BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Raksasa Bengkok merupakan musuh kepada Papa Zola dalam Komik Papa Zola sebagai antagonis utama.

Sejarah[]

Komik Papa Zola[]

Bahagian 1[]

Satu hari, sebuah asteroid terhempas di Planet Bumi dan mendedahkan Raksasa Bengkok. Di sana ia mengumumkan dirinya sebagai "Raksasa Bengkok" sebelum bertemu dengan Papa Zola. Ia mengejek Papa Zola sebagai "manusia hodoh" tetapi Papa berkata bahawa "Kebenaran tak pernah hodoh". Selepas menggunakan Silauan Kehenseman, Papa segera melakukan Tendangan Keinsafan ke arah Raksasa Bengkok. Namun ia menahan kaki Papa dan kelihatan sedang memakai cermin mata hitam. Papa cuba menyerang, namun gagal maka Raksasa Bengkok mengenakan Serangan Bengkok, Bertubi-tubi ke arah Papa.

Bahagian 2[]

Raksasa Bengkok meneruskan serangannya dengan Tendangan Padu Bengkok sehingga hampir melemahkan Papa apabila hidungnya mula berkelip-kelip. Ia membuatkan Raksasa Bengkok ketawa terbahak-bahak melihat itu maka membangkitkan keyakinan Papa. Hidungnya dipicit lalu mempersembahkan "Pembaris P Papa Zola". Papa berlari dengan pantas dan menggunakan senjatanya itu ke arah Raksasa Bengkok. Selepas kepulan asap hilang, Raksasa Bengkok berubah menjadi Raksasa Lurus lalu dijadikan pembantu Papa Zola.

Kebolehan[]

  • Cermin Mata Hitam: Sepasang cermin mata berwarna hitam yang membolehkannya untuk melihat serangan musuh dalam keadaan silau.
  • Serangan Bengkok, Bertubi-tubi: Tumbukan Raksasa Bengkok secara bertubi-tubi yang mana serangan ini sukar dijangka oleh musuhnya.
  • Tendangan Padu Bengkok: Teknik tendangan dengan pantas yang menyebabkan musuhnya jatuh ke belakang.

Kemunculan[]

BoBoiBoy[]

Komik[]

Trivia[]

  • Raksasa Bengkok merupakan musuh kedua kepada Papa Zola, selepas Raksasa Tidur dalam siri BoBoiBoy.
  • Raksasa Bengkok diberikan nama "Raksasa Lurus" oleh Papa Zola selepas ia dikalahkan.
  • Raksasa Bengkok dan Pembaris P Papa Zola telah disebut oleh Probe dalam Musim 2, Episod 3.
  • Raksasa Bengkok hanya muncul dalam buku komik Papa Zola yang eksklusif dalam Majalah Komik BoBoiBoy #1 dan #2.

Galeri[]

Advertisement