BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Probe adalah watak dalam siri BoBoiBoy dan BoBoiBoy Galaxy.

Sejarah

Sejarah awal

Mengikut data dan laporan Komputer Ejo Jo dalam Musim 2, Episod 10, Probe yang menjadi konco Adu Du ini merupakan robot prototaip versi terawal. Pada tahun 124XD, robot tempur pertama telah siap dipasang. Semuanya berjalan lancar, sehingga salah seorang saintis terjatuhkan cawan yang berisi air dan memasuki ke dalam kepala Probe.

Disebabkan oleh itu, robot prototaip terawal telah dimusnahkan dan dicampakkan ke kawasan buangan. Adu Du yang kebetulan sedang mengutip, terdengar bunyi letupan dan suara Probe. Adu Du kemudian berusaha memperbaikinya dan sejak dari hari itu, mereka berdua tidak dapat dipisahkan.

Kematian

Ejo Jo dengan konco-konconya telah tiba di Bumi. Ejo Jo berniat untuk menghapuskan Adu Du, tetapi sempat dihalang oleh Probe. Lantas Ejo Jo mengarahkan Komputer untuk menurunkan Robot Perisai Tempur Angkasa I untuk menunjukkan robot tempur yang sebenar. Oleh itu, Probe terus bertukar menjadi Super Probe. Kemudian mereka bertarung habis-habisan dengan kebolehan masing-masing. Tetapi, jelas sekali Probe si robot kutip tiada tandingan dengan PETAI yang hebat. Sebaik sahaja Probe melihat Adu Du akan diserang oleh PETAI, Probe dengan segera bangkit semula dan melindungi tuannya daripada diserang.

Akibatnya, seluruh tubuh Super Probe terlerai kepada bahagian yang lebih kecil dan badan itulah yang menjadi khidmat terakhir untuk Adu Du. Sementara Probe melayang jatuh ke bawah, Adu Du berlari ke arahnya untuk menyambut Probe yang kelihatan seperti tiba masanya. Ketika itu, Adu Du teringatkan setiap kenangan manisnya bersama Probe. Probe yang hanya tinggal separuh badan meminta maaf kepada tuannya itu atas kesalahannya yang menyebabkan Ejo Jo datang ke Bumi sementara kor tenaga nyawa Probe masih bertahan.

BoBoiBoy yang hanya melihat tidak jauh dari situ telah mengalirkan air mata membasahi pipinya. Selain meminta maaf, Probe juga berterima kasih kepada tuannya kerana telah menjaga dan mengutipnya. Sementara Adu Du merayu kepada Probe supaya tidak meninggalkannya, namun apakan daya kelihatan kor tenaganya tidak dapat bertahan lagi. Kata-kata terakhirnya sebelum rosak ialah "Probe, Robot Tempur... Misi terakhir, tamat...". Adu Du cuma boleh berduka cita atas kematian konconya. Sementara itu BoBoiBoy dan kawan-kawannya tidak dapat berbuat apa-apa selain turut berduka cita atas kematian Probe. Selepas kemusnahan Sekolah Rendah Pulau Rintis, bangkai robot Probe dibawa kembali ke Markas Kotak oleh BoBoiBoy.

Dihidupkan semula

Dalam usaha untuk menghidupkan Probe semula, Adu Du cuba memperbaikinya dengan memasukkan kor tenaga PETAI. Tetapi usaha-usahanya tidak membuahkan hasil. Oleh itu, Komputer menghubungi Bago Go untuk mendapatkan bantuan. Jelas Bago Go, teras kor tenaga PETAI tidak sesuai dengan kor tenaga Probe. Kata Bago Go lagi, kor tenaga PETAI perlu kepada kor tenaga Probe untuk menghidupkan semula Probe. Tetapi, Adu Du perlu membeli mesin konverter daripada Bago Go untuk menyalurkan tenaga tersebut.

Oleh itu, Adu Du datang ke Tok Aba's Kokotiam untuk merampas koko-koko dengan bantuan Koko Jumbo tetapi tetap gagal apabila ia dipermainkan oleh BoBoiBoy dan Ochobot. Namun, apabila mengetahui niat sebenar Adu Du, BoBoiBoy dan Gopal bersama Adu Du bekerjasama untuk membantunya mengumpul dana supaya mempunyai duit yang cukup untuk membeli lima tong koko untuk digadaikan kepada Bago Go, dengan syarat Adu Du mesti menjadi baik.

Seminggu kemudian, lima tong koko yang diperlukan telah berjaya didapatkan untuk diberikan kepada Bago Go supaya Adu Du mendapat konverter tersebut. Akhirnya, pemindahan tenaga berjaya dilaksanakan dan akhirnya Probe berjaya dihidupkan semula.

Pertukaran Mod

Probe juga boleh dipertingkatkan lagi modnya dengan bertukar menjadi mod lain yang lebih besar dan kuat mengikut keadaan semasa.

Super Probe

"Mod: Super Probe!"
— Pengumuman transformasi

"Aku Super Probe! Robot Pemusnah!"
— Slogan kata Super Probe

Superprobe v2

Super Probe

Super Probe adalah antara bentuk Probe yang terkuat yang akan bertukar apabila sesiapa memasukkan serbuk atau air koko ke dalam kepalanya. Bentuk ini muncul buat pertama kalinya pada Musim 1, Episod 1 dan membuat kemunculan terakhirnya dalam Musim 2, Episod 12 selepas mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan bosnya daripada diserang oleh Robot PETAI.

  • Serangan: *** (3)
  • Pertahanan: **** (4)
  • Kepantasan: ** (2)
  • Keberanian: **** (4)

Senjata

  • Laser Pemusnah
  • Tembakan Peluru

Kemampuan

  • Terbang

Super Makcik Probe
Vlcsnap-2012-06-20-18h22m45s198

Super Makcik Probe

Super Makcik Probe adalah salah satu bentuk Probe yang serupa dengan Super Probe. Bentuk ini hanya muncul pada Musim 1, Episod 5 setelah Adu Du menuang dua cawan yang berisi air koko ke dalam kepala Probe.

Senjata

  • Beg Tangan Maut
  • Kilauan Cermin Mekap
  • Tembakan Pisau Dapur
  • Sudip Penghalang
  • Pengadun Roti Berduri

Super Duper Probe
300px-Vlcsnap-2012-06-14-18h03m28s226

Super Duper Probe

Super Duper Probe adalah antara bentuk Probe yang paling kuat, yang mana saiznya dua kali ganda lebih besar daripada mod yang lain. Bentuk ini hanya muncul pada Musim 1, Episod 7 di dalam permainan video "Papa Zola 5: Kebenaran di Lorong Kegelapan".

Kuasa

  • Pukulan Tangan
  • Pelancaran Peluru Berpandu
  • Tembakan Laser

Mega/Mecha Probe

"Mod: Mega Probe!"
— Pengumuman transformasi

"Robot Tempur, Bersedia Berkhidmat!"
— Slogan kata Mega Probe (Musim 3, Episod 5)

Fail:Mega Probe.jpg

Mega Probe

"Mod: Mecha Probe!"
— Pengumuman transformasi

Mecha Probe

Mecha Probe

Mega Probe adalah versi naik taraf daripada Super Probe yang kekuatannya lebih kuat daripada sebelumnya. Bentuk ini muncul buat pertama kalinya pada Musim 3, Episod 5 dan mendapat reka bentuk yang baru dalam siri BoBoiBoy Galaxy sebagai Mecha Probe.

Senjata

Mega
  • Booster Roket: Memberikan kelajuan penuh kepada Mega Probe untuk terbang dan bergerak dengan laju bagi menangkap musuhnya.
  • Pelancar Roket: Mengeluarkan beberapa siri pelancar roket daripada badannya bagi membolehkannya untuk menyerang musuhnya.
  • Penembak Laser: Menukarkan kedua-dua tangannya kepada penembak yang digunakannya untuk melancarkan laser pemusnah ke arah musuhnya.
  • Laser Pemusnah: Menggunakan meriam yang berada di belakangnya bagi melancarkan laser pemusnah ke arah musuhnya.
  • Meriam Penyedut: Menukarkan tangan kanannya kepada meriam bagi menyedut musuhnya. Hanya digunakan dalam siri OldTown White Coffee's Superhero Elemen.
Mecha
  • Meriam Bunyi Sonik
  • Tembakan Tenaga Pengikat


Mesin Basuh Probe

Mesin Basuh Probe


Probe (Vakuum)

Vakum Probe


Probe (Ketuhar)

Ketuhar Probe


Probe (Kuali)

Kuali Probe


Probe (Tong gas)

Tong Gas Probe


Kereta Probe

Kereta Probe



Robolabolabolabolabot Super King
Robolabolabolabolabot Super King

Robolabolabolabolabot Super King

Robolabolabolabolabot Super King adalah sebuah robot yang terhasil setelah Probe bercantum dengan dua buah robot yang bernama Robolabot. Robolabolabolabolabot Super King hanya membuat kemunculannya pada Musim 2, Episod 4 untuk menewaskan Pasukan BoBoiBoy dalam permainan bola sepak.

Kemampuan

  • Robolabolabolabolabot Super King tidak mempunyai sebarang kuasa, akan tetapi robot ini mempunyai keupayaan untuk menendang sebiji bola dengan kuat sehingga dapat mengoyakkan jaring pawang gol dengan meninggalkan sedikit bara api.


Rupa

Probe adalah sebuah robot berapung yang berbentuk piring terbang berwarna ungu dengan mata yang berwarna merah dan giginya yang panjang lebar, dilengkapi dengan sepasang sepit dan banyak lagi kelengkapan di dalam tubuhnya.

Perwatakan

Walaupun tidak tahan dengan perangai Adu Du, namun dia cenderung memerli dan mengumpat apabila dimarahi atau diberikan tugas yang susah oleh bosnya. Walaupun dia dianggap pendek akal oleh bosnya, namun dia masih mampu menunjukkan kelicikannya. Dia juga berasa kagum dengan kehebatan BoBoiBoy dan kawan-kawan, terutamanya apabila melihat dengan matanya sendiri ketika menyorok untuk mengintai gerak-geri mereka.

Trivia

  • Menurut Probe dalam Musim 1, Episod 10, dia boleh diaktifkan melalui air paip.
  • Probe telah mendedahkan dalam Musim 2, Episod 2 bahawa dia suka membaca buku-buku seram sebelum tidur. Selain itu, nama Probe yang sebenar juga didedahkan dalam episod ini; A.R. Probe.
  • Probe telah menunjukkan dua modnya yang baru dalam siri terbaru, iaitu "Mod Kereta" dan versi naik taraf daripada "Mod Mega" kepada "Mod Mecha".

Galeri

Video

Lihat juga

L - S - B
Logo Baru BoBoiBoy
Siri
BoBoiBoy / BoBoiBoy Reborn | BoBoiBoy Galaxy | Papa Pipi
Episod

BoBoiBoy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 2: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 3: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26

BoBoiBoy Galaxy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24
Musim 2: Isu 1 | Isu 2 | Isu 3 | Isu 4 | Isu 5 | Isu 6 | Isu 7 | Isu 8 | Isu 9
Filem
BoBoiBoy: The Movie | BoBoiBoy Movie 2 | BoBoiBoy Movie 3
Watak

BoBoiBoy

BoBoiBoy | Yaya | Ying | Gopal | Fang | Ochobot | Tok Aba | Adu Du | Probe | Komputer | Alebi | Wahid | Ernie | Super Probe | ToToiToy | BoBoiBoy Petir | BoBoiBoy Angin | BoBoiBoy Tanah | Pakcik Mat | Makcik Kuih | Pakcik Ikan | Robot Hamba | Multi-Monster | Popo | Pakcik Kumar | Posmen | Nenek Ying | Super Makcik Probe | BoBoiBoy Halilintar | Super Duper Probe | Papa Zola | Raksasa Tidur | Tauke | Bago Go | Azroy | Sasha | Encik Biskut | BoBoiBoy Taufan | Robot Pemusnah Mukalakus | BoBoiBoy Gempa | Ejo Jo | Komputer Ejo Jo | Cikgu Timi | Iwan | Amar Deep | Suzy | Amy | Siti | Stanley | Nana | Melissa | Melody | Makcik Kantin | Cikgu Disiplin | Robolabot | Robolabolabolabolabot Super King | Pak Senin Koboi | Kucing Sewel | Kambing S8000 | Maharaja Ata Ta Tiga | PETAI | Ravi J. Jambul | Koko Jumbo | Mega Probe | Rob | Robert | Roberto Santana | Polis Gemuk | Polis Kurus | Ketua Polis | Shamsul Rizal Sabri | Wak Baga Ga | Bagi Gi | Bagu Gu | Tom | MegaBot ScamBot | SampahBot | Raksasa Gonohom | Uncle Yim | Mama Zila | Raksasa Ketam | Ibu Bu | Robot Pango | Raksasa Bawang | BoBoiBot | Detektif Konon | BoBoiBoy Api | Pakcik Kantin | Anak Kantin | BoBoiBoy Air | Anak Bago Go | Wakil KPKT | Raksasa Perisai | Kapten Kaizo | Lahap

BoBoiBoy: The Movie

Klamkabot | Bora Ra | Gaga Naz | Kiki Ta | Yoyo Oo | Koko Ci | Robot T | Nenek Sayur | Kurita | J-Rex | Sistem Lab Sfera Kuasa | BoBoiBoy Blaze | BoBoiBoy Ais | BoBoiBoy Duri | BoBoiBoy Solar

BoBoiBoy Galaxy

MotoBot | Kapten Separo | Konco Lanun | Alien Mop | Raksasa Gurunda | Cattus | Waibi | BellBot | HookaBot | BoBoiBoy Daun | Nyamuk Amok | CardBot | Jokertu | Hantu Pokok | Katakululu | Raksasa Batu | Tarung | Gorila TAPOPS | ApiBot | Sai | Shielda | Jugglenaut | MelonBot | GigiBot | Panto | BebelonBot | SimenBot | InviBot | TargetBot | HidungBot | Bikembar Merah | Bikembar Biru | TrophyBot | Pok Pok Tus | Heely Wheely | DashBot | LoopBot | Makcik Wawa | Aunty Yang | Roktaroka | A.B.A.M. | Pemilik D'Sosej | Gijimo | CetakBot | RompakBot | EmotiBot | Jagara | DataBot | Robot Lanun | Burung Nuri Lanun | Kapten Vargoba | StealthBot | Nut | BoBoiBoy Cahaya | Ramenman | MagnetBot | Tok Cendatok | Gaharum | Brolangkas Brothers | Qually | Jaguh Paruh Lang | Tok Ngau | Rukawr | Jaga Kar | Pengawal Ladang | Profesor Utan | Musang Salji | Tumbosaur | Puak Baja | PasuBot | Alpha Jumbosaur | BoBoiBoy Sori

BoBoiBoy Movie 2

Raksasa Pengun | Anak Pengun | EggaBot | Gogobi | Cakada | Kechik | Ayu Yu | Retak'ka | Hang Kasa | Pipi Zola | Kang Kong | Kuda Botak | Maskmana | Pokok Bak-Bak | King Kang Kong | Raja Bayugan | Kaum Cendawa | Papa Cendawa | Mama Cendawa | Anak Cendawa | Laskar Guruhan | BibikBot | ArmoBot | KristalBot | GammaBot | Satriantar | Kuputeri | Mas Mawais | King Balakung | Panglima Pyrapi | BoBoiBoy FrostFire | BoBoiBoy Glacier | BoBoiBoy Supra | Amato

Papa Pipi

Nekpi | Cikgu Warni | Doktor Dahlia | Vijay | Melur | Chia

Lain-lain

Captain Munch | Raksasa Bengkok | Razak | Raksasa Gula | Terra | Coral | Oake | Kapten MACC | Ezra | Lelabah Kristal | EnerBot | EquBot | Raksasa Gerojoh | GigaBot
Terbitan turunan
Apa Kata Yaya | OldTown White Coffee's Superhero Elemen | Detektif Yaya | Sahabat Cilik SPRM | BoBoiBoy Galaxy Special | Fly With Yaya | Destinasi Terbaik
Tempat
Planet Bumi | Stesen Keretapi Pulau Rintis | Yong Pin Aerotrain Express | Pulau Rintis | Rumah Tok Aba | Planet Ata Ta Tiga | Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam | Kedai Runcit | Pejabat Pos Pulau Rintis | Rumah Yaya | Rumah Ying | Rumah Gopal | Sekolah Rendah Pulau Rintis | Taman Pulau Rintis | Markas Kotak | Rumah Berhantu | Lorong Pak Senin Koboi | Balai Polis Pulau Rintis | Kedai Permainan | Rintis Bank | Kedai Game Ah Beng & Sons | Sekolah Menengah Pulau Rintis | Hospital Alien Really Amazing Marvellous | Pulau Terapung | Lab Sfera Kuasa | Kilang Sfera Kuasa | Sektor G-14 | Planet Gurunda | Kubur Kapal Angkasa | Stesen Angkasa TAPOPS | Planet Dargha'ya | Planet Volkania | Planet Sarkas | Koloni Lanun Angkasa | Planet Kasuta | Planet Brotora | Planet Junkberg | D'Sosej | Kapal Arkib Angkasa | Planet Oroq | Stesen Sunnova | Markas TEMPUR-A | Planet GogoBugi | Sektor 88-19 Bima Lima | Planet Saharu | Sektor Z55-2P Galaksi Solaria | Asteroid Kristal | Planet Quabaq | Planet Gur'latan | Sektor G159A Nusagima | Planet Bayugan | Planet Rimbara | Planet Gugura | Akademi Pulau Rintis | TAPOPS-B | Kampung Muriong | Planet Kadruax
Lagu
BoBoiBoy, Superhero Kita! | Bersedia | Lagu Hindustan Gopal | Suasana di Hari Raya | Incik Boss dan Probe | Treler Antarabangsa BoBoiBoy | BuBaDiBaKo | Bangun Pagi, Senang Hati | Lagu Tidur Gopal | Lagu Tidur Fang | Jagalah Bumi | Bangkit Anak Muda! | Masih Di Sini | Di Bawah Langit Yang Sama | Dunia Baru | Lagu Tema TAPOPS | Pok Anai-Anai - Tok Aba | Fire & Water | Lagu Rukun Negara | Aneka Baju Raya
Permainan
BoBoiBoy: Adu Du Attacks | BoBoiBoy: Cabaran Kepantasan | BoBoiBoy: Photosticker | BoBoiBoy Superkick | BoBoiBoy: Puzzle Clash | BoBoiBoy: Ejo Jo Attacks | BoBoiBoy: Bounce & Blast | BoBoiBoy: Power Spheres | BoBoiBoy: Galactic Heroes | BoBoiBoy Galaxy Card | BoBoiBoy Galaxy Run
Lihat juga
Animonsta Studios | Majalah Komik BoBoiBoy | Movie Animation Park Studios | BoBoiBoy Galaxy x Lawak Kampus SUPERIOR
Advertisement