BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Raksasa Perisai ialah seekor raksasa yang dihantar oleh Ejo Jo untuk mengumpul segala perkembangan tentang kuasa BoBoiBoy dalam trilogi Jagalah Bumi.

Sejarah[]

BoBoiBoy[]

Episod Khas: Jagalah Bumi (Bahagian 1)[]

Raksasa Perisai sedang menuju ke Bumi melalui sebuah asteroid. Dia mendarat di hadapan Sekolah Rendah Pulau Rintis dan menyebabkan kawasan itu menjadi bersepah dengan sampah. BoBoiBoy dan kawan-kawan kemudian menemuinya dan bertanya apa yang dia mahukan. Raksasa Perisai terlebih dahulu memperkenalkan dirinya kepada mereka lalu dia berkata bahawa dia ingin membelasah BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Kemudian dia berubah dan masuk ke dalam perisainya dan menyerang mereka.

Episod Khas: Jagalah Bumi (Bahagian 2)[]

Raksasa Perisai terus menyerang dan berlawan dengan BoBoiBoy dan kawan-kawannya namun semua serangan mereka tidak berkesan. Namun, perisainya kemudian ditukarkan menjadi keropok lekor oleh Gopal. Dengan perisainya telah menjadi makanan, dia membuat perisai baru dengan menggunakan sampah-sampah sehingga terbentuknya sebuah perisai. Melihat perkara itu, Yaya dan Ying serta Gopal bersama-sama membersihkan kawasan Pulau Rintis dengan bantuan penduduk setempat untuk mengelakkan Raksasa Perisai mencipta perisai baru lagi sementara BoBoiBoy dan Fang berlawan dengan raksasa itu. Kemudian, Adu Du dan Probe muncul memperkenalkan diri sebagai Superjahat Jero-Jero dan membantu Raksasa Perisai. Tetapi, disebabkan kawasan persekitarannya telahpun bersih dan semua sampah telah dikitar semula, Raksasa Perisai tidak dapat membentuk perisai baru dan akhirnya dia dikalahkan oleh BoBoiBoy dan kawan-kawannya.

Episod Khas: Jagalah Bumi (Bahagian 3)[]

Raksasa Perisai telah dirancang untuk tampil sebagai banduan istimewa dalam acara Karnival Hari Bumi di Sekolah Rendah Pulau Rintis pada pukul 10 pagi. Namun, Adu Du dan Probe telah menyelinap masuk ke belakang pentas untuk mencari dan menyelamatkannya dengan bersembunyi di dalam maskot Bumi. Iwan yang menyedari hal itu menggunakan pembesar suara untuk memanggil BoBoiBoy, lalu mendedahkan identiti maskot itu. Para pengunjung terkejut setelah melihat mereka dan berasa takut. Adu Du beralih ke pelan B iaitu meminta Raksasa Perisai untuk menyerang dan membelasah BoBoiBoy, tetapi dia berkata bahawa kontrak perlawanannya dengan BoBoiBoy telah tamat "semalam" maka tugasnya telah selesai. Oleh itu, Adu Du dan Probe menembak replika Bumi yang telah diisi dengan besi dan simen lalu melarikan diri bersama Raksasa Perisai.

Kemudian di hadapan Markas Kotak, Adu Du telah membelikan Raksasa Perisai sebuah pod angkasa untuk membantunya kembali ke angkasa. Raksasa Perisai mengucapkan terima kasih kepada mereka lalu memberitahu bahawa tugasnya datang ke Bumi adalah untuk mengumpulkan segala data kekuatan dan perkembangan tentang BoBoiBoy. Dia berharap bosnya akan memberikan bonus lebih kepadanya kerana telah berjaya menyelesaikan misinya. Kemudian mereka yang masih ingin tahu bertanya siapakah bosnya, lalu Raksasa Perisai memberitahu bahawa bosnya ialah kawan lama Adu Du iaitu Ejo Jo maka mengejutkan Adu Du dan Probe dan membuatkan mereka panik sementara Raksasa Perisai meminta diri lalu berlepas ke angkasa.

Kebolehan[]

  • Serangan Penyepit Kepit: Raksasa Perisai menggunakan serangan penyepit pada tangan perisainya.
  • Putaran Perisai: Raksasa Perisai menukarkan perisainya menjadi bola, kemudian berputar bagi menyerang dan menangkis semua serangan musuhnya.
  • Penyepit 30 Tan: Raksasa Perisai menyepit musuhnya dengan kekuatan 30 tan.
  • Tembakan Pemejal: Dengan perisai yang diperbuat dari sampah, Raksasa Perisai menembak pemejal yang banyak.
  • Tembakan Sampah: Raksasa Perisai menggunakan tangannya untuk menembak sampah secara rambang.
  • Sedutan Perisai: Raksasa Perisai menyedut sampah di sekelilingnya bagi mengukuhkan lagi perisai sampahnya.
  • Serangan Penyepit Pemecah: Raksasa Perisai menyepit musuhnya dengan kuat, lalu memecahkannya dengan melepaskannya dengan sangat kuat.
  • Pengikat Plastik: Raksasa Perisai melepaskan ikatan dan mengikat musuhnya dengan plastik hitam.
  • Lemparan Perisai: Raksasa Perisai melontarkan sebahagian daripada perisainya sebagai serangan.

Trivia[]

  • Nama penuhnya ialah Presai Si Raksasa Perisai seperti yang dinyatakan dalam Episod Khas: Jagalah Bumi (Bahagian 1).
  • Ia didedahkan bahawa dia hanya menyerang BoBoiBoy sepanjang kontraknya dengan Ejo Jo sahaja untuk mengumpulkan data kekuatan dan perkembangan BoBoiBoy yang tamat dalam peristiwa Episod Khas: Jagalah Bumi (Bahagian 2).
  • Raksasa Perisai adalah watak kedua dalam siri BoBoiBoy yang menggunakan panggilan "bro" selepas Bagu Gu dalam 5 Panglima Scammer.
  • Adu Du dan Probe membantu Raksasa Perisai kerana mereka membantu kejahatan, tetapi mereka tidak tahu bahawa Ejo Jo ialah bosnya sehingga ia didedahkan olehnya.
  • Raksasa Perisai mempunyai suara gelakan yang pelik dan menggunakan loghat Texas.
  • Raksasa Perisai merupakan salah satu dari lima penjahat baru dalam 5 Sebab Untuk Menonton BoBoiBoy.
  • Raksasa Perisai ialah watak kedua yang tidak dihukum atas perbuatan kejahatannya, didahului oleh Ibu Bu.

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Raksasa Perisai

Gambar promosi[]

Cekupan skrin[]

Advertisement