BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Rintis Bank, juga dikenali sebagai Bank Pulau Rintis merupakan satu-satunya bank yang terletak di Pulau Rintis.

Sejarah[]

BoBoiBoy[]

Dalam Musim 3, Episod 7, Rintis Bank pernah menjadi tempat persembunyian Tiga Rob setelah rancangan mereka untuk mencuri meter parkir gagal. Mereka telah mengambil penduduk yang berada di dalam bank sebagai tebusan dan kesemua mereka bersembunyi di dalam bilik kebal apabila mengetahui tentang kehadiran pihak polis. Setelah BoBoiBoy mendapat tahu tentang kes ini dan segera pergi ke bank, dia mendapat satu akal yang bernas untuk memberkas Tiga Rob iaitu dengan menutup pendingin hawa di dalam bilik kebal untuk membuatkan mereka berasa sangat panas, maka memaksa mereka untuk meminta minuman-minuman sejuk secara percuma dari BoBoiBoy. Rancangan ini nyata berhasil apabila mereka meminum terlalu banyak air dan ingin pergi ke tandas. Ini juga memaksa mereka untuk keluar dari bilik kebal dan tanpa disedari mereka, polis membawa mereka ke dalam trak polis dan akhirnya mereka dibawa ke penjara.

Kakitangan[]

  • Pengurus bank: Dia merupakan pengurus bank bernama Shamsul Rizal Sabri. Apabila Tiga Rob masuk ke dalam bank untuk menjadikan pelanggannya serta dia menjadi tebusan, mereka telah ditahan dalam bilik kebal. Selepas diselamatkan oleh BoBoiBoy dan kawan-kawan, mereka bebas dari perompakan bank.
  • Pengawal keselamatan: Dia yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan bank. Apabila Tiga Rob tiba di depan bank, dia tengok jam tangannya dan meninggalkan bank dengan masa yang tepat.
Advertisement