Pulau Terapung merupakan sebuah pulau asing yang dicipta oleh bangsa Kubulus dan merupakan rumah asal Klamkabot sebelum ia diteleportasikan ke Planet Bumi. Ia menjadi penetapan utama dalam BoBoiBoy: The Movie.
Ciri-ciri
Pulau Terapung merupakan pulau buatan alien yang dicipta oleh bangsa Kubulus. Pulau ini sentiasa terapung di atas tanah atau laut. Terdapat air terjun, ngarai, bukit berbatu, tebing, hutan, sungai dan gua di pulau ini. Terdapat juga batu-batu yang terapung di sekitar pulau ini.
Pulau ini mempunyai tumbuh-tumbuhan yang eksotik dan aneh. Kebanyakan tumbuhan di pulau Terapung kelihatan seperti manusia di Planet Bumi, tetapi konsep seni menunjukkan tumbuh-tumbuhan itu direka dalam pelbagai bentuk dan warna. Ada juga tumbuh-tumbuhan di planet ini yang bersifat antagonis. Sebagai contoh, akar pokok bergerak dengan sendiri dan boleh mengikat sasaran dengan pantas, walaupun akar tersebut boleh berhenti daripada bergerak apabila ada yang sedang melihatnya. Terdapat juga bunga gergasi yang memakan manusia, yang mana Gopal pernah menjadi mangsa tumbuhan itu. Kemungkinan juga terdapat haiwan-haiwan liar yang hidup di hutan kerana Papa Zola pernah melihat banyak mata merah ganas yang merenung kepadanya. Padahal mereka tidak pernah dilihat setelah itu.
Di dalam gua, terdapat banyak laluan yang berasingan dan ia kelihatan seperti mez. Laluan di luar penuh dengan batu-batuan, tetapi jauh di dalam laluan gua tersebut, ia dipenuhi dengan kristal-kristal hijau. Gua ini menjadi tempat persembunyian Klamkabot dan juga tempat di mana dia memberikan Kuasa Teleportasinya kepada Ochobot.
Jauh di dalam pulau, terdapat Kilang Sfera Kuasa dan Lab Sfera Kuasa. Kilang ini akhirnya telah ditinggalkan oleh pemiliknya dan makmal tersebut dijaga oleh Sistem Lab Sfera Kuasa.
Terdapat dua cara untuk sampai ke Pulau Terapung, sama ada menggunakan pengangkutan udara (seperti menaiki kapal angkasa), ataupun menggunakan pengangkutan air (seperti BoBoiBoy dan kawan-kawannya menggunakan bot/sampan milik Papa Zola).
Sejarah
Seperti yang dinyatakan dalam prolog dalam buku komik BoBoiBoy: The Movie, Pulau Terapung ciptaan bangsa Kubulus ini tersembunyi dari pengetahuan armada musuh-musuh mereka. Mereka telah mengumpulkan semua pakar untuk mencipta senjata terulung iaitu Klamkabot, Sfera Kuasa Generasi Pertama. Selepas Klamkabot berjaya mengalahkan musuh-musuh jahat, pulau ini telah digunakan untuk menghasilkan lebih banyak sfera kuasa generasi terbaru. Walau bagaimanapun, bangsa Kubulus menjadi gila kuasa dengan kebolehan sehebat itu. Sfera-sfera Kuasa diprogramkan semula untuk menjadi senjata pemusnah. Klamkabot tidak mempersetujui dengan tindakan yang dilakukan oleh empayar baru Kubulus, jadi dia telah menggunakan Kuasa Teleportasi untuk menteleportasikan semua Sfera Kuasa yang tinggal, sekaligus Pulau Terapung ke tempat yang lebih jauh.
Kisah
Maklumat akan menyusul.
Tempat
- Kilang Sfera Kuasa:
Ini merupakan tempat di mana Sfera-sfera Kuasa dihasilkan. Ia mempunyai tali pinggang penghantar yang membawa kepada mesin seperti laser, segi empat tepat dan pemampat pekeliling untuk memasang Sfera Kuasa.
Dalam konsep seni yang ditunjukkan dalam buku komik, terdapat tiga mesin di kilang ini untuk mencipta Sfera Kuasa. Mesin yang pertama adalah Power Source Generator (Penjana Sumber Kuasa), yang menghasilkan voltan elektrik yang menghasilkan bola kuasa. Mesin yang kedua ialah "Armour" Assembly (Perhimpunan "Perisai"), yang memasang pada perisai sfera kuasa yang dihasilkan melalui gerakan menekan. Dan mesin yang ketiga adalah Rim Mold Install (Pasangan Acuan Rim), yang memasang rim untuk memegang semuanya bersama-sama. Selepas melalui ketiga-tiga proses, Sfera Kuasa telah dicipta dan akan ditempatkan di siling sebelum dihantar untuk digunakan.
- Makmal Sfera Kuasa
Makmal ini adalah untuk memastikan kilang Sfera Kuasa dikendalikan dengan baik dan membuat eksperimen kepada Sfera Kuasa yang perlu dianalisis. Makmal ini juga memberikan peningkatan kepada Sfera-sfera Kuasa. Seperti yang telah ditunjukkan dalam BoBoiBoy: The Movie, makmal ini menjadi tempat di mana Ochobot mendapat penaik tarafan sebagaimana yang telah diprogramkan oleh Klamkabot dan Lab Sfera Kuasa.
Makmal ini mempunyai pintu yang amat besar sebagai pintu masuk. Sesiapa sahaja yang mendekati pintu masuk ini akan menyebabkan empat hatchdoor drones keluar dari pusat pintu. Dron-dron tersebut akan mengimbas orang (paling mungkin semasa waktu di mana Pulau Terapung itu adalah kepunyaan Kubulus) ataupun Sfera Kuasa. Selepas itu, hatchdoor drones akan kembali ke tempat asal mereka. Corak pada pintu akan bercahaya biru dan terbuka, yang akan membawa ke makmal.
Trivia
- Dalam pertarungan akhir di antara Geng BoBoiBoy dengan Tengkotak, tempat tersebut gelap dalam treler rasmi, namun dalam filem, tempat tersebut diubah menjadi terang.