Raksasa Perisai ialah seekor raksasa yang dihantar oleh Ejo Jo untuk mengumpul segala perkembangan tentang kuasa BoBoiBoy dalam trilogi Jagalah Bumi.
Sejarah
BoBoiBoy
Episod Khas: Jagalah Bumi (Bahagian 1)
Raksasa Perisai menuju ke Bumi melalui sebuah asteroid. Dia mendarat di hadapan Sekolah Rendah Pulau Rintis. Lalu, BoBoiBoy dan kawan-kawannya menemuinya dan bertanya apa yang dia mahukan. Lalu dia berkata bahawa dia ingin menyerang BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Kemudian dia berubah dan menyerang mereka.
Episod Khas: Jagalah Bumi (Bahagian 2)
Raksasa Perisai terus menyerang BoBoiBoy dan kawan-kawannya sehinggalah perisai logamnya ditukarkan menjadi makanan. Kemudian, dia membuat perisai baru dengan menarik sampah-sampah yang berdekatan dan menggabungkan mereka untuk membentuk perisai. Melihat perkara ini, Yaya, Ying dan Gopal bersama-sama membersihkan kawasan Pulau Rintis dengan bantuan penduduk setempat bagi mengelakkan Raksasa Perisai mencipta perisai lagi sementara BoBoiBoy dan Fang berlawan dengan raksasa itu. Adu Du dan Probe datang sebagai Superjahat Jero Jero dan membantu raksasa itu. Tetapi, disebabkan kawasan sekitarnya bersih dan sampah-sampah telah dikitar semula, Raksasa Perisai tidak dapat membentuk perisai dan kalah kepada BoBoiBoy dan kawan-kawannya.
Episod Khas: Jagalah Bumi (Bahagian 3)
Raksasa Perisai adalah dijangka untuk muncul dalam acara Karnival Hari Bumi di Sekolah Rendah Pulau Rintis pada pukul 10 pagi. Namun, Adu Du dan Probe datang di belakang pentas untuk mencari dan melepaskannya dengan bersembunyi dalam maskot Bumi. Tetapi Iwan menggunakan pembesar suara untuk memanggil BoBoiBoy, mendedahkan identiti maskot itu. Para pengunjung terkejut apabila melihat mereka dan berasa takut. Lalu, Adu Du meminta Raksasa Perisai untuk menyerang BoBoiBoy, tetapi dia mengatakan bahawa kontraknya dengan bosnya telah tamat "semalam". Jadi, Adu Du dan Probe menyerang replika Bumi dan berlari bersama-sama.
Sewaktu di hadapan Markas Kotak, Adu Du telah membina platform roket untuk membantu Raksasa Perisai kembali ke angkasa. Raksasa Perisai mengucapkan terima kasih lalu memberitahu kepada mereka bahawa tugasnya datang ke Bumi adalah mengumpul segala perkembangan tentang kuasa BoBoiBoy dan berharap bosnya akan memberikan bonus lebih kepadanya kerana telah berjaya menyelesaikan misinya. Kemudian mereka bertanya siapa bosnya dan Raksasa Perisai memberitahu bahawa bosnya ialah kawan lama Adu Du iaitu Ejo Jo dan Adu Du dan Probe sangat terkejut. Raksasa Perisai kemudian memasuki ke dalam roket dan berlepas ke angkasa sementara Adu Du dan Probe menjerit "Ejo Jo nak datang" ke udara.
Senjata
- Serangan Penyepit Kepit: Raksasa Perisai menggunakan serangan penyepit pada tangan perisainya.
- Putaran Perisai: Raksasa Perisai menukarkan perisainya menjadi bola, kemudian berputar bagi menyerang dan menangkis semua serangan musuhnya.
- Penyepit 30 Tan: Raksasa Perisai menyepit musuhnya dengan kekuatan 30 tan.
- Tembakan Pemejal: Dengan perisai yang diperbuat dari sampah, Raksasa Perisai menembak pemejal yang banyak.
- Tembakan Sampah: Raksasa Perisai menggunakan tangannya untuk menembak sampah secara rambang.
- Sedutan Perisai: Raksasa Perisai menyedut sampah di sekelilingnya bagi mengukuhkan lagi perisai sampahnya.
- Serangan Penyepit Pemecah: Raksasa Perisai menyepit musuhnya dengan kuat, lalu memecahkannya dengan melepaskannya dengan sangat kuat.
- Pengikat Plastik: Raksasa Perisai melepaskan ikatan dan mengikat musuhnya dengan plastik hitam.
- Lemparan Perisai: Raksasa Perisai melontarkan sebahagian daripada perisainya sebagai serangan.
Trivia
- Raksasa Perisai adalah watak kedua dalam siri BoBoiBoy yang menggunakan panggilan "bro" selepas Bagu Gu dalam Musim 3, Episod 8.