FANDOM


OldTown White Coffee's Superhero Elemen Episod 5
Rintangan Gergasi.jpg
Tajuk Rintangan Gergasi
Durasi
tayangan
02:33
Panduan Episod
Sebelumnya
Adu Du Kembali Lagi!
Seterusnya
Episod Finale!

Rintangan Gergasi merupakan episod ke-5 dalam siri pendek OldTown White Coffee's Superhero Elemen.

Plot

Selepas Adu Du membuka matanya, dia mendapati bahawa dia juga telah menjadi kecil. Kemudian Adu Du bangun dan muncul pula semut gergasi di belakangnya. Adu Du berasa takut lalu melarikan diri sementara semut itu mengejar Adu Du sehingga Adu Du terjatuh dan menyangka bahawa dia akan dimakan oleh semut itu. Akan tetapi, rupa-rupanya semut itu hanya menggesel-geselkan antenanya ke antena Adu Du. Adu Du berasa pelik, tidak tahu apa kena dengan semut itu. Tetapi sebaik sahaja melihat antena semut itu, Adu Du mendapat satu idea untuk memasangkan alat kawalan pada semut itu. Sementara itu, BoBoiBoy memberitahu kepada Terra, Coral dan Oake untuk cari dan dapatkan pistol pengecil Adu Du untuk menjadi besar semula. Namun, Coral tertanya-tanya di mana terletaknya pistol pengecil itu kerana rumput terlalu panjang dan menjadi penghalang bagi mereka untuk mencari pistol itu. Oake lantas memainkan Ukulelenya untuk menolak rumput-rumput yang panjang itu dan membuatkan BoBoiBoy dan Terra berasa kagum. Sebaik sahaja nampak keberadaan pistol pengecil Adu Du itu, mereka pantas berlari untuk mendapatkannya, namun Adu Du muncul dengan menunggang seekor semut yang dikawal olehnya. Semut itu segera menyerang, tetapi mujur mereka sempat mengelak. BoBoiBoy ingin menyerang semula semut itu, tetapi sempat dihalang oleh Coral yang berkata semut itu tidak bersalah. Semut itu dikawal dan diberikan perintah lagi oleh Adu Du untuk memenyekkan mereka.

Video

Oldtown White Coffee's Superhero Elemen Episod 5 Rintangan Gergasi02:33

Oldtown White Coffee's Superhero Elemen Episod 5 Rintangan Gergasi

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak