Fandom

BoBoiBoy Wiki

Raksasa Bawang

Dilencongkan dari Raksasa Gergasi Durjana

403laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Raksasa Bawang adalah seekor raksasa yang dicipta oleh Adu Du yang menyerupai bawang merah gergasi. Ia juga merupakan ahli dalam Kumpulan Gerombolan Kejahatan selain Tiga Rob.

Keupayaan

  • Gelombang Bawang: Raksasa Bawang melepaskan gelombang asap berwarna ungu yang teramat busuk dan dapat memedihkan mata sesiapa yang berada di sekelilingnya.
  • Serangan Gegelang Bawang: Menahan, mengikat atau melilit musuh dengan gegelung cahaya berwarna ungu.
  • Aura Bawang, Maksima: Mengeluarkan aura bauan bawang yang lebih banyak, lebih busuk dan dapat memedihkan mata sesiapa yang berada di sekelilingnya dengan aura yang lebih dahsyat.

Rupa

Raksasa Bawang tercipta daripada sebiji bawang melalui mesin penukar. Raksasa Bawang bertalangan leper dan tidak mempunyai jari dengan daun bawang sebagai jambul, mulut yang terjahit, dan tentakel yang dijadikan bebaling untuk terbang.

Perwatakan

Raksasa Bawang merupakan seekor raksasa yang berani, tetapi pantang jikalau ada makhluk lain mengatakannya hodoh. Dia seorang yang selalu tersenyum sinis dengan gelak jahatnya. Walau seberani manapun Raksasa Bawang, dia juga sedikit penakut apabila mendengar perkataan "memotong" atau "melumat" bawang.

Trivia

  • Selain daripada memanggil dirinya sebagai 'saya' atau 'aku', Raksasa Bawang juga memanggil dirinya sebagai 'patik'.

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak