Fandom

BoBoiBoy Wiki

Perisai Tempur Angkasa I

365laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Robot Perisai Tempur Angkasa I
Watak BoBoiBoy
Petai.png
Penampilan
sulung
"Musim 2, Episod 12"
Penampilan
terakhir
"Musuh Baru Dan Lama"

Robot Perisai Tempur Angkasa I (P.E.T.A.I.) adalah sebuah robot tempur yang melakukan kemunculan sulungnya pada Musim 2, Episod 12 setelah tuannya, Ejo Jo menyerunya untuk menunjukkan rupa sebenar Robot Tempur kepada Probe.

Senjata

  • Laser Pemusnah: P.E.T.A.I. menggunakan empat muncung meriam untuk menyerang musuhnya daripada jarak yang jauh.
  • Aura Perisai: Perisai yang berwarna ungu dan berbentuk sfera yang menjadi pertahanan bagi P.E.T.A.I. daripada serangan musuh. Walaupun diserang teruk oleh musuh, namun P.E.T.A.I. dapat memulihkan perisainya semula
  • Serangan Gerudi: P.E.T.A.I. menukarkan tangannya menjadi gerudi lalu menggerudi tanah yang bertujuan untuk melarikan diri ataupun menyerang hendap daripada bawah.
  • Pelancar Roket: P.E.T.A.I. melancarkan beberapa siri roket pemusnah daripada pelancar yang terletak pada bahunya.
  • Terbang: Pada musim ke-3, robot P.E.T.A.I. sudah boleh terbang seperti dalam Musim 3, Episod 24.

Rupa

P.E.T.A.I. mempunyai warna yang serba biru gelap dan kelabu yang dilengkapi dengan puluhan laras senjata yang dapat mengeluarkan peluru dan pancaran laser. Wajahnya sedikit berlainan daripada Probe, lengkungan gigi pada mulutnya lebih pendek, mata yang berwarna merah, dan mempunyai dua tanduk kecil berwarna kuning.

Kemunculan Perisai Tempur Angkasa I

Musim 2

Musim 3

Trivia

  • Pada akhir musim ke-2, robot P.E.T.A.I. tidak boleh bercakap ataupun bersuara. Namun, setelah di-upgrade-kan pada musim ke-3, robot P.E.T.A.I boleh bersuara seperti pada Musim 3, Episod 24 apabila melihat tuannya diserang mendadak oleh Kapten Kaizo.

Galeri

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak