BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Raksasa Gurunda adalah raksasa yang mendiami Planet Gurunda dan menyerupai seekor platipus (Ornithorhynchus Anatinus) di Bumi yang berbeza dari segi saiz dan warna bulu.

Sejarah

Raksasa Gurunda muncul buat julung kalinya dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 3 di mana kadet baharu ahli TAPOPS iaitu Gopal dan BoBoiBoy di arahkan ke Planet Gurunda untuk mencari Sfera Kuasa yang berada di situ. Namun atas kecuaian Gopal dan BoBoiBoy, mereka tersalah anggap sebuah sfera putih adalah Sfera Kuasa dan telah mencuri telur Raksasa Gurunda. Oleh itu, Raksasa Gurunda menjadi berang dan mula mengejar mereka berdua.

Namun, Raksasa Gurunda dapat ditenangkan oleh Yaya dengan seketika dan telur tersebut pun menetas,tetapi aksi anak Raksasa Gurunda yang menganggap Gopal sebagai ibunya mendatangkan kemarahan terhadapnya. Raksasa Gurunda kembali mengganas dan mula mengejar Gopal. Oleh itu, BoBoiBoy, Yaya dan Ying harus menyelamatkan Gopal dari dibaham Raksasa Gurunda. Perancangan teliti Ying dan Yaya dapat meperdayakan Raksasa Gurunda untuk masuk ke perangkap mereka yang mengikatnya dalam gumpalan gula-gula getah.

Akhirnya, Raksasa Gurunda kembali tenang apabila Gopal yang tak sengaja mencampakkan anak Raksasa Gurunda ke gaung sanggup terjun dan menyelamatkan anaknya. Raksasa Gurunda pun memaafkan mereka dan mengigit tangan Gopal atas amarannya.

Keupayaan

  • Tembakan Duri: Badan Raksasa Gurunda dilengkapi dengan duri yang membolehkannya menggunakan duri dibelakangnya sebagai alat pelancar untuk menyerang musuhnya yang berada diatasnya mahupun dihadapannya.
  • Penyelaman: Padang pasir di Planet Gurunda membolehkan Raksasa Gurunda menjadikan medan untuk menyelam dan menyerang dari dalam pasir.
  • Larian Pantas: Raksasa Gurunda dilengkapi dengan 6 kaki yang membolehkannya berlari dengan pantas.
  • Libasan Ekor: Raksasa Gurunda mempunyai ekor yang besar dan lebar yang diggunakan untuk mencipta gelombang (shockwave) bagi menyerang musuhnya.

Rupa

Raksasa Gurunda merupakan mahluk asing yang menduduki Planet Gurundadan menyerupai seekor platipus di Bumi namun berbeza dari segi saiz dan warna bulu (ungu). Raksasa Gurunda dilengkapi 6 kaki, muncung seekor itik dan ekor yang besar dan lebar. Di belakangnya turut dilengkapi duri-duri yang tajam untuk menyerang musuh.

Trivia

  • Nama sebenar Raksasa Gurunda ialah Platipus mengikut maklumat dalam tablet Cici Ko.

Galeri

Advertisement