BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Raksasa Gonohom merupakan seekor raksasa udang yang berasal dari permainan video Papa Zola: Kekasih Terang Benderang yang ditugaskan untuk menjaga Mama Zila, iaitu isteri kepada Papa Zola daripada terlepas dan menghancurkan dunia permainan itu.

Sejarah[]

BoBoiBoy[]

Dalam Papa Zola & Mama Zila, Papa Zola, BoBoiBoy dan Gopal menghampiri hujung peringkat pertama. Ketika BoBoiBoy pergi mendekati bendera, dia ditimpa oleh batu bergolek dan hilang satu nyawa. Kemudian mereka bertiga bertembung dengan seekor raksasa gergasi berupa udang karang. Papa Zola menyergah kepada raksasa itu supaya memulangkan "bini kebenaran", maka raksasa itu membalas bahawa mereka harus mengalahkannya sebelum dapat memulangkan Mama Zila, iaitu nama buah hati Papa Zola. Setelah puas bertukar kata cacian dan celaan, Papa Zola mengingatkan raksasa itu bahawa dia pernah sampai ke peringkat terakhir. Hal itu menyedarkan raksasa itu akan "budak hingusan" (iaitu Pakcik Kumar) yang berjaya sampai ke tahap itu hingga cemas. Apa-apa pun, raksasa udang tetap mencabar Papa Zola dan teman-temannya untuk bertarung di ambang peringkat terakhir, lalu ia melarikan diri. Papa Zola berasa terkejut, lalu menjerit "Tidak!" sekuat hati.

Seterusnya dalam Serangan Mama Zila, Pakcik Kumar, Adu Du dan Ochobot menghabiskan satu siang dengan bermain permainan video Papa Zola: Kekasih Terang-Benderang. Masing-masing mengawal Papa Zola, Gopal dan BoBoiBoy meredah pelbagai rintangan sambil mengambil tingkatan kuasa dan isian nyawa baru sehinggalah mereka mencapai peringkat terakhir iaitu Mahligai Syahdu. Di depan pintu istana itu mereka bertembung semula dengan makhluk udang karang dari awal permainan yang bergelar Raksasa Gonohom. Dengan itu, Pakcik Kumar menukar alat kawalan kepada pistol mainan. Permainan Pakcik Kumar rancak sekali, sentiasa melepaskan tembakan yang mengena musuh. Akan tetapi, Raksasa Gonohom melepaskan hembusan api yang kencang sehingga menyebabkan ketiga-tiga watak permainan kehilangan nyawa yang banyak. Maka Pakcik Kumar menggunakan dua pucuk pistol mainan untuk memperhebatkan serangannya sehinggalah Gonohom dijatuhkan.

Setelah Mama Zila keluar dari dunia permainan dan bertukar menjadi raksasa, Papa Zola telah memberitahu bahawa Raksasa Gonohom sebenarnya adalah raksasa yang baik kerana ia berusaha untuk menjaga Mama Zila bagi mengelakkannya terlepas dari dunia permainan supaya dunia permainan tidak dihancurkan olehnya.

Rupa[]

Rupa Raksasa Gonohom hampir mirip seperti seekor udang dan ketam, dengan mempunyai misai yang panjang dan penyepit sebagai tangannya. Kepalanya berbentuk lurus di atas. Hampir seluruh kulitnya berwarna merah dengan bintik-bintik putih kecil melainkan dari kulit tubuh badan hadapannya sehingga ke bawah hujung ekornya yang berwarna putih. Manakala kakinya pula mempunyai dua kuku yang panjang.

Perwatakan[]

Raksasa Gonohom kelihatan bengis pada awalnya kerana suka memerli Papa Zola dalam permainan video. Akhirnya, Papa memberitahu kepada anak muridnya bahawa Raksasa Gonohom sebenarnya merupakan raksasa yang baik dan dia cuma perlu menjaga Mama Zila dari terlepas dan menghancurkan dunia permainan video kerana OCD-nya ketika itu.

Trivia[]

  • Sebelum kemunculan pertamanya, Papa Zola telah menceritakan serba sedikit tentang Raksasa Gonohom.
  • Walaupun Raksasa Gonohom berupa seekor udang, namun ia mempunyai sepasang tangan dan kaki seperti seorang manusia.

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Raksasa Gonohom
Advertisement