BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Pakcik Mat merupakan salah seorang penduduk Pulau Rintis yang bekerja sebagai penghantar burger dari restoran Burgerriak.

Sejarah[]

BoBoiBoy[]

Musim 1, Episod 1[]

BoBoiBoy tersalah peluk Pakcik Mat yang membuatkan Tok Aba marah dengan cucunya itu.

Musim 1, Episod 2[]

Ying menelefon Burgerriak dan membuat pesanan dari jauh, namun Ying berkata-kata dengan laju yang mana membuatkan Pakcik Mat tidak sempat menyalin pesanan Ying akibat pensel yang digunakannya patah semasa menulis. Kemudian, Pakcik Mat menjelaskan bahawa jumlah untuk semuanya adalah RM29.90.

Musim 1, Episod 5[]

Apabila BoBoiBoy Petir tersalah pergi ke rumah Pakcik Mat untuk menghantar koko yang sepatutnya dihantar ke rumah Makcik Yah, Pakcik Mat menolong menghantarnya ke sana dengan menunggang motorsikalnya.

Musim 1, Episod 7[]

Pakcik Mat melalui di kawasan rumah Tok Aba dan terlihat Tok Aba dan Ochobot sedang bermain permainan video lalu berkata "Zaman dah berubah".

Musim 1, Episod 11[]

Pakcik Mat nampaknya telah memakan biskut Yaya yang telah dicampuri dengan Cecair Emosi X dan Yaya berpendapat bahawa BoBoiBoy Angin yang memberikan biskut itu kepada Pakcik Mat. Kesan daripada itu, Pakcik Mat menunggang motosikalnya ke kiri kanan sambil menyanyi "Burger, burger, bergembira~".

Musim 1, Episod 13[]

Pakcik Mat membuat kemunculan ringkas ketika Gopal sedang berjalan dalam gerakan yang lambat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada BoBoiBoy.

Musim 2, Episod 2[]

Pakcik Mat muncul sebagai pelanggan di warung baru Tok Aba. Menyokong apa yang dikatakan oleh BoBoiBoy, dia berkata yang dia pernah terlihat akan lembaga hitam yang sedang berkeliaran di kawasan rumah berhantu ketika dia sedang menghantar burger. Tok Aba tidak mempercayai kata-katanya, tetapi ia telah dibuktikan dengan sejarah rumah berhantu yang diceritakan oleh Pakcik Kumar.

Rompakan Rob, Robert & Roberto[]

Pakcik Mat muncul sebagai pelanggan Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam.

Pertarungan di Bulan[]

Pakcik Mat menonton SampahBot bertarung dengan MegaBot ScamBot di TV bersama dengan Tok Aba, Uncle Yim, dan Pakcik Kantin.

Misteri Penjenayah Api[]

Gopal menyoal siasat kepada Pakcik Mat tentang kejadian kebakaran.

BoBoiBot Bersedia[]

Pakcik Mat diundang oleh Adu Du untuk memberitahu siapa penjenayah api yang sebenarnya.

Bahagia Bersama BoBoiBot[]

Restoran Burgerriak telah dirompak oleh Tiga Rob dengan Robot Pango. 2 minggu kemudian, Pakcik Mat bersama dengan penduduk Pulau Rintis lainnya diancam oleh Adu Du dan BoBoiBot untuk memberikan semua duit untuk misi utamanya, iaitu menghapuskan BoBoiBoy.

Kejutan BoBoiBoy Air[]

Pakcik Mat bersama dengan penduduk Pulau Rintis lainnya menyaksikan pertarungan antara BoBoiBoy Air dan BoBoiBot.

Bangkit BoBoiBoy Air[]

Pakcik Mat bersama dengan penduduk Pulau Rintis lainnya menyanyikan lagu Bangkit Anak Muda! supaya memberikan semangat kepada BoBoiBoy Air untuk mengalahkan BoBoiBot. Selepas BoBoiBot berubah menjadi air, dia dan penduduk lainnya terkejut melihat BoBoiBot Air. Kemudian selepas BoBoiBot Air dikalahkan, Pakcik Mat memuji kehebatan BoBoiBoy.

Episod Khas: Jagalah Bumi (Bahagian 1)[]

Pakcik Mat terkejut bahawa Raksasa Perisai akan menyerang di Pulau Rintis.

Episod Khas: Jagalah Bumi (Bahagian 2)[]

Pakcik Mat bersama dengan penduduk lainnya membantu BoBoiBoy dan kawan-kawannya untuk menjaga kebersihan Pulau Rintis.

Episod Khas: Jagalah Bumi (Bahagian 3)[]

Pakcik Mat merupakan salah satu peserta yang hadir di Karnival Hari Bumi.

BoBoiBoy: The Movie[]

Pakcik Mat sedang memancing ikan di laut, dan kemudian sampannya tiba-tiba bergegar diiringi dengan joran-jorannya berpusing dengan laju. Setelah tali pada semua jorannya terputus, dia terkejut apabila melihat sebuah objek gergasi keluar dari permukaan laut. Lalu Pakcik Mat menceritakan kejadian itu kepada Papa Zola, Pakcik Kumar dan Uncle Yim tetapi mereka hanya menganggap bahawa cerita itu hanyalah tahyul.

BoBoiBoy Galaxy[]

MotoBot![]

Pada waktu malam, Pakcik Mat berada di warung koko Tok Aba dan kelihatan dia memanggil BoBoiBoy untuk mengirakan jumlah bayarannya.

Daun VS Lanun[]

Di Jeti Pulau Rintis, Pakcik Mat bersama Papa Zola sedang memancing. Pakcik Mat mengeluh kerana tiada ikan yang memakan umpannya, namun Papa Zola membidasnya dengan mengatakan "jangan salahkan umpan jika mata kail yang bersalah". Kemudian, Papa Zola mendapat seekor lagi ikan dengan menggunakan cangkuk lama milik Kapten Separo yang ditemuinya berdekatan warung Tok Aba. Pakcik Mat berasa jengkel dan tidak berpuas hati dengan Papa Zola kerana menggunakan mata kail alien. Papa Zola mengejeknya kerana berasa cemburu dengannya lalu berswafoto dengannya. Kemudian kapal angkasa Lanun Angkasa tiba di sana, Pakcik Mat lari dan bersembunyi kerana tidak suka akan lanun.

Gelora BoBoiBoy Air[]

Pakcik Mat bersama-sama dengan Pakcik Kumar dan Uncle Yim singgah ke warung Tok Aba untuk menjamu minuman koko sebelum mereka bersama pelanggan-pelanggan bertempiaran lari setelah melihat asteroid berapi sedang menjunam.

Papa Pipi[]

Pakcik Yang Tak Dikenali[]

Perintah Kawalan Pergerakan[]

Cucukan Cik D[]

Rupa[]

Pakcik Mat berambut putih dan juga berkumis putih. Apabila bekerja, Pakcik Mat akan memakai baju pekerja Burgerriak, tetapi pada hari cuti dia akan memakai baju T-shirt berkolar yang berwarna hijau. Dalam siri BoBoiBoy Galaxy, penampilan Pakcik Mat tidak banyak berubah dan mengekalkan pakaian yang sama.

Perwatakan[]

Pakcik Mat tidak terlalu lembut dan tidak terlalu garang, tetapi perwatakannnya hanya biasa seperti orang lain.

Trivia[]

  • Pakcik Mat telah dikreditkan sebagai "Burgerman" dalam musim pertama dan "Pakcik Burger" dalam musim ke-2.
  • Walaupun Pakcik Mat telah tua, tetapi dia masih boleh bertahan untuk bekerja bagi menampung dirinya untuk meneruskan hidup.

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Pakcik Mat

Kemunculan[]

Cekupan skrin[]

BoBoiBoy
Musim 1
Musim 2
Musim 3
Raya Bersama BoBoiBoy
BoBoiBoy The Movie
Lain-lain
BoBoiBoy Galaxy
BoBoiBoy Movie 2
Papa Pipi

Video[]

Advertisement