BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Robolabolabolabolabot Super King merupakan cantuman Probe dengan dua buah robot bernama Robolabot. Robolabolabolabolabot Super King muncul pada Musim 2, Episod 4 untuk mengalahkan pasukan BoBoiBoy dalam permainan bola sepak dengan cara bermain kotor.

Kebolehan

Walaupun Robolabolabolabolabot Super King tidak mempunyai sebarang kuasa, tetapi dia mampu menendang sebiji bola dengan kuat sehingga dapat mengoyakkan jaring pawang gol padang Sekolah Rendah Pulau Rintis dengan meninggalkan sedikit bara api.

Rupa

Walaupun Probe kelihatan tidak dinaik taraf ketika penggabungan, namun dia mempunyai sepasang tangan dan sepasang kaki yang sebelah kiri berwarna biru manakala sebelah kanan pula berwarna kuning, hasil daripada penggabungan kedua-dua Robolabot. Pada bahagian kepalanya, terdapat plat besi berwarna kuning dan biru di kedua-dua belah dahi dengan duri yang tajam dicantum bersamanya.

Trivia

  • Pertukaran ini adalah satu-satunya pertukaran yang tidak memerlukan koko Tok Aba kerana ianya merupakan gabungan antara dua robot.
Advertisement