Roberto Santana merupakan ketua perompak dalam Geng RDB yang muncul dalam musim ke-3 siri BoBoiBoy dan BoBoiBoy: The Movie.
Sejarah
BoBoiBoy
Dalam Musim 3, Episod 7, Tiga Rob mencuba untuk mencuri meter parkir. Tetapi, mereka melihat seorang polisi berada di sini, jadi mereka pergi ke bank untuk sembunyi di bilik kebal.
Dalam Musim 3, Episod 14, Tiga Rob sekarang ahli dalam Kumpulan Gerombolan Kejahatan dan membalas dendam kepada Geng BoBoiBoy.
Dalam Musim 3, Episod 18, Tiga Rob menggunakan Robot Pango untuk merampas semua burger daripada Burgerriak. Akhirnya mereka dihentikan oleh BoBoiBot Api dan Adu Du.
BoBoiBoy: The Movie
Tiga Rob sekali lagi muncul sebagai watak kecil dan juga sebagai Geng Rompak Dobi Bersiri yang menyebabkan berlakunya aksi kejar mengejar antara polis dan perompak namun niat mereka gagal apabila diberkas oleh BoBoiBoy dan pihak polis yang lain.
Rupa
Roberto Santana memakai topi yang berwarna perang yang menutupi rambutnya, memakai topeng muka yang pendek, dan memakai baju yang berwarna merah. Dia memakai sarung tangan berwarna kelabu dan seluar berwarna kelabu gelap serta kasut berwarna perang.
Perwatakan
Seorang yang bijak merancang, tegas dan tidak suka berputus asa dalam melaksanakan rancangannya.
Kemunculan
BoBoiBoy
Musim 3
Filem
Trivia
- Ia tidak diketahui jika Roberto Santana itu nama betul atau tidak.
- Robert bilang namanya macam artis.
- Walaupun Roberto adalah seorang perompak, namun dia tetap menjaga kesihatan tubuh badannya.
- Semasa persembahan Kumpulan Gerombolan Kejahatan dalam Musim 3, Episod 14, Roberto melakukan gaya yang menyerupai gaya burung.