FANDOM


Raksasa Gurunda adalah raksasa yang mendiami Planet Gurunda dan menyerupai seekor platipus (Ornithorhynchus Anatinus) di Bumi yang berbeza dari segi saiz dan warna bulu.

Sejarah

Raksasa Gurunda melakukan kemunculan sulugnya dalam Kembara Planet Gurunda di mana kadet baharu ahli TAPOPS iaitu BoBoiBoy dan Gopal diarahkan untuk pergi ke Planet Gurunda untuk mengesan lokasi Power Sphera di sana. Namun atas kecuaian mereka berdua yang tersalah anggap sebuah sfera putih adalah Power Sphera yang dicari-carinya, Raksasa Gurunda menjadi berang dan mula mengejar mereka berdua.

Anak Raksasa Gurunda cari mama.png

Anak Raksasa Gurunda.

Namun, Raksasa Gurunda berjaya ditenangkan oleh Yaya seketika dan pada masa yang sama telur tersebut pun menetas, tetapi anak Raksasa Gurunda menganggap Gopal sebagai ibunya dan mendatangkan kemarahan Raksasa Gurunda. Setelah itu, anaknya menggigit pula tangan kanan Gopal, menyebabkan Gopal memukulnya. Raksasa Gurunda kembali mengganas dan mula mengejar Gopal. BoBoiBoy, Yaya dan Ying mula mengambil tindakan untuk menyelamatkan Gopal dari dibaham Raksasa Gurunda. Perancangan teliti Ying dan Yaya dapat meperdayakan Raksasa Gurunda untuk masuk ke perangkap mereka yang mengikatnya dalam gumpalan gula-gula getah.

Akhirnya, Raksasa Gurunda kembali tenang apabila Gopal yang tidak sengaja mencampakkan anak Raksasa Gurunda ke gaung sanggup terjun dan menyelamatkan anaknya. Raksasa Gurunda pun memaafkannya, dengan meninggalkan gigitan pada tangan Gopal sebagai amaran.

Kebolehan

  • Tembakan Duri: Badan Raksasa Gurunda dilengkapi dengan duri yang membolehkannya menggunakan duri dibelakangnya sebagai alat pelancar untuk menyerang musuhnya yang berada diatasnya mahupun dihadapannya.
  • Penyelaman: Padang pasir di Planet Gurunda membolehkan Raksasa Gurunda menjadikan medan untuk menyelam dan menyerang dari dalam pasir.
  • Larian Pantas: Raksasa Gurunda dilengkapi dengan 6 kaki yang membolehkannya berlari dengan pantas.
  • Libasan Ekor: Raksasa Gurunda mempunyai ekor yang besar dan lebar yang diggunakan untuk mencipta gelombang (shockwave) bagi menyerang musuhnya.

Rupa

Raksasa Gurunda merupakan mahluk asing yang menduduki Planet Gurundadan menyerupai seekor platipus di Bumi namun berbeza dari segi saiz dan warna bulu (ungu). Raksasa Gurunda dilengkapi 6 kaki, muncung seekor itik dan ekor yang besar dan lebar. Di belakangnya turut dilengkapi duri-duri yang tajam untuk menyerang musuh.

Trivia

  • Dalam maklumat tentang Raksasa Gurunda dari tablet Cici Ko, ia menyatakan nama Raksasa Gurunda iaitu Raksasa Platipah.

Galeri

Video

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak