Fandom

BoBoiBoy Wiki

Robot Pango

401laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Robot Pango adalah sebuah robot yang dibeli oleh Adu Du daripada Bago Go dan kemudiannya menghadiahkan kepada Tiga Rob setelah menolong mereka melepaskan diri dari penjara. Dengan itu, Tiga Rob yang mengawal Robot Pango telah menjadi ahli Kumpulan Gerombolan Kejahatan.

Kuasa dan Keupayaan

  • Bola Perisai: Robot Pango menghasilkan perisai sekeras berlian bagi mempertahankan dirinya.
  • Putaran Tenggiling Guling: Putaran kencang dalam bentuk bola untuk menepis serangan lawan.
  • Serangan Lidah: Lidah panjang yang dikeluarkan dari mulutnya untuk mencengkam musuhnya.
    • Serangan Lidah Pango: Teknik yang sama seperti Serangan Lidah.
  • Lilitan Lidah: Sedikit berbeza daripada Serangan Lidah. Lilitan Lidah digunakan untuk melilit musuh dan kemudian menghempasnya ke sana dan ke sini.
  • Gulingan Penggelek: Mengguling seperti bola untuk menyerang musuh atau menepis serangan serta memenyekkan lawan yang berada di laluannya.

Rupa

Robot Pango mempunyai rupa yang hampir sama dengan tenggiling gergasi yang mengenakan badan berwarna merah dengan gabungan besi berwarna perak dan emas yang menghiasi badan Robot Pango. Iris matanya pula berwarna merah terang.

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak