FANDOM


"Power Sphera adalah robot berteknologi tinggi yang mengandungi kuasa-kuasa yang hebat... Menjadi rebutan ramai... Power Sphera telah lari dan bersembunyi di sekitar galaksi... Satu persatu Power Sphera telah diburu dan dijumpai oleh kuasa jahat... Kini, Power Sphera digunakan untuk kemusnahan dan kehancuran sejagat... Ini adalah kisah pengembaraan seorang superhero Bumi, BoBoiBoy dalam misi untuk menyelamatkan Power Sphera dan mempertahankan galaksi..."

Cici Ko, BoBoiBoy Galaxy
Power Sphera, juga disebut sebagai Bola Kuasa atau Sfera Kuasa, adalah robot-robot yang mempunyai kuasa tersendiri dan merupakan pelindung seluruh galaksi.

Sejarah

Apabila Planet Ata Ta Tiga diserang oleh alien yang jahat, bangsa Kubulus telah mengumpul semua pakar untuk mencipta senjata terulung di bawah program Sfera Kuasa. Akhirnya, terciptalah Klamkabot, iaitu sfera kuasa generasi pertama. Alien-alien yang jahat cuba menghancurkan Klamkabot, tetapi mereka gagal dan kalah. Mereka yang lainnya bersama-sama membina semula Planet Ata Ta Tiga.

Planet Ata Ta Tiga yang kini menjadi lebih maju dan hebat daripada sebelumnya. Selepas kelahiran Klamkabot, kini terciptalah juga Sfera-sfera Kuasa generasi yang baru. Semenjak itu, Sfera Kuasa kini telah menjadi sebahagian daripada hidup bangsa Kubulus. Walau bagaimanapun, dengan kebolehan mereka sehebat itu, bangsa Kubulus kini menjadi gila kuasa. Setiap Sfera Kuasa diprogramkan semula menjadi senjata pemusnah. Bangsa Kubulus telah menjadi empayar penakluk baru di antara galaksi.

Klamkabot tidak mempersetujui dengan tindakan yang dilakukan oleh empayar baru Kubulus itu kerana Sfera-sfera Kuasa sepatutnya menjadi pelindung galaksi, bukannya penentang utama. Tetapi kali ini, empayar baru Kubulus lebih bersedia dalam melaksanakan rancangan mereka.

Demi menyelamatkan Sfera-sfera Kuasa yang tinggal, Klamkabot menggunakan kuasa teleportasi dengan saki baki kuasa yang ada padanya. Sfera-sfera Kuasa dihantar ke seluruh pelusuk galaksi dan akhirnya diri Klamkabot sendiri. Sebelum melarikan diri, Klamkabot telah berjanji yang dia tidak akan membenarkan satu Sfera Kuasa pun jatuh ke tangan mereka yang jahat.

Semenjak daripada hari itu, empayar Kubulus telah mengarahkan semua Sfera Kuasa diburu dan ditangkap, sehinggalah ke hari ini.

Dipetik daripada Komik Prolog dalam buku "Komik Adaptasi BoBoiBoy: Sfera Kuasa".

Produksi

Seperti yang ditunjukkan dalam filem BoBoiBoy: The Movie dan penyesuaian buku komik BoBoiBoy: Sfera Kuasa, semua Sfera Kuasa (termasuk Ochobot dan Klamkabot) dicipta di Lab Sfera Kuasa yang terletak di Pulau Terapung. Dahulunya pulau ini digunakan oleh pakar-pakar bangsa Kubulus, tetapi telah ditinggalkan oleh pemiliknya sendiri. Lab itu kini dijaga oleh Sistem Lab Sfera Kuasa.

Senarai Sfera Kuasa/Power Sphera

  • Ochobot - Power Sphera generasi ke-9, kuasanya ialah memberikan jam-jam berkuasa yang boleh memanipulasi pelbagai macam perkara dan elemen.
  • Klamkabot - Power Sphera generasi pertama, ia mempunyai kuasa teleportasi yang membolehkan dirinya untuk melarikan diri dari pemburu dan membuat musuh sukar untuk menangkapnya.
  • MotoBot - Power Sphera generasi ke-8, boleh mencipta pelbagai macam bentuk kenderaan, seperti kereta atau skuter.
  • BellBot - Power Sphera yang mempunyai kuasa pembesaran dan pengecilan saiz.
  • HookaBot - Power Sphera yang menggenerasikan cangkuk dalam pelbagai bentuk untuk menyerang musuh.
  • CardBot - Power Sphera yang boleh membuat banyak kad berkuasa kepada pemiliknya.
  • ApiBot - Power Sphera yang menciptakan api apabila ia diaktifkan dalam pelbagai bentuk kuasa.
  • MelonBot - Power Sphera milik Jugglenaut, bersama-sama dengan GigiBot.
  • GigiBot - Power Sphera milik Jugglenaut, bersama-sama dengan MelonBot.
  • BebelonBot - Power Sphera yang boleh membuat pelbagai macam bentuk berkuasa bebelon yang apabila disentuh atau dipijak, ia akan meletup dan boleh menyakiti orang berdekatan.
  • SimenBot - Power Sphera yang mewujudkan simen yang apabila dikeluarkan, ia akan menjadi semakin keras dan membuat musuh terperangkap.
  • InviBot - Power Sphera yang berwujud tetapi tidak kelihatan dalam mata kasar, dan boleh menciptakan pelbagai macam benda atau barang halimunan apabila berada didekatnya.
  • TargetBot - Power Sphera milik Jugglenaut, ia mempunyai kebolehan untuk berlari dengan sangat pantas dan laju ala-ala menghilang.
  • HidungBot - Power Sphera milik Jugglenaut, ia boleh membesarkan saiz si pengguna. Kebolehan ini mirip seperti BellBot, namun Power Sphera HidungBot hanya boleh membesarkan saiz dan tidak boleh memperkecilkan saiz kecuali apabila ia dibelasah dan menjadi rosak, serta membesarkan saiz dua kali lipat dari kebolehan milik BellBot.
  • TrophyBot - Power Sphera yang diperoleh dari hadiah kemenangan tempat kedua dari Perlumbaan Angkasa Nova Prix. Belum diketahui lagi tentang maklumat kuasanya.
  • DashBot - Power Sphera generasi ke-8 yang dimiliki oleh kedua-dua Bikembar, ia boleh membaiki kenderaan mereka serta menambah kelajuan pada kenderaan itu.
  • LoopBot - Power Sphera yang boleh membalikkan waktu secara berulang-ulang. Kebolehan ini mirip seperti Ying, namun Power Sphera LoopBot boleh mengingatkan kembali sedikit tentang hal yang telah berlaku.
  • CetakBot - Power Sphera bersaiz besar milik Gijimo, ia boleh mengimbas musuh untuk mendapatkan maklumat tentang dirinya, lalu menghantarnya kepada RompakBot.
  • RompakBot - Power Sphera bersaiz besar milik Gijimo, ia boleh menghasilkan Power Sphera palsu dan diletupkan secara tidak terhad setelah mendapatkan maklumat dari CetakBot.
  • EmotiBot - Power Sphera yang berkebolehan untuk memanipulasi emosi seseorang yang berada di dekat dirinya secara sesuka hati.
  • DataBot - Antara Power Sphera yang terawal dicipta. Menurut Cici Ko/Koko Ci, ia merupakan Power Sphera yang mempunyai data dan rekod mengenai kesemua Power Sphera yang pernah dicipta. Ia yang bertanggungjawab membantu BoBoiBoy dalam mendapatkan maklumat tentang elemental cahaya.
  • SinarBot - Menurut DataBot, SinarBot merupakan Power Sphera yang memberikan kuasa elemental cahaya untuk BoBoiBoy.
  • StealthBot - Power Sphera yang berkebolehan untuk menghalimunankan sasaran supaya tidak dapat dikesan oleh musuh.
  • MagnetBot - Power Sphera milik Kapten Vargoba, ia memiliki kuasa magnet yang membolehkan pemiliknya menarik dan menolak bahan besi dan logam. Ia diselamatkan oleh TAPOPS setelah kekalahan Kapten Vargoba.
  • EnerBot - Power Sphera yang memberikan kuasa manipulasi tenaga kepada Kapten Kaizo. Ia pernah diburu oleh Bora Ra.
  • GigaBot - Power Sphera perentas dimensi yang membuat kemunculan sulung dalam Lawak Kampus x BoBoiBoy Galaxy. Dia diburu dan dikawal oleh Adu Du dan Probe untuk menculik Koko Ci dan Cikgu Noodle dan menyebarkan kesemua panel heksagon kepada penduduk dimensi lain.
  • MeteorBot - Power Sphera yang berbentuk meteor yang membuat kemunculan pertama dalam perlawanan BoBoiBoy dan Adu Du dalam komik BoBoiBoy Galaxy Card di Majalah Komik BoBoiBoy Isu #76.

Kuasa

Setiap Sfera Kuasa/Power Sphera mempunyai kuasa-kuasa sendiri. Sebagai contoh:

Selain itu, mereka juga mempunyai beberapa kebolehan iaitu:

  • Terbang atau terapung di udara.
  • Mengimbas manusia dan objek.
  • Memaparkan imej dan video sama ada dalam bentuk skrin atau hologram.
  • Menggodam mesin-mesin tertentu.
  • Menyalurkan tenaga antara satu sama lain.
  • Menyembuhkan diri sendiri.

Sesetengah Sfera Kuasa/Power Sphera mempunyai senjata. Sebagai contoh, Klamkabot mempunyai meriam yang boleh melepaskan tembakan laser.

Kuasa Sfera Kuasa/Power Sphera

Sfera Kuasa/Power Sphera mempunyai keupayaan untuk memberikan kuasanya kepada sesiapa. Kuasa yang diberikan oleh mereka biasanya berbentuk jam tangan yang bernama Jam Kuasa. Walau bagaimanapun, tidak semua kuasa yang diberikan berbentuk jam. Sebagai contoh, MotoBot boleh memberikan kenderaan kepada setiap pengguna Kapten Separo menggunakan HookaBot sebagai cangkuk, BellBot menjadi loceng di sekitar leher Cattus.

Seperti yang dinyatakan oleh Ochobot dalam BoBoiBoy Musim 1, Episod 1 dan Musim 1, Episod 3, Sfera Kuasa/Power Sphera diprogramkan untuk memberikan kuasa kepada pemiliknya. Ochobot, dia ditemui dan diaktifkan oleh Adu Du menggunakan koko Tok Aba, tetapi BoBoiBoy menganggap dia sebagai tuannya kerana BoBoiBoy adalah orang pertama yang dilihatnya. Oleh itu, Ochobot mengikut BoBoiBoy dan memberikan kuasa kepadanya.

Seperti yang dinyatakan oleh Ying dalam BoBoiBoy Galaxy Musim 1, Episod 12 (Si Penceroboh Panto), terdapat Power Sphera yang dikategorikan sebagai proximity, yang bermaksud sesiapa sahaja yang berdekatan dalam medan kuasa yang dipancarkan oleh Power Sphera jenis ini boleh menggunakan kuasa yang diberikan. Salah satu Power Sphera dalam kategori ini ialah InviBot.

Selain pemiliknya, Power Sphera juga boleh memberikan kuasa kepada orang lain atau Power Sphera lain jika mereka merasakan bahawa mereka patut mempunyai kuasa. Ini terbukti dalam:

Pemberian Kuasa oleh Sfera Kuasa/Power Sphera

  • Oleh Ochobot:
    • Kuasa Manipulasi Elemental kepada BoBoiBoy
    • Kuasa Manipulasi Graviti kepada Yaya
    • Kuasa Manipulasi Masa kepada Ying
    • Kuasa Manipulasi Molekul kepada Gopal
    • Kuasa Manipulasi Bayang-Bayang kepada Fang
  • Oleh Klamkabot:
    • Kuasa Teleportasi kepada Ochobot
  • Oleh Power Sphera yang tidak diketahui:
    • Kuasa Lohong Hitam kepada Bora Ra (dinyatakan dalam surat peminat)
  • Oleh MotoBot:
    • Motor Elemental kepada BoBoiBoy
    • Kereta kepada Gopal
    • Skuter kepada Yaya
    • Mini skuter kepada Ying
    • Kereta kepada Fang
  • Oleh BellBot:
    • Kuasa Pembesaran kepada Cattus
  • Oleh HookaBot:
    • Digunakan untuk menggunakan kait dan flail sebagai senjata kepada Kapten Separo
  • Oleh CardBot:
    • Mencipta kad yang boleh memerangkap dan menyeru lawan atau item kepada Jokertu
  • Oleh InviBot:
    • Objek-objek halimunan kepada Panto, Gopal dan BoBoiBoy
  • Oleh TargetBot:
    • Mengelakkan serangan dengan kepantasan yang terhebat kepada Jugglenaut
  • Oleh BebelonBot:
  • Oleh SimenBot:
    • Kuasa Simen Pengeras kepada Jugglenaut
  • Oleh ApiBot:
    • Kuasa Api kepada Jugglenaut
  • Oleh HidungBot:
    • Kuasa Pembesaran kepada Jugglenaut
  • Oleh DashBot
  • Oleh LoopBot:
  • Oleh CetakBot:
    • Mengesan maklumat subjek untuk menghantar ke RompakBot kepada Gijimo.
  • Oleh RompakBot:
    • Menghasilkan subjek palsu berdasarkan dari maklumat CetakBot kepada Gijimo.
  • Oleh EmotiBot:
    • Kuasa Manipulasi Emoti kepada pelbagai pemburu Power Sphera dan Gijimo.
  • Oleh DataBot:
    • Mempunyai kesemua data dan rekod mengenai Power Sphera yang pernah dicipta.
  • Oleh StealthBot:
    • Boleh membuat benda, orang dan kenderaan yang lebih besar dengan kuasa halimunan kepada Kapten Vargoba.
  • Oleh MagnetBot:
    • Boleh digunakan untuk tarik dan tolak benda besi kepada Kapten Vargoba.
  • Oleh EnerBot:

Trivia

  • Oleh kerana semua Power Sphera mempunyai banyak tenaga, mereka juga boleh digunakan sebagai sumber tenaga seperti dalam Musim 1, Episod 13 apabila Adu Du dan Probe menggunakan Ochobot sebagai sumber tenaga alternatif untuk Mukalakus.
  • Seperti yang didedahkan dalam Musim 3, Episod 26 (Jumpa Lagi BoBoiBoy), misi Kumpulan Kapten Kaizo adalah untuk mengumpul seberapa banyak Power Sphera dan berikan kuasa-kuasa kepada mereka yang layak untuk menghalang mereka daripada jatuh ke tangan yang salah.
  • Surat peminat telah menyatakan bahawa setiap Sfera Kuasa/Power Sphera mampu untuk menyembuhkan diri dengan sendiri oleh kerana mereka dibina dengan teknologi alien. Ini juga menjelaskan tentang Ochobot yang menyembuhkan dirinya setelah peristiwa tangannya terputus di dalam BoBoiBoy: The Movie.
  • Tengkotak dan Lanun Angkasa merupakan antara pasukan pemburu Sfera Kuasa/Power Sphera yang berbahaya di galaksi.
  • Sfera Kuasa disebut sebagai "Power Sphera" dalam BoBoiBoy Galaxy.
  • Seperti yang dinyatakan dalam Majalah Komik BoBoiBoy #55, Ochobot merupakan Power Sphera generasi yang terakhir, bermaksud dia adalah Power Sphera yang termuda.
  • Sesetengah Power Sphera seperti HookaBot, ApiBot, BebelonBot dan SimenBot tidak pernah bercakap atau bersuara ketika dalam siri. Namun begitu, ia telah didedahkan oleh BoBoiBoy dalam surat peminat Majalah Komik #71 bahawa mereka sebenarnya agak bising apabila bersama dalam sebilik sehingga menyebabkan BoBoiBoy sukar untuk tidur.
    • Mereka mungkin tidak bercakap semasa dalam siri mungkin disebabkan oleh masing-masing telah diprogramkan semula oleh alien-alien jahat ataupun kerana mereka berada dalam mod tidak aktif, atau sebab-sebab lain yang tertentu.

Galeri


L - S - B
Logo Baru BoBoiBoy
Siri
BoBoiBoy | Apa Kata Yaya | OldTown White Coffee's Superhero Elemen | BoBoiBoy Galaxy | Sahabat Cilik SPRM | BoBoiBoy Galaxy Special
Episod

BoBoiBoy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Extended Finale
Musim 2: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 3: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26

BoBoiBoy Galaxy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24
Watak

BoBoiBoy

BoBoiBoy | Yaya | Ying | Gopal | Fang | Ochobot | Tok Aba | Adu Du | Probe | Komputer | Alebi | Wahid | Ernie | Pakcik Mat | Makcik Kuih | Super Probe | BoBoiBoy Petir | BoBoiBoy Angin | BoBoiBoy Tanah | Robot Hamba | Multi-Monster | Popo | Pakcik Yah | Tukang Pos | Pakcik Kumar | Super Makcik Probe | BoBoiBoy Halilintar | Super Duper Probe | Papa Zola | Raksasa Tidur | Tauke | Bago Go | Azroy | Sasha | BoBoiBoy Taufan | Robot Pemusnah Mukalakus | BoBoiBoy Gempa | Ejo Jo | Cikgu Timi | Iwan | Amar Deep | Suzy | Amy | Siti | Stanley | Nana | Melissa | Melody | Makcik Kantin | Cikgu Disiplin | Robolabot | Robolabolabolabolabot Super King | Pak Senin Koboi | Kucing Sewel | Kambing S8000 | Maharaja Ata Ta Tiga | PETAI | Ravi J. Jambul | Koko Jumbo | Malik Osman | Mega Probe | Rob | Robert | Roberto Santana | Nurul Julie Juliana | Shamsul Rizal Sabri | Wak Baga Ga | Bagi Gi | Bagu Gu | Tom | MegaBot ScamBot | SampahBot | Raksasa Gonohom | Uncle Yim | Mama Zila | Raksasa Ketam | Ibu Bu | Robot Pango | Raksasa Bawang | BoBoiBot | BoBoiBoy Api | BoBoiBoy Air | Anak Bago Go | Raksasa Perisai | Bapa BoBoiBoy | Kapten Kaizo | Lahap

BoBoiBoy: The Movie

Klamkabot | Bora Ra | Gaga Naz | Kiki Ta | Yoyo Oo | Koko Ci | Robot T | Nenek Sayur | Kurita | J-Rex | Sistem Lab Sfera Kuasa | BoBoiBoy Blaze | BoBoiBoy Ais | BoBoiBoy Thorn | BoBoiBoy Solar

BoBoiBoy Galaxy

MotoBot | Kapten Separo | Konco Lanun | Alien Mop | Raksasa Gurunda | Cattus | Waibi | BellBot | HookaBot | BoBoiBoy Daun | Nyamuk Amok | CardBot | Jokertu | Hantu Pokok | Katakululu | Raksasa Batu | Tarung | Gorila TAPOPS | ApiBot | Sai | Shielda | Jugglenaut | MelonBot | GigiBot | Panto | BebelonBot | SimenBot | InviBot | TargetBot | HidungBot | Bikembar Merah | Bikembar Biru | TrophyBot | Pok Pok Tus | Heely Wheely | DashBot | LoopBot | Makcik Wawa | Aunty Yang | Roktaroka | A.B.A.M. | Gijimo | CetakBot | RompakBot | EmotiBot | Jagara | DataBot | Robot Lanun | Kapten Vargoba | StealthBot | Nut | BoBoiBoy Cahaya | Ramenman | MagnetBot

Lain-lain

Captain Munch | Raksasa Bengkok | Raksasa Gula | Terra | Coral | Oake | Kapten MACC | Lelabah Kristal
Filem
BoBoiBoy: The Movie | BoBoiBoy: The Movie 2
Tempat
Planet Bumi | Malaysia | Pulau Rintis | Stesen Keretapi Pulau Rintis | Bulan | Rumah Tok Aba | Tok Aba's Kokotiam | Planet Ata Ta Tiga | Kedai Runcit | Pos Pulau Rintis | Rumah Yaya | Rumah Ying | Rumah Gopal | Sekolah Rendah Pulau Rintis | Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam | Taman Pulau Rintis | Markas Kotak | Rumah Berhantu | Lorong Pak Senin Koboi | Balai Polis Pulau Rintis | Kedai Permainan | Rintis Bank | Kedai Game Ah Beng & Sons | Sekolah Menengah Pulau Rintis | Hospital Alien Really Amazing Marvellous/Hospital H.A.R.A.M | Pulau Terapung | Sektor G-14 | Planet Gurunda | Kubur Kapal Angkasa | Stesen Angkasa TAPOPS | Planet Dargha'ya | Planet Volkania | Planet Sarkas | Koloni Lanun Angkasa | Planet Kasuta | Planet Brotora | Planet Junkberg | D'Sosej | Kapal Arkib Angkasa | Planet Oroq | Stesen Sunnova | Markas TEMPUR-A
Lagu
BoBoiBoy, Superhero Kita! | Bersedia | Hang on Tight | Lagu Hindustan Gopal | Suasana di Hari Raya | Incik Boss dan Probe | Treler Antarbangsa BoBoiBoy | BuBaDiBaKo | Bangun Pagi, Senang Hati | Lagu Tidur Gopal | Lagu Tidur Fang | Jagalah Bumi | Bangkit Anak Muda! | Masih Di Sini | Di Bawah Langit Yang Sama | Dunia Baru | Lagu Tema TAPOPS | Pok Anai-Anai - Tok Aba
Soundtrack

BoBoiBoy

Lagu Tema BoBoiBoy | Bersedia | BoBoiBoy dan Kawan-kawan | Adu Du dari Planet Ata Ta Tiga | Ketibaan di Pulau Rintis | Rumahku Syurgaku | Bahaya Akan Berlaku | Serangan Adu Du! | Pertarungan Bermula! | Kemarahan Adu Du | Lari dan Sembunyi! | Eksperimen Gila | BoBoiBoy Hero Kita | Bilik Penyeksaan | Kebangkitan BoBoiBoy Halilintar | Kemuliaan Papa Zola | Pemain Retro | Kata-kata Terakhir Papa Zola | Seguni Mawar Merah | Ketibaan BoBoiBoy Taufan | Azroy & Sasha Bersatu | Selamat Tinggal BoBoiBoy | Lagu Tema BoBoiBoy (Inggeris) | Bersedia (Inggeris) | Tema Utama (Instrumental) | Bersedia (Instrumental) | Tema BoBoiBoy Halilintar | Tema Papa Zola | Tema BoBoiBoy Taufan | Tema Fang | Tema BoBoiBoy vs Fang | Tema Kucing Sewel | Tema Ejo Jo | Tema BoBoiBoy & Kawan-kawan | Tema Trio Kebenaran | Tema Wak Baga Ga | Tema Rob, Robert & Roberto Santana | Tema Pertarungan Di Bulan | Tema Permainan Papa Zola | Tema Mama Zila | Tema Kumpulan Gerombolan Kejahatan | Tema BoBoiBoy Api | Tema BoBoiBot | Tema BoBoiBoy vs BoBoiBot | Tema BoBoiBoy Air | Tema Kapten Kaizo | Tema Teaser BoBoiBoy: The Movie

BoBoiBoy: The Movie

Pasukan Tengkotak | BoBoiBoy Superhero Kita | Mencari Klamkabot | Markas Kotak | Tibanya Tengkotak | Empayar Bisnes Mencandat Sotong Kebenaran | Masih Di Sini (Instrumental) | Sfera Kuasa Generasi Pertama | Kilang Sfera Kuasa | J-Rex Mengganas | Gaga Naz Menyerang | Klamkabot Ditangkap | Lab Sfera Kuasa | 2 Sfera 1 Kuasa | Setia Kawan | Teleportasi Diaktifkan | Bora Ra Menyerang | Maafkan Aku Ochobot | Aku Akan Tamatkan Semua Ni | Lohong Hitam Gargantua | Bersama Kita Berjuang | Selagi Kita Bersama | Di Bawah Langit Yang Sama (Instrumental)

BoBoiBoy Galaxy

BoBoiBoy Dan Kawan-Kawan | Kapten Separo Dan Lanun Angkasa | Pertarungan Bermula | Adu Du Dan Konco Kejahatan | Misi Penyamaran Tapops | Ancaman Alien | Lepaskan Kuasamu | Pertarungan Sengit | Selamatkan Power Sphera | Kembara Ke Planet Gurunda | Tema BoBoiBoy Cahaya | Tema BoBoiBoy Daun | Pertarungan Terakhir (Kapten Kaizo, Halilintar & Jugglenaut) | Kekalahan BoBoiBoy | Tema BoBoiBoy Solar
Permainan
BoBoiBoy: Adu Du Attacks | BoBoiBoy: Cabaran Kepantasan | BoBoiBoy: Photosticker | BoBoiBoy Superkick | BoBoiBoy: Puzzle Clash | BoBoiBoy: Ejo Jo Attacks | BoBoiBoy: Bounce & Blast | BoBoiBoy: Power Spheres | BoBoiBoy: Galactic Heroes | BoBoiBoy Galaxy Card | BoBoiBoy Galaxy Run
Lihat juga
Animonsta Studios | Movie Animation Park Studios | Lawak Kampus x BoBoiBoy Galaxy