BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki
Logo Pemecahan Elemen

Pemecahan Elemental merupakan kuasa terkuat BoBoiBoy yang membolehkan dia untuk berpecah menjadi tiga, lima atau tujuh dengan kuasa elemental masing-masing.

Ringkasan

Pemecahan Elemental merupakan kuasa terkuat BoBoiBoy yang membenarkan dia untuk berpecah kepada bentuk elemental yang berbeza. Setiap bentuk elemental BoBoiBoy mempunyai kuasa dan elemen masing-masing untuk dimanipulasi iaitu Petir, Angin, Tanah, Api, AirDaun dan Cahaya. Setiap bentuk ini juga mempunyai perwatakan yang berbeza serta skim warna dan reka bentuk pakaian yang diubahsuai dari skim pakaian BoBoiBoy yang asal. Pada awalnya, BoBoiBoy hanya berkebolehan untuk berpecah menjadi tiga, tetapi kemudian dia dapat berpecah menjadi lima dan tujuh di dalam BoBoiBoy: The Movie berkat daripada tenaga terakhir pemberian Ochobot.

Elemental Split

BoBoiBoy menggunakan Pemecahan Elemental dalam lagu tema pembukaan Dunia Baru.

Apabila menggunakan kuasa ini, BoBoiBoy secara dasarnya membuat klon daripada dirinya sendiri, tetapi mengenai dengan setiap bentuk elemental yang diseru. Setiap bentuk elemental merupakan diri sendiri dan dapat hidup secara bebas daripada BoBoiBoy, tetapi selalunya di bawah arahan seorang BoBoiBoy dan kebiasaannya adalah BoBoiBoy Tanah.

Setiap bentuk mempunyai perwatakan mereka sendiri yang unik yang berasal sebahagian daripada perwatakan asal BoBoiBoy. Pakaian mereka juga adalah variasi dari skema pakaian BoBoiBoy yang asal, tetapi mempunyai warna istimewa yang unik untuk membezakan setiap bentuk elemental.

Bentuk Elemental

Tahap 1

Tahap 2

Pemecahan Elemental

  • BoBoiBoy Kuasa Tiga: Salah satu kuasa terkuat BoBoiBoy yang membolehkan dia berpecah menjadi tiga iaitu:
    • BoBoiBoy Petir, BoBoiBoy Angin dan BoBoiBoy Tanah
    • BoBoiBoy Halilintar, BoBoiBoy Taufan dan BoBoiBoy Gempa
    • BoBoiBoy Tanah, BoBoiBoy Api dan BoBoiBoy Air
    • BoBoiBoy Petir, BoBoiBoy Tanah dan BoBoiBoy Daun
    • BoBoiBoy Angin, BoBoiBoy Tanah dan BoBoiBoy Daun
    • BoBoiBoy Petir, BoBoiBoy Angin dan BoBoiBoy Api (Motor Elemental)
    • BoBoiBoy Petir, BoBoiBoy Angin dan BoBoiBoy Daun
    • BoBoiBoy Angin, BoBoiBoy Api dan BoBoiBoy Daun
    • BoBoiBoy Angin, BoBoiBoy Tanah dan BoBoiBoy Air (dalam komik jilid ke-5)
    • BoBoiBoy Petir, BoBoiBoy Api dan BoBoiBoy Daun (dalam komik jilid ke-5)
    • BoBoiBoy Api, BoBoiBoy Tanah dan BoBoiBoy Daun
    • BoBoiBoy Api, BoBoiBoy Air dan BoBoiBoy Petir
    • BoBoiBoy Api, BoBoiBoy Cahaya dan BoBoiBoy Petir
  • BoBoiBoy Kuasa Lima: Salah satu kuasa terkuat BoBoiBoy yang baru yang membolehkan dia berpecah menjadi lima iaitu:
    • BoBoiBoy Halilintar, BoBoiBoy Taufan, BoBoiBoy Gempa, BoBoiBoy Blaze dan BoBoiBoy Ais
    • BoBoiBoy Tanah, BoBoiBoy Petir, BoBoiBoy Angin, BoBoiBoy Api dan BoBoiBoy Daun (Hadiah Raya BoBoiBoy!)
  • BoBoiBoy Kuasa Tujuh: Antara salah satu kuasa terkuat BoBoiBoy yang terbaru yang membolehkan dia berpecah menjadi tujuh iaitu BoBoiBoy Halilintar, BoBoiBoy Taufan, BoBoiBoy Gempa, BoBoiBoy Blaze, BoBoiBoy Ais, BoBoiBoy Thorn dan BoBoiBoy Solar.

Trivia

  • Apabila menggunakan Pemecahan Elemental, BoBoiBoy Tanah sentiasa muncul untuk membantu BoBoiBoy yang lain. Ini mungkin kerana BoBoiBoy Tanah adalah personifikasi bagi kualiti kepimpinan BoBoiBoy dan juga sebagai bentuk elemental yang paling dekat dalam perwatakan BoBoiBoy yang asal.
    • Jika BoBoiBoy Tanah tidak muncul untuk menjadi pemimpin, selalunya BoBoiBoy Petir akan menjadi seorang pemimpin di mana bentuk-bentuk yang lain akan kembali ke dalam dirinya. Ia juga menjadi salah satu bentuk yang paling banyak digunakan.
    • Apabila kedua-dua BoBoiBoy Tanah dan BoBoiBoy Petir tidak muncul, BoBoiBoy Daun pula yang akan menggantikan mereka sebagai pemimpin. Jika dilihat, bentuk BoBoiBoy yang akan menjadi pemimpin adalah berdasarkan kepada bentuk BoBoiBoy mana yang menyeru untuk berpecah.
  • Ia ditunjukkan dalam BoBoiBoy Musim 3, Episod 25 dan BoBoiBoy: The Movie yang setiap bentuk elemental BoBoiBoy akan berada pada tahap yang sama apabila dia berpecah.

Galeri

Video

Advertisement