Panto merupakan penjahat dalam BoBoiBoy Galaxy.
Sejarah
BoBoiBoy Galaxy
Si Penceroboh Panto
Panto melakukan kemunculan sulungnya semasa dia menyelinap masuk ke dalam Stesen Angkasa TAPOPS, menggunakan Jokertu sebagai pengalih perhatian dalam Musim 1, Episod 7: Joe Ker tu?. Dia melalui dalam lubang udara untuk menyelinap masuk ke dalam Bilik Kebal Power Sphera dan membawa keluar tiga Power Sphera. Walau bagaimanapun, dia ditemui oleh Papa Zola apabila dia keluar ke dalam biliknya.
Menurut Papa Zola, dia melarikan ke arah bilik dobi. Kemudian dia memasukkan Power-Power Sphera ke dalam pod dan menghantar mereka ke sebuah planet seakan-akan planet karnival. Dia ditemui oleh BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Selepas perlawanan dengan menggunakan objek-objek halimunan, dia akhirnya dikalahkan oleh BoBoiBoy dan Gopal. Kini, dia adalah seseorang banduan dalam TAPOPS.
Senjata dan Kuasa
Panto bergantung sepenuhnya kepada InviBot, yang memberikan keupayaan kepadanya untuk mencipta objek halimunan selama dia berada di dalam kawasan medan maya. Dengan keupayaan ini, dia boleh mencipta pelbagai objek dan senjata halimunan seperti tali, senjata api, bazooka, kereta, gergaji dan robot gergasi. Dia juga boleh memerangkap musuhnya atau melindungi dirinya dengan meletakkan dinding halimunan yang tahan kukuh, sehinggakan Yaya tidak dapat memecahkannya walaupun dengan menggunakan Tumbukan Padu. Ciptaan objek halimunan ini nampaknya tiada kesan apabila diserang oleh Kuasa Manipulasi Molekul milik Gopal.
Rupa
Perwatakan
Trivia
- Tidak seperti penjahat-penjahat yang muncul dalam episod sebelum ini, Panto hanyalah budak.
- Panto nampaknya menunjukkan hubungan yang amat rapat dengan InviBot kerana dia memeluk InviBot dengan tangisan selepas ia ditangkap oleh BoBoiBoy.
- Panto adalah penjahat ketiga yang BoBoiBoy dan kawan-kawannya bersimpati terhadapnya, selain daripada Adu Du dan Probe.