BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Raja Nukman Raja Mohd Noordin merupakan seorang kakitangan yang memegang beberapa peranan dalam syarikat Animonsta Studios.

Biografi[]

Raja Nukman merupakan seorang lulusan dari Universiti Teknologi MARA dalam jurusan Komunikasi & Latihan Instruksional dari tahun 2009 sehingga 2013. Beliau juga telah mempelajari Seni Permainan 3D di CG Skills iaitu sepanjang tahun 2010 sehingga 2011.

Kerjaya[]

Di syarikat Animonsta Studios, Raja Nukman berperanan sebagai seorang juruanimasi kanan. Selain itu, beliau juga melantunkan suaranya bagi watak Jokertu, MelonBot, Bikembar Biru, Kapten Vargoba, Burung Nuri Lanun dalam siri animasi BoBoiBoy Galaxy dan Gogobi dan Hang Kasa sewaktu muda dalam BoBoiBoy Movie 2.

Sebelum berkhidmat di Monsta, Raja Nukman telah menyumbangkan kemahirannya di Asia Media Animation Sdn. Bhd. selama setahun 6 bulan iaitu dari Januari 2012 sehingga Jun 2013.

Advertisement