Fandom

BoBoiBoy Wiki

Rancangan Adu Du

379laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

0314 petik rambut.png

Semenjak Adu Du datang ke planet Bumi, dia telah membuat beberapa rancangan jahat yang sudah semestinya untuk menentang BoBoiBoy.

Musim 1

Musim 1, Episod 1

Adu Du membuat pengumuman melalui siaran TV yang ditujukan kepada penduduk bumi supaya penduduk bumi menyerahkan kesemua biji koko kepadanya. Kemudian, Adu Du mengarahkan Probe untuk mencuri koko dari kedai Tok Aba untuk mengaktifkan Bola Kuasa, (Ochobot).

Musim 1, Episod 2

Adu Du cuba menculik Ochobot. Adu Du juga mengarahkan Robot Hamba untuk mencuri koko lagi.

Musim 1, Episod 3

Adu Du menghantar raksasa Multi-Monster untuk mengalahkan BoBoiBoy.

Musim 1, Episod 4

Adu Du menculik rakan-rakan BoBoiBoy. Dimulai dengan Ying, Yaya dan akhir sekali Gopal. Selain itu, Adu Du juga cuba untuk mengetahui kuasa Gopal yang sebenar.

Musim 1, Episod 5

Adu Du cuba membuat resepi kokonya sendiri dan juga cuba mencuri resepi rahsia Tok Aba. Selain itu, dia telah berjaya menculik BoBoiBoy Petir.

Musim 1, Episod 6

Adu Du memeras ugut BoBoiBoy Petir agar memberikan resepi rahsia koko Tok Aba. Dia juga membohongi BoBoiBoy Halilintar bahawa Tok Aba dan kawan-kawannya sebenarnya adalah musuh ketatnya dan Adu Du adalah rakan baiknya sehingga BoBoiBoy Halilintar dapat gelaran Ada Da.

Musim 1, Episod 7

Adu Du menyedut BoBoiBoy dan Gopal ke dalam permainan video dan cuba untuk mengalahkan mereka di dalam video game tersebut.

Musim 1, Episod 8

Adu Du menyuruh Raksasa Tidur yang terkeluar dari video game (bersama Papa Zola) untuk mengalahkan BoBoiBoy dan rakan-rakannya.

Musim 1, Episod 9

Adu Du cuba mengalahkan BoBoiBoy dan kawan-kawannya di dalam permainan dam haji dengan menyuruh Raksasa Tidur untuk menjadikan Adu Du sebagai Super Adu Dududududu dan bermain kotor dalam permainan tersebut.

Musim 1, Episod 10

Adu Du menyuruh Probe mencuri kesemua surat-surat peminat BoBoiBoy dan menjawabnya dengan cara biadap. Namun, sebaliknya yang berlaku. Probe dan Komputer menjawab dengan jujur.

Musim 1, Episod 11

Adu Du menjadikan BoBoiBoy Angin hilang kawalan emosi dengan mencipta "Cecair Emosi X", lalu dimakan oleh BoBoiBoy Angin melalui biskut Yaya.

Musim 1, Episod 12

Adu Du membeli senjata daripada penjual senjata haram Bago Go untuk mengalahkan BoBoiBoy dan rakan-rakannya.

Musim 1, Episod 13 (episod terakhir)

Adu Du menghapuskan BoBoiBoy dan rakan-rakannya dengan menggunakan Robot Pemusnah Mukalakus (yang telah diberi secara percuma oleh Bago Go kerana Probe menjadi pembeli ke-10 yang membeli "Sudip Elektrik").

Musim 2

Musim 2, Episod 1

Adu Du berdendam untuk menghapuskan BoBoiBoy sejurus selepas mengetahui bahawa BoBoiBoy telah kembali ke Pulau Rintis.

Musim 2, Episod 2

Adu Du cuba menyerang BoBoiBoy semasa di dalam rumah hantu.

Musim 2, Episod 3

Adu Du merancang untuk mengalahkan BoBoiBoy di dalam satu perlawanan bola sepak yang akan diadakan di padang Sekolah Rendah Pulau Rintis.

Musim 2, Episod 4

Adu Du bersama Probe telah bergabung dengan Fang untuk mengalahkan pasukan BoBoiBoy di dalam perlawanan bola sepak.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak