)

  • Kuasa Teleportasi: Kuasa istimewa Ochobot yang boleh digunakan selepas Ochobot dinaik taraf sepenuhnya.
    • Teleportal: Kuasa sampingan Ochobot yang membolehkan dia membuka portal ke planet yang jauh yang perlu disertakan dengan koordinat yang benar.
  • Penyamaran Sebagai Mainan: Ochobot menyamar sebagai mainan bagi mengelirukan musuhnya.


Rupa

Ochobot berwarna kuning dan berbentuk sfera ketika dalam keadaan menguncup. Ochobot mempunyai lima kompartmen bertudung yang menyimpan tangan dan rodanya yang boleh dikeluarkan apabila Ochobot hendak menggunakannya. Ochobot juga boleh menyamar seperti bola untuk mengelakkan dia dikesan oleh orang lain.

Setelah Ochobot dimodifikasi dan dinaik taraf di Lab Sfera Kuasa, mini rupa Ochobot berubah dari bentuk asalnya tetapi masih mengekalkan identiti sebagai sebuah Sfera Kuasa yang berwarna kuning. Sayap dan tangannya dilengkapi dengan skrin LED yang berfungsi sebagai matanya. Dalam bentuk ini, Ochobot mempunyai Kuasa Teleportasi yang dipindahkan oleh Klamkabot.

Perwatakan

Ochobot merupakan sebuah robot yang sentiasa ceria apabila dia bersama dengan BoBoiBoy atau kawan-kawannya. Dia suka meluangkan masanya dengan BoBoiBoy seperti berkhemah di pondok bas. Tetapi, Ochobot akan berasa sedih dan kecewa apabila BoBoiBoy tidak menepati janjinya untuk berkhemah.

Trivia

  • Ochobot sendiri tidak sedar akan potensi sebenar daripada setiap Jam Kuasa yang digunakan oleh BoBoiBoy, Yaya, Ying dan Gopal. Kemungkinan ini juga berpunca daripada insiden yang sama di mana ketika Ochobot lupa jenis kuasa Gopal kerana ditendang oleh BoBoiBoy untuk menyelamatkannya daripada ditangkap oleh Super Probe.
  • Ochobot merupakan Sfera Kuasa generasi kesembilan seperti yang didedahkan dalam BoBoiBoy: The Movie.
  • Ochobot mendapat peningkatan bentuk dalam filem dari Sistem Lab Sfera Kuasa seperti yang diprogramkan oleh Klamkabot dan kini membawa Kuasa Teleportasi yang diberikan oleh Klamkabot.
  • Dalam komik BoBoiBoy: Sfera Kuasa, ia dinyatakan bahawa Ochobot dicipta oleh Kubulus dan disebarkan ke galaksi oleh Klamkabot sebelum Ochobot ditemui oleh Adu Du.
  • Dalam filem, Sistem Lab Sfera Kuasa telah mendedahkan bahawa misi Ochobot yang sebenarnya adalah untuk melarikan diri dengan menggunakan Kuasa Teleportasinya.
  • Walaupun Ochobot mengalami kerosakan yang teruk di akhir filem, dia ditunjukkan kembali normal yang ditunjukkan di gambar kredit akhir. Hal ini adalah kerana Ochobot boleh menyembuhkan dirinya sendiri sebagai Power Sphera kerana mereka dicipta dengan teknologi alien, seperti yang dinyatakan dalam surat peminat.
  • Seperti yang dinyatakan dalam Majalah Komik BoBoiBoy, Ochobot merupakan Power Sphera generasi yang terakhir, bermaksud dia adalah Power Sphera yang paling muda.
  • Ochobot adalah Sfera Kuasa pertama yang mengubah penampilannya.
  • Ochobot mempunyai kusyen bersama-sama dengan BoBoiBoy, Yaya dan Cattus.[1]

Petikan dialog

  • "Tuan..."
  • "Nama aku Ochobot-lah!"
  • "Aku nak bagi kau kuasalah!
  • "Itulah Powerband Kuasa!"
  • "Wah! Kuasa elemen! Kau boleh gunakan kuasa-kuasa yang ada di planet ni!"
  • "Untuk menggunakan kuasa ini, kau kena banyak berlatih. Sebab ianya antara kuasa yang paling sukar."
  • "Aku diprogramkan untuk mengikut siapa yang aktifkan aku."
  • "Janganlah tinggalkan aku..."
  • "Tolong aku, BoBoiBoy!"
  • "Nampaknya, aku terpaksa kawal keadaan ni!"
  • "Ayuh!"
  • "Ada kesan anomaly kuasa, tapi aku tak pasti kuasa apa."
  • "Aku robot, mana perlu makan."
  • "Dah berapa lama aku tunggu waktu ni!"
  • "Tapi... Kau dah janji BoBoiBoy..."
  • "Tak apa, BoBoiBoy... Semuanya akan okey..."
  • "Ini tenaga terakhir aku, BoBoiBoy..."
  • "Salah korang berdua, terdesak sangat nak laga super."
  • "Okey, berikan aku koordinatnya."
  • "Teleportal akan dibuka sekarang."
  • "Itu adalah Power Sphera!"
  • "Jangan BoBoiBoy! Kuasa kau masih tak stabil!"
  • "Kuasa dia dah mula tak stabil!"
  • "Biar aku periksa Jam Kuasa kau."
  • "Korang berjaya selamatkan Power Sphera yang diculik tu!"

Video

Rujukan

L - S - B
Logo Baru BoBoiBoy
Siri
BoBoiBoy / BoBoiBoy Reborn | BoBoiBoy Galaxy | Papa Pipi
Episod

BoBoiBoy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 2: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 3: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26

BoBoiBoy Galaxy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24
Musim 2: Isu 1 | Isu 2 | Isu 3 | Isu 4 | Isu 5 | Isu 6 | Isu 7 | Isu 8 | Isu 9
Filem
BoBoiBoy: The Movie | BoBoiBoy Movie 2 | BoBoiBoy Movie 3
Watak

BoBoiBoy

BoBoiBoy | Yaya | Ying | Gopal | Fang | Ochobot | Tok Aba | Adu Du | Probe | Komputer | Alebi | Wahid | Ernie | Super Probe | ToToiToy | BoBoiBoy Petir | BoBoiBoy Angin | BoBoiBoy Tanah | Pakcik Mat | Makcik Kuih | Pakcik Ikan | Robot Hamba | Multi-Monster | Popo | Pakcik Kumar | Posmen | Nenek Ying | Super Makcik Probe | BoBoiBoy Halilintar | Super Duper Probe | Papa Zola | Raksasa Tidur | Tauke | Bago Go | Azroy | Sasha | Encik Biskut | BoBoiBoy Taufan | Robot Pemusnah Mukalakus | BoBoiBoy Gempa | Ejo Jo | Komputer Ejo Jo | Cikgu Timi | Iwan | Amar Deep | Suzy | Amy | Siti | Stanley | Nana | Melissa | Melody | Makcik Kantin | Cikgu Disiplin | Robolabot | Robolabolabolabolabot Super King | Pak Senin Koboi | Kucing Sewel | Kambing S8000 | Maharaja Ata Ta Tiga | PETAI | Ravi J. Jambul | Koko Jumbo | Mega Probe | Rob | Robert | Roberto Santana | Polis Gemuk | Polis Kurus | Ketua Polis | Shamsul Rizal Sabri | Wak Baga Ga | Bagi Gi | Bagu Gu | Tom | MegaBot ScamBot | SampahBot | Raksasa Gonohom | Uncle Yim | Mama Zila | Raksasa Ketam | Ibu Bu | Robot Pango | Raksasa Bawang | BoBoiBot | Detektif Konon | BoBoiBoy Api | Pakcik Kantin | Anak Kantin | BoBoiBoy Air | Anak Bago Go | Wakil KPKT | Raksasa Perisai | Kapten Kaizo | Lahap

BoBoiBoy: The Movie

Klamkabot | Bora Ra | Gaga Naz | Kiki Ta | Yoyo Oo | Koko Ci | Robot T | Nenek Sayur | Kurita | J-Rex | Sistem Lab Sfera Kuasa | BoBoiBoy Blaze | BoBoiBoy Ais | BoBoiBoy Duri | BoBoiBoy Solar

BoBoiBoy Galaxy

MotoBot | Kapten Separo | Konco Lanun | Alien Mop | Raksasa Gurunda | Cattus | Waibi | BellBot | HookaBot | BoBoiBoy Daun | Nyamuk Amok | CardBot | Jokertu | Hantu Pokok | Katakululu | Raksasa Batu | Tarung | Gorila TAPOPS | ApiBot | Sai | Shielda | Jugglenaut | MelonBot | GigiBot | Panto | BebelonBot | SimenBot | InviBot | TargetBot | HidungBot | Bikembar Merah | Bikembar Biru | TrophyBot | Pok Pok Tus | Heely Wheely | DashBot | LoopBot | Makcik Wawa | Aunty Yang | Roktaroka | A.B.A.M. | Pemilik D'Sosej | Gijimo | CetakBot | RompakBot | EmotiBot | Jagara | DataBot | Robot Lanun | Burung Nuri Lanun | Kapten Vargoba | StealthBot | Nut | BoBoiBoy Cahaya | Ramenman | MagnetBot | Tok Cendatok | Gaharum | Brolangkas Brothers | Qually | Jaguh Paruh Lang | Tok Ngau | Rukawr | Jaga Kar | Pengawal Ladang | Profesor Utan | Musang Salji | Tumbosaur | Puak Baja | PasuBot | Alpha Jumbosaur | BoBoiBoy Sori

BoBoiBoy Movie 2

Raksasa Pengun | Anak Pengun | EggaBot | Gogobi | Cakada | Kechik | Ayu Yu | Retak'ka | Hang Kasa | Pipi Zola | Kang Kong | Kuda Botak | Maskmana | Pokok Bak-Bak | King Kang Kong | Raja Bayugan | Kaum Cendawa | Papa Cendawa | Mama Cendawa | Anak Cendawa | Laskar Guruhan | BibikBot | ArmoBot | KristalBot | GammaBot | Satriantar | Kuputeri | Mas Mawais | King Balakung | Panglima Pyrapi | BoBoiBoy FrostFire | BoBoiBoy Glacier | BoBoiBoy Supra | Amato

Papa Pipi

Nekpi | Cikgu Warni | Doktor Dahlia | Vijay | Melur | Chia

Lain-lain

Captain Munch | Raksasa Bengkok | Razak | Raksasa Gula | Terra | Coral | Oake | Kapten MACC | Ezra | Lelabah Kristal | EnerBot | EquBot | Raksasa Gerojoh | GigaBot
Terbitan turunan
Apa Kata Yaya | OldTown White Coffee's Superhero Elemen | Detektif Yaya | Sahabat Cilik SPRM | BoBoiBoy Galaxy Special | Fly With Yaya | Destinasi Terbaik
Tempat
Planet Bumi | Stesen Keretapi Pulau Rintis | Yong Pin Aerotrain Express | Pulau Rintis | Rumah Tok Aba | Planet Ata Ta Tiga | Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam | Kedai Runcit | Pejabat Pos Pulau Rintis | Rumah Yaya | Rumah Ying | Rumah Gopal | Sekolah Rendah Pulau Rintis | Taman Pulau Rintis | Markas Kotak | Rumah Berhantu | Lorong Pak Senin Koboi | Balai Polis Pulau Rintis | Kedai Permainan | Rintis Bank | Kedai Game Ah Beng & Sons | Sekolah Menengah Pulau Rintis | Hospital Alien Really Amazing Marvellous | Pulau Terapung | Lab Sfera Kuasa | Kilang Sfera Kuasa | Sektor G-14 | Planet Gurunda | Kubur Kapal Angkasa | Stesen Angkasa TAPOPS | Planet Dargha'ya | Planet Volkania | Planet Sarkas | Koloni Lanun Angkasa | Planet Kasuta | Planet Brotora | Planet Junkberg | D'Sosej | Kapal Arkib Angkasa | Planet Oroq | Stesen Sunnova | Markas TEMPUR-A | Planet GogoBugi | Sektor 88-19 Bima Lima | Planet Saharu | Sektor Z55-2P Galaksi Solaria | Asteroid Kristal | Planet Quabaq | Planet Gur'latan | Sektor G159A Nusagima | Planet Bayugan | Planet Rimbara | Planet Gugura | Akademi Pulau Rintis | TAPOPS-B | Kampung Muriong | Planet Kadruax
Lagu
BoBoiBoy, Superhero Kita! | Bersedia | Lagu Hindustan Gopal | Suasana di Hari Raya | Incik Boss dan Probe | Treler Antarabangsa BoBoiBoy | BuBaDiBaKo | Bangun Pagi, Senang Hati | Lagu Tidur Gopal | Lagu Tidur Fang | Jagalah Bumi | Bangkit Anak Muda! | Masih Di Sini | Di Bawah Langit Yang Sama | Dunia Baru | Lagu Tema TAPOPS | Pok Anai-Anai - Tok Aba | Fire & Water | Lagu Rukun Negara | Aneka Baju Raya
Permainan
BoBoiBoy: Adu Du Attacks | BoBoiBoy: Cabaran Kepantasan | BoBoiBoy: Photosticker | BoBoiBoy Superkick | BoBoiBoy: Puzzle Clash | BoBoiBoy: Ejo Jo Attacks | BoBoiBoy: Bounce & Blast | BoBoiBoy: Power Spheres | BoBoiBoy: Galactic Heroes | BoBoiBoy Galaxy Card | BoBoiBoy Galaxy Run
Lihat juga
Animonsta Studios | Majalah Komik BoBoiBoy | Movie Animation Park Studios | BoBoiBoy Galaxy x Lawak Kampus SUPERIOR
Advertisement