Fandom

BoBoiBoy Wiki

Sfera Kuasa

365laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

"Power Sphera adalah robot berteknologi tinggi yang mengandungi kuasa-kuasa yang hebat... Menjadi rebutan ramai... Power Sphera telah lari dan bersembunyi di sekitar galaksi... Satu persatu Power Sphera telah diburu dan dijumpai oleh kuasa jahat... Kini, Power Sphera digunakan untuk kemusnahan dan kehancuran sejagat... Ini adalah kisah pengembaraan seorang superhero bumi, BoBoiBoy dalam misi untuk menyelamatkan Power Sphera dan mempertahankan galaksi..."

Cici Ko, BoBoiBoy Galaxy Episod 01

Sfera Kuasa/Power Sphera ialah robot-robot yang mempunyai kuasa tersendiri dan merupakan pelindung seluruh galaksi.

Sejarah

Apabila Planet Ata Ta Tiga diserang oleh alien yang jahat, bangsa Kubulus telah mengumpul semua pakar untuk mencipta senjata terulung di bawah prgoram Sfera Kuasa. Akhirnya, terciptalah Klamkabot, iaitu Sfera Kuasa generasi pertama. Alien-alien yang jahat cuba menghancurkan Klamkabot, tetapi mereka gagal dan kalah. Mereka yang lainnya bersama-sama membina semula Planet Ata Ta Tiga.

Planet Ata Ta Tiga yang kini menjadi lebih maju dan hebat daripada sebelumnya. Selepas kelahiran Klamkabot, kini terciptalah juga Sfera-Sfera Kuasa generasi yang baru. Semenjak itu, Sfera Kuasa kini telah menjadi sebahagian daripada hidup bangsa Kubulus. Walau bagaimanapun, dengan kebolehan mereka sehebat itu, bangsa Kubulus kini menjadi gila kuasa. Setiap Sfera Kuasa diprogramkan semula menjadi senjata pemusnah. Bangsa Kubulus telah menjadi empayar penakluk baru di antara galaksi.

Klamkabot tidak mempersetujui dengan tindakan yang dilakukan oleh empayar baru Kubulus itu kerana Sfera-sfera Kuasa sepatutnya menjadi pelindung galaksi, bukannya penentang utama. Tetapi kali ini, empayar baru Kubulus lebih bersedia dalam melaksanakan rancangan mereka.

Demi menyelamatkan Sfera-sfera Kuasa yang tinggal, Klamkabot menggunakan kuasa teleportasi dengan saki baki kuasa yang ada padanya. Sfera-sfera Kuasa dihantar ke seluruh pelusuk galaksi dan akhirnya diri Klamkabot sendiri. Sebelum melarikan diri, Klamkabot telah berjanji yang dia tidak akan membenarkan satu Sfera Kuasa pun jatuh ke tangan mereka yang jahat.

Semenjak daripada hari itu, empayar Kubulus telah mengarahkan semua Sfera Kuasa diburu dan ditangkap, sehinggalah ke hari ini.

Dipetik daripada Komik Prolog dalam buku "Komik Adaptasi BoBoiBoy: Sfera Kuasa".

Produksi

Seperti yang ditunjukkan dalam filem BoBoiBoy: The Movie dan penyesuaian buku komik BoBoiBoy: Sfera Kuasa, semua Sfera Kuasa (termasuk Ochobot dan Klamkabot) dicipta di Lab Sfera Kuasa yang terletak di Pulau Terapung. Dahulunya pulau ini digunakan oleh pakar-pakar bangsa Kubulus, tetapi telah ditinggalkan oleh pemiliknya sendiri. Lab itu kini dijaga oleh Penjaga Lab Sfera Kuasa.

Sfera-Sfera Kuasa

  • Ochobot - Sfera Kuasa generasi ke-9.
  • Klamkabot - Sfera Kuasa generasi pertama.
  • Motobot - Sfera Kuasa generasi ke-8.
  • Bellbot

Kuasa-kuasa

Setiap Sfera Kuasa mempunyai kuasa mereka tersendiri. Sebagai contoh:

  • Ochobot berupaya untuk menukarkan dirinya kepada sebiji bola sepak. Seperti yang dilakukan oleh Ochobot pada Musim 1, Episod 1 dan Musim 1, Episod 2.
  • Klamkabot mempunyai Kuasa Teleportasi sendiri sebelum ianya diberikan kepada Ochobot dalam BoBoiBoy: The Movie untuk menghidupkannya semula.

Keupayaan Sfera-Sfera Kuasa

  • Sesetengah Sfera Kuasa berkeupayaan untuk terbang dan terapung di atas udara.
  • Boleh mengimbas seseorang manusia atau objek.
  • Boleh memaparkan imej-imej dan video dalam bentuk skrin atau hologram.
  • Boleh menggodam mesin-mesin tertentu seperti yang dilakukan oleh Ochobot pada Musim 3, Episod 1.
  • Boleh memindahkan tenaga mereka untuk satu sama lain.
  • Sesetengah Sfera Kuasa juga mempunyai senjata tersendiri.

Kuasa pemberian daripada Sfera-Sfera Kuasa

Selain menggunakan kuasa untuk diri sendiri, Sfera-Sfera Kuasa juga boleh memberikan kuasa mereka kepada tuannya. Kuasa-kuasa yang diberikan oleh mereka biasanya berbentuk jam tangan yang dipanggil sebagai Power Band ataupun Jam Kuasa.

Seperti yang dinyatakan pada Musim 1, Episod 1 dan Musim 1, Episod 3, Sfera-Sfera Kuasa diprogramkan untuk memberikan kuasa kepada tuannya. Walaupun Ochobot diaktifkan oleh Adu Du dengan mencuri dan menggunakan koko Tok Aba, namun Ochobot menyangka bahawa BoBoiBoy adalah tuannya kerana BoBoiBoy adalah manusia pertama yang dilihat olehnya selepas ia membuka matanya. Oleh itu, Ochobot mengekori BoBoiBoy pulang ke rumahnya dan memberikan kuasa kepada BoBoiBoy.

Selain daripada tuannya, Sfera-Sfera Kuasa juga boleh memberikan kuasa mereka kepada orang lain atau Sfera Kuasa lain sebelum merasakan bahawa mereka layak menggunakan kuasa itu ataupun tidak.

Senarai kuasa yang diberikan oleh Sfera-Sfera Kuasa

  • Daripada Ochobot:
    • Kuasa Memanipulasi Elemental kepada BoBoiBoy.
    • Kuasa Memanipulasi Graviti kepada Yaya.
    • Kuasa Memanipulasi Masa kepada Ying.
    • Kuasa Memanipulasi Molekul kepada Gopal.
    • Kuasa Memanipulasi Bayang-Bayang kepada Fang.
  • Daripada Klamkabot:
    • Kuasa Teleportasi kepada Ochobot.
  • Daripada Sfera Kuasa yang tidak diketahui:
    • Kuasa Lohong Hitam kepada Bora Ra (seperti yang dinyatakan dalam surat peminat BoBoiBoy).

Trivia

  • Nama alternatif bagi Sfera Kuasa ialah "Bola Kuasa".
  • Sejak Sfera Kuasa memperolehi tenaga yang banyak, ia boleh digunakan sebagai sumber tenaga seperti yang ditunjukkan pada episod terakhir musim pertama apabila Adu Du menggunakan Ochobot sebagai sumber tenaga alternatif untuk menghidupkan semula Robot Pemusnah Mukalakus.
  • Jelas Lahap pada penghujung episod terakhir musim ke-3, misi kumpulannya adalah mengumpul seberapa banyak Sfera Kuasa yang boleh didapati sebelum ianya jatuh ke tangan mereka yang salah.
  • Pasukan Tengkotak merupakan antara pasukan dan pemburu Sfera Kuasa yang paling bahaya.
  • Dalam BoBoiBoy Galaxy, Sfera Kuasa disebut sebagai "Power Sphera".

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak