Planet Volcania merupakan sebuah planet yang amat berbahaya kerana planet ini dipenuhi dengan gunung berapi dan lava panas. Di sinilah tempat di mana Ujian Kental TAPOPS dijalankan.
Sejarah
BoBoiBoy Galaxy
Pertarungan Hangat
BoBoiBoy, Yaya, Ying dan Gopal dihantar oleh Cici Ko dan Tarung ke planet ini untuk menjalankan Ujian Kental. Mereka perlu mendapatkan sebuah Power Sphera bernama ApiBot yang diletakkan di puncak gunung berapi dan dijaga oleh Sai dan Shielda. Disebabkan oleh terkena serangan BoBoiBoy Api, sungai lava di dalam puncak gunung tersebut semakin aktif dan akan meletup tak lama lagi. Jadi Tarung menghentikan Ujian Kental dan semua telah diteleportkan ke Stesen Angkasa TAPOPS. Gopal, Yaya dan Ying juga telah berjaya mendapatkan Power Sphera dan dengan itu, mereka semua lulus dalam Ujian Kental itu.
Trivia
- Dalam komik BoBoiBoy Galaxy: Cabaran Baharu, nama "Volcania" adalah dieja sebagai "Volkania".