Robot Perisai Tempur Angkasa I, yang juga dikenali dengan singkatan Robot PETAI atau Robot Tempur merupakan sebuah robot tempur yang bertuankan Ejo Jo. Walaupun dia sejenis dengan Probe, namun PETAI jauh lebih kuat dan berkebolehan jika dibandingkan dengan Super Probe sekalipun.
Sejarah
BoBoiBoy
Musim 2, Episod 10
Robot PETAI muncul secara ringkas sebagai salah satu persediaan Ejo Jo untuk berhadapan dengan musuh-musuh barunya di Bumi.
Musim 2, Episod 12
Robot PETAI diseru oleh Ejo Jo untuk menunjukkan rupa Robot Tempur sebenar dengan memberitahu namanya dan membuatkan semua pelajar tertawa. Ejo Jo geram selepas nama robotnya dipermainkan lalu memerintahkannya untuk menyerang 'si robot kutip'. PETAI dengan mudah mengalahkan Super Probe. Kemudian, PETAI diarahkan untuk menyerang Adu Du dan sesempat PETAI melepaskan pancaran laser ke arah Adu Du, ia ditampan oleh Super Probe yang bangun lagi untuk melindungi bosnya dan menyebabkan kemusnahan Probe.
Seterusnya, PETAI berlawan dengan Geng BoBoiBoy yang pada mulanya dianggap kalah dalam pertarungan, namun dia bangkit semula dan menumpaskan Gopal, Ying dan Yaya. Selepas mengetahui lokasi Ochobot di kedai Tok Aba, Ejo Jo menyuruh PETAI untuk menangkapnya lalu PETAI menggerudi tanah untuk melaksanakannya tetapi kemudian dia berjaya diselamatkan oleh Fang. PETAI kemudiannya menggerudi lagi untuk meruntuhkan bangunan Sekolah Rendah Pulau Rintis dan akhirnya menangkap rakan-rakan kelas BoBoiBoy untuk dijadikan tebusan.
Musim 2, Episod 13
Robot PETAI sekali lagi diseru turun untuk berlawan dengan BoBoiBoy, namun PETAI telah diperangkap di dalam tanah seperti yang dirancang oleh BoBoiBoy. Tetapi PETAI dapat melepaskan diri dan berlawan dengan serangan Golem Tanah dan Gerudi Taufan serta Hujan Halilintar, namun semuanya tidak berkesan. Aura Perisai PETAI sekali lagi cuba untuk dipecahkan dengan Gerakan Kombo di antara BoBoiBoy Halilintar, BoBoiBoy Taufan dan BoBoiBoy Gempa. Persiai itu hampir berjaya dipecahkan, namun PETAI dapat memulihkan perisainya semula. Akhirnya, Fang muncul dengan mengeluarkan Naga Bayang dan memusnahkan PETAI dan tenaga kornya terjatuh di atas tanah.
Musuh Baru Dan Lama
Lima unit Robot PETAI dilancarkan oleh Ejo Jo yang bertujuan untuk menyerang BoBoiBoy dan rakan-rakan. Namun, disebabkan oleh Kapten Kaizo telah mengalahkan Ejo Jo, kelima-lima Robot PETAI bertindak melancarkan serangan ke arah Kaizo. Walau bagaimanapun, Lahap tiba dan menyedut semua serangan, lalu melepaskannya ke arah mereka dan menyebabkan mereka semua musnah dalam satu tembakan.
Senjata dan Kebolehan
PETAI mempunyai beberapa laras meriam di belakangnya untuk menyerang musuh daripada jauh dan mempunyai berpuluh-puluh roket di dalam badannya.
- Laser Pemusnah: Dengan menggunakan empat muncung meriam, PETAI boleh menembak laser api merah ke arah musuhnya dari jarak yang jauh.
- Aura Perisai: Perisai yang berwarna ungu dan berbentuk sfera yang menjadi pertahanan bagi PETAI daripada serangan musuh.
- Penggerudi: Dengan menukarkan tangannya menjadi gerudi, PETAI menggunakannya untuk menggerudi di dalam tanah.
- Pelancar Roket: Dengan melancarkan beberapa siri roket pemusnah daripada pelancar yang terletak pada bahunya, PETAI boleh menyerang musuhnya dengan berbilang roket pemusnah.
- Terbang: Robot PETAI juga boleh terbang ke udara dengan menggunakan beberapa roket di belakangnya.
Rupa
PETAI mempunyai warna yang serba biru gelap dan kelabu yang dilengkapi dengan puluhan laras senjata yang dapat mengeluarkan peluru dan pancaran laser. Wajahnya sedikit berlainan daripada Probe, lengkungan gigi pada mulutnya lebih pendek, mata yang berwarna merah, dan mempunyai dua tanduk kecil berwarna kuning.
Perwatakan
Berbeza dengan Probe, PETAI tidak mempunyai kebolehan untuk bercakap dan tidak mempunyai akal dan perasaan. Disebabkan oleh itu, dia melaksanakan perintah Ejo Jo tanpa sebarang keraguan. PETAI juga dilihat hanya akan bertindak selepas diberikan arahan oleh tuannya.
Kemunculan
BoBoiBoy
Musim 2
Musim 3
Trivia
- PETAI adalah robot tempur yang versinya lebih canggih jika dibandingkan dengan Probe dengan kelengkapan senjata yang banyak dan perisai.
- PETAI merupakan watak robot kedua yang tidak mempunyai suara sepanjang kemunculannya, selepas Robot Pemusnah Mukalakus.
- Walaupun begitu, PETAI telah menjerit "Serang" dalam Musim 3, Episod 24.
- Petai merupakan nama makanan di Malaysia, Indonesia dan negara-negara yang terletak di Asia Tenggara seperti Thailand, yang menjelaskan sebab BoBoiBoy dan rakan-rakan sekelas tergelak setelah mendengar nama robot ini.