BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

"Musuh Kejahatan, Kekasih Kebenaran!"
— Slogan kata Papa Zola, BoBoiBoy

Papa Zola, juga dieja sebagai Papazola adalah seorang superhero legenda dalam siri televisyen yang bertajuk namanya sendiri. Dia telah ditarik keluar daripada permainan videonya sendiri ke dunia nyata dalam musim pertama. Akibat daripada kejadian itu, Papa Zola telah mengambil kerja sebagai guru bagi mata pelajaran Matematik dan Pendidikan Jasmani di Sekolah Rendah Pulau Rintis.

Sejarah

Sejarah awal

Sewaktu kecil, Papa Zola mempunyai banyak cita-cita yang tinggi. Antaranya adalah menjadi seorang guru Matematik, guru Pendidikan Jasmani dan pengadil bola sepak.

Pada suatu masa setelah dia dewasa, Papa Zola berkahwin dengan Mama Zila.

BoBoiBoy

Musim 1

Papa Zola pertama kali muncul dalam sebuah animasi, iaitu semasa dia sedang berdepan dengan musuh ketatnya, Raksasa Tidur yang datang ke Bumi dan memusnahkan kecantikannya. Kemudian, dia masuk ke rumah Tok Aba pada masa BoBoiBoy dan Gopal dikeluarkan daripada sebuah permainan video dalam Musim 1, Episod 8. Dia mendapati bahawa Raksasa Tidur turut terkeluar dan bersama-sama dengan Adu Du dan Probe, mereka menyerang kawan-kawan BoBoiBoy.

Dalam Musim 1, Episod 9, BoBoiBoy, Gopal dan Papa memasuki ke dalam dunia mimpi Raksasa Tidur dan apabila Papa Zola dan Raksasa Tidur saling bertikam lidah, BoBoiBoy sempat menghalang mereka daripada bergaduh. Lalu Gopal mencabar Raksasa Tidur bermain dam haji. Namun, Papa Zola tewas kerana dalam pusingan pertama kerana dia langsung tidak tahu bermain. Dalam pusingan kedua, Papa telah digantikan oleh Tok Aba yang pandai bermain dam haji, maka dia menang pusingan itu. Dalam pusingan ketiga, kedua-dua Tok Aba dan Raksasa Tidur menggunakan taktik-taktik mereka sendiri untuk berlawan tetapi apabila Raksasa Tidur kalah dalam permainan dam haji, dia telah mengangkat papan dam ke udara dengan kencang dan menyebabkan kaki Papa Zola tersepit dan terbaring di situ. BoBoiBoy kemudian meminjam kuasa Papa Zola untuk membesarkan saiz dirinya lalu mengalahkan Raksasa Tidur dengan gerakan kombo.

Musim 2

Setelah keluar dari dunia permainan, Papa Zola mencari pekerjaan di dunia nyata tetapi sentiasa gagal dalam temuduga, sehingga dia mengeluarkan sebuah buku motivasi bertajuk "1001 Sebab Gagal Temuduga". Antara petua dalam buku ini adalah "Jangan pandai memandai-mandai" dan "Jangan salah mengaku bersalah" dalam beberapa temu bual untuk mendapatkan pekerjaan. Akhirnya, Papa Zola mendapat pekerjaan sebagai guru bagi mata pelajaran Matematik dan Pendidikan Jasmani di Sekolah Rendah Pulau Rintis, yang mana telah mengejutkan BoBoiBoy dan kawan-kawan sekelasnya.

Musim 3

Dalam pertarungan Musim 3, Episod 2, Papa Zola telah meminjam Jam Kuasa kepunyaan Yaya untuk mengganggu Ejo Jo dari mengeluarkan Naga Bayang dan menelan wira-wira. Ia dikembalikan semula kepada Yaya selepas dia dibebaskan dari Kokun Bayang.

Dalam Musim 3, Episod 10, Papa bersama-sama dengan BoBoiBoy dan Gopal memasuki dunia permainan sekali lagi untuk menyelamatkan isteri Papa iaitu Mama Zila.

BoBoiBoy: The Movie

Ochobot telah diculik oleh pasukan Tengkotak dengan tujuan menggunakannya untuk mencari Klamkabot, sebuah Sfera Kuasa purba dan berkuasa yang menyembunyikan diri di Bumi. Papa Zola bersama anak-anak muridnya telah berlumba dengan masa untuk menyelamatkan Ochobot dan pada masa yang sama mendedahkan rahsia di sebalik misteri Sfera Kuasa.

Kredit akhir menunjukkan kepulangan Papa Zola ke Pulau Rintis disambut oleh Mama Zila.

BoBoiBoy Galaxy

Selepas peristiwa yang berlaku dalam filem, Papa Zola masih lagi meneruskan kerjayanya sebagai cikgu di Sekolah Rendah Pulau Rintis. Dalam Musim 1, Episod 5, Papa Zola sedang memancing di Jeti Pulau Rintis bersama dengan Pakcik Mat. Berkat pertolongan cangkuk kepunyaan alien, Papa telah mendapat beberapa ekor ikan yang diletakkan di dalam bakul. Papa kemudian bertemu semula dengan anak-anak muridnya, BoBoiBoy, Yaya, Ying dan Gopal di sana apabila mereka membawa Cattus untuk mencari makanan untuknya.

Dalam Musim 1, Episod 6, Papa mengekori pengembaraan anak-anak muridnya di angkasa dengan berpaut pada kapal angkasa Cici Ko selepas mereka berlepas. Kemudian Papa Zola telah dilantik oleh Cici Ko untuk menjadi Kapten TAPOPS atas daya pemikirannya yang kreatif dalam mengalahkan Nyamuk Amok.

Kuasa

Profil Galaxy Papa Zola

Maklumat Papa Zola daripada laman web rasmi BoBoiBoy Galaxy.

Apabila Papa Zola berada di dunia nyata dan dunia mimpi, kuasa Papa Zola tidak akan aktif. Apabila berada di dalam dunia mimpi, Papa Zola dapat membesarkan dirinya dengan menggunakan tali pinggangnya. Walau bagaimanapun, kuasa Papa Zola akan aktif apabila berada di dalam dunia permainan dan berupaya untuk meningkatkan kuasanya.

  • Kuasa Pembesaran: Membolehkan Papa Zola menjadi gergasi dengan mengikat pinggang kebenaran. Kuasa ini hanya boleh digunakan dalam dunia mimpi. Kuasa ini juga pernah digunakan oleh Gopal dan BoBoiBoy.
  • Tendangan Kematangan: Tendangan yang digunakan untuk menyerang musuh dengan serangan kematangan.
  • Tendangan Kehenseman: Tendangan kuat yang pantas.
  • Rotan Keinsafan: Serangan rotan yang bertujuan untuk menginsafkan musuh apabila memukulnya.
  • Tingkatan Kuasa: Tingkatan kuasa bagi Papa Zola yang menggunakan kuasa api.
    • Pinggan Mangkuk Berapi: Beberapa keping pinggan dan mangkuk yang penuh dengan api.
    • Tendangan Kacak Berapi: Tendangan kuat yang penuh dengan api yang ditendang dengan pantas.
Kuasa Manipulasi Graviti
  • Kuasa Tendangan Graviti: Dengan menggunakan kuasa Yaya, Papa Zola dapat menggunakan kuasa graviti yang hebat.
  • Tendangan Kehenseman: Dengan menggabungkan teknik tendangannya dengan kuasa graviti Yaya, Papa Zola melepaskan satu tendangan yang kuat dan pantas ke arah Ejo Jo.
Kebolehan Lawan Kad
  • Kad Anak Ganas Kebenaran: Tiada maklumat tersedia.
    • Kad Gopal: Tiada maklumat tersedia.
      • Tukaran Makanan: Tiada maklumat tersedia.
    • Kad Ying dan Yaya: Tiada maklumat tersedia.
      • Serangan Kad Kombo Y & Y: Tiada maklumat tersedia.
    • Kad Fang: Tiada maklumat tersedia.
      • Tari Bayang: Tiada maklumat tersedia.
    • Kad BoBoiBoy: Tiada maklumat tersedia.
      • Kuasa Elemental - BoBoiBoy Petir: Tiada maklumat tersedia.
        • Keris Petir: Tiada maklumat tersedia.
      • BoBoiBoy Kuasa Tiga: Tiada maklumat tersedia.
        • BoBoiBoy Kepala Tiga: Tiada maklumat tersedia.

Rupa

Papa Zola - BoBoiBoy The Movie

Papa Zola dalam BoBoiBoy: The Movie.

Papa Zola memakai sut biru ala superman, lengkap dengan topeng mata merah dan tali pinggang emas yang mempunyai lambang seakan pelekat kereta "P" pada kancingnya. Badannya sasa tetapi pinggangnya agak langsing hingga boleh menyebabkan tali pinggangnya terjatuh.

Perwatakan

Papa Zola terkenal dengan gaya adiwira "kebapaan". Tujuannya menjadi adiwira adalah untuk "menegakkan kebenaran". Dia juga menunjukkan kebijaksanaannya ketika melatih Gopal. Papa Zola sentiasa mementingkan kebenaran dan gemar sekali menggunakan perkataan "kebenaran" di dalam apa jua keadaan.

Walaupun serius menjalankan tugas sebagai perwira, namun perwatakannya tetap lawak bagi orang yang memandang. Namun, Papa Zola juga mempunyai satu kelemahan utama: terlalu terburu-buru dan kurang membuat persediaan rapi untuk berdepan dengan musuh. Khususnya apabila mencabar Raksasa Tidur untuk bermain dam haji dalam dunia mimpi.

Setelah Papa Zola keluar daripada dunia permainannya, Papa Zola berusaha mencari kerja baru bagi menyara hidupnya dengan menemuduga setiap peniaga yang berniaga di Pulau Rintis. Setelah lama mencuba, Papa Zola akhirnya menjadi seorang guru Matematik yang tegas dan gemar mengajukan soalan ujian yang rumit dalam kelas 5 Jujur. Selain itu, Papa Zola turut menjadi guru Pendidikan Jasmani dan pengadil dalam permainan bola sepak.

Trivia

  • Dalam musim pertama, Papa Zola telah berjaya mengeluarkan buku motivasi yang berjudul "1001 Sebab Gagal Temuduga" yang amat laris di pasaran dalam musim kedua. Buku-buku tersebut menyatakan antara 1001 sebab mengapa ramai calon yang baru tamat universiti gagal dalam temuduga mereka.
  • Selain Gopal, Probe juga adalah peminat kepada Papa Zola. Terdapat mainan kecil yang berbentuk kepala Papa Zola yang digantung pada atas topinya.
  • Papa Zola telah memberitahu umurnya pada 25 Februari 2013 (tarikh dalam Musim 2, Episod 11) bahawa umurnya ialah 37 tahun, 8 bulan dan 18 hari. Maka, tarikh lahirnya adalah pada 7 Jun 1975 (tarikh dalam siri BoBoiBoy).
  • Seperti yang ditunjukkan dalam BoBoiBoy: The Movie dan BoBoiBoy Galaxy, Papa Zola gemar berswafoto sendirian, ataupun beramai-ramai.

Galeri

Wiki-wordmark
Wiki BoBoiBoy mempunyai pelbagai gambar menarik tentang Papa Zola. Rujuk Papa Zola/Galeri.

Video

L - S - B
Logo Baru BoBoiBoy
Siri
BoBoiBoy / BoBoiBoy Reborn | BoBoiBoy Galaxy | Papa Pipi
Episod

BoBoiBoy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 2: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 3: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26

BoBoiBoy Galaxy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24
Musim 2: Isu 1 | Isu 2 | Isu 3 | Isu 4 | Isu 5 | Isu 6 | Isu 7 | Isu 8 | Isu 9
Filem
BoBoiBoy: The Movie | BoBoiBoy Movie 2 | BoBoiBoy Movie 3
Watak

BoBoiBoy

BoBoiBoy | Yaya | Ying | Gopal | Fang | Ochobot | Tok Aba | Adu Du | Probe | Komputer | Alebi | Wahid | Ernie | Super Probe | ToToiToy | BoBoiBoy Petir | BoBoiBoy Angin | BoBoiBoy Tanah | Pakcik Mat | Makcik Kuih | Pakcik Ikan | Robot Hamba | Multi-Monster | Popo | Pakcik Kumar | Posmen | Nenek Ying | Super Makcik Probe | BoBoiBoy Halilintar | Super Duper Probe | Papa Zola | Raksasa Tidur | Tauke | Bago Go | Azroy | Sasha | Encik Biskut | BoBoiBoy Taufan | Robot Pemusnah Mukalakus | BoBoiBoy Gempa | Ejo Jo | Komputer Ejo Jo | Cikgu Timi | Iwan | Amar Deep | Suzy | Amy | Siti | Stanley | Nana | Melissa | Melody | Makcik Kantin | Cikgu Disiplin | Robolabot | Robolabolabolabolabot Super King | Pak Senin Koboi | Kucing Sewel | Kambing S8000 | Maharaja Ata Ta Tiga | PETAI | Ravi J. Jambul | Koko Jumbo | Mega Probe | Rob | Robert | Roberto Santana | Polis Gemuk | Polis Kurus | Ketua Polis | Shamsul Rizal Sabri | Wak Baga Ga | Bagi Gi | Bagu Gu | Tom | MegaBot ScamBot | SampahBot | Raksasa Gonohom | Uncle Yim | Mama Zila | Raksasa Ketam | Ibu Bu | Robot Pango | Raksasa Bawang | BoBoiBot | Detektif Konon | BoBoiBoy Api | Pakcik Kantin | Anak Kantin | BoBoiBoy Air | Anak Bago Go | Wakil KPKT | Raksasa Perisai | Kapten Kaizo | Lahap

BoBoiBoy: The Movie

Klamkabot | Bora Ra | Gaga Naz | Kiki Ta | Yoyo Oo | Koko Ci | Robot T | Nenek Sayur | Kurita | J-Rex | Sistem Lab Sfera Kuasa | BoBoiBoy Blaze | BoBoiBoy Ais | BoBoiBoy Duri | BoBoiBoy Solar

BoBoiBoy Galaxy

MotoBot | Kapten Separo | Konco Lanun | Alien Mop | Raksasa Gurunda | Cattus | Waibi | BellBot | HookaBot | BoBoiBoy Daun | Nyamuk Amok | CardBot | Jokertu | Hantu Pokok | Katakululu | Raksasa Batu | Tarung | Gorila TAPOPS | ApiBot | Sai | Shielda | Jugglenaut | MelonBot | GigiBot | Panto | BebelonBot | SimenBot | InviBot | TargetBot | HidungBot | Bikembar Merah | Bikembar Biru | TrophyBot | Pok Pok Tus | Heely Wheely | DashBot | LoopBot | Makcik Wawa | Aunty Yang | Roktaroka | A.B.A.M. | Pemilik D'Sosej | Gijimo | CetakBot | RompakBot | EmotiBot | Jagara | DataBot | Robot Lanun | Burung Nuri Lanun | Kapten Vargoba | StealthBot | Nut | BoBoiBoy Cahaya | Ramenman | MagnetBot | Tok Cendatok | Gaharum | Brolangkas Brothers | Qually | Jaguh Paruh Lang | Tok Ngau | Rukawr | Jaga Kar | Pengawal Ladang | Profesor Utan | Musang Salji | Tumbosaur | Puak Baja | PasuBot | Alpha Jumbosaur | BoBoiBoy Sori

BoBoiBoy Movie 2

Raksasa Pengun | Anak Pengun | EggaBot | Gogobi | Cakada | Kechik | Ayu Yu | Retak'ka | Hang Kasa | Pipi Zola | Kang Kong | Kuda Botak | Maskmana | Pokok Bak-Bak | King Kang Kong | Raja Bayugan | Kaum Cendawa | Papa Cendawa | Mama Cendawa | Anak Cendawa | Laskar Guruhan | BibikBot | ArmoBot | KristalBot | GammaBot | Satriantar | Kuputeri | Mas Mawais | King Balakung | Panglima Pyrapi | BoBoiBoy FrostFire | BoBoiBoy Glacier | BoBoiBoy Supra | Amato

Papa Pipi

Nekpi | Cikgu Warni | Doktor Dahlia | Vijay | Melur | Chia

Lain-lain

Captain Munch | Raksasa Bengkok | Razak | Raksasa Gula | Terra | Coral | Oake | Kapten MACC | Ezra | Lelabah Kristal | EnerBot | EquBot | Raksasa Gerojoh | GigaBot
Terbitan turunan
Apa Kata Yaya | OldTown White Coffee's Superhero Elemen | Detektif Yaya | Sahabat Cilik SPRM | BoBoiBoy Galaxy Special | Fly With Yaya | Destinasi Terbaik
Tempat
Planet Bumi | Stesen Keretapi Pulau Rintis | Yong Pin Aerotrain Express | Pulau Rintis | Rumah Tok Aba | Planet Ata Ta Tiga | Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam | Kedai Runcit | Pejabat Pos Pulau Rintis | Rumah Yaya | Rumah Ying | Rumah Gopal | Sekolah Rendah Pulau Rintis | Taman Pulau Rintis | Markas Kotak | Rumah Berhantu | Lorong Pak Senin Koboi | Balai Polis Pulau Rintis | Kedai Permainan | Rintis Bank | Kedai Game Ah Beng & Sons | Sekolah Menengah Pulau Rintis | Hospital Alien Really Amazing Marvellous | Pulau Terapung | Lab Sfera Kuasa | Kilang Sfera Kuasa | Sektor G-14 | Planet Gurunda | Kubur Kapal Angkasa | Stesen Angkasa TAPOPS | Planet Dargha'ya | Planet Volkania | Planet Sarkas | Koloni Lanun Angkasa | Planet Kasuta | Planet Brotora | Planet Junkberg | D'Sosej | Kapal Arkib Angkasa | Planet Oroq | Stesen Sunnova | Markas TEMPUR-A | Planet GogoBugi | Sektor 88-19 Bima Lima | Planet Saharu | Sektor Z55-2P Galaksi Solaria | Asteroid Kristal | Planet Quabaq | Planet Gur'latan | Sektor G159A Nusagima | Planet Bayugan | Planet Rimbara | Planet Gugura | Akademi Pulau Rintis | TAPOPS-B | Kampung Muriong | Planet Kadruax
Lagu
BoBoiBoy, Superhero Kita! | Bersedia | Lagu Hindustan Gopal | Suasana di Hari Raya | Incik Boss dan Probe | Treler Antarabangsa BoBoiBoy | BuBaDiBaKo | Bangun Pagi, Senang Hati | Lagu Tidur Gopal | Lagu Tidur Fang | Jagalah Bumi | Bangkit Anak Muda! | Masih Di Sini | Di Bawah Langit Yang Sama | Dunia Baru | Lagu Tema TAPOPS | Pok Anai-Anai - Tok Aba | Fire & Water | Lagu Rukun Negara | Aneka Baju Raya
Permainan
BoBoiBoy: Adu Du Attacks | BoBoiBoy: Cabaran Kepantasan | BoBoiBoy: Photosticker | BoBoiBoy Superkick | BoBoiBoy: Puzzle Clash | BoBoiBoy: Ejo Jo Attacks | BoBoiBoy: Bounce & Blast | BoBoiBoy: Power Spheres | BoBoiBoy: Galactic Heroes | BoBoiBoy Galaxy Card | BoBoiBoy Galaxy Run
Lihat juga
Animonsta Studios | Majalah Komik BoBoiBoy | Movie Animation Park Studios | BoBoiBoy Galaxy x Lawak Kampus SUPERIOR
Advertisement