Fandom

BoBoiBoy Wiki

Raksasa Bawang

380laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Raksasa Bawang
Watak BoBoiBoy
Onion Monster.png
Penampilan
sulung
"Robot Pango & Raksasa Bawang"
Penampilan
terakhir
"Robot Pango & Raksasa Bawang"

Raksasa Bawang merupakan seekor raksasa yang dicipta oleh Adu Du yang menyerupai bawang merah gergasi. Raksasa Bawang muncul pada Musim 3, Episod 14 dan telah menjadi ahli dalam Kumpulan Gerombolan Kejahatan.

Kuasa & Kebolehan

  • Gelombang Bawang: Raksasa Bawang melepaskan gelombang asap berwarna ungu yang teramat busuk dan dapat memedihkan mata sesiapa yang berada di sekelilingnya.
  • Serangan Gegelang Bawang: Menahan, mengikat atau melilit musuh dengan gegelung cahaya berwarna ungu.
  • Aura Bawang, Maksima: Mengeluarkan aura bauan bawang yang lebih banyak, lebih busuk dan dapat memedihkan mata sesiapa yang berada di sekelilingnya dengan aura yang lebih dahsyat.

Rupa

Raksasa Bawang tercipta daripada sebiji bawang melalui mesin penukar. Raksasa Bawang bertalangan leper dan tidak mempunyai jari dengan daun bawang sebagai jambul, mulut yang terjahit, dan tentakel yang dijadikan bebaling untuk terbang.

Perwatakan

Raksasa Bawang merupakan seekor raksasa yang berani, tetapi pantang jikalau ada makhluk lain mengatakannya hodoh. Dia seorang yang selalu tersenyum sinis dengan gelak jahatnya. Walau seberani manapun Raksasa Bawang, dia juga sedikit penakut apabila mendengar perkataan "memotong" atau "melumat" bawang.

Trivia

  • Selain daripada memanggil dirinya 'saya' atau 'aku', dia memanggil dirinya 'patik'.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak