SimenBot adalah watak dalam BoBoiBoy Galaxy. Dia merupakan sebuah Power Sphera berharga yang pernah dicuri dan digunakan oleh Jugglenaut.
Sejarah
BoBoiBoy Galaxy
SimenBot mula-mula dilihat sedang disimpan di dalam Bilik Kebal Power Sphera di Stesen Angkasa TAPOPS bersama-sama dengan ApiBot dan BebelonBot. Namun, SimenBot telah dicuri oleh Panto dan dihantar ke Planet Sarkas bersama-sama dengan ApiBot dan BebelonBot. Dalam Musim 1, Episod 13, SimenBot telah diaktifkan dan diprogramkan oleh Jugglenaut untuk mematuhi perintahnya. Kemudian Jugglenaut menggunakan SimenBot untuk melepaskan simen pengeras untuk memerangkap BoBoiBoy, Yaya, Ying, Gopal dan Cici Ko. Dalam Musim 1, Episod 14, Jugglenaut telah dikalahkan oleh BoBoiBoy Halilintar dan SimenBot bersama Power-Power Sphera yang lain dikumpulkan dan dibawa semula ke stesen TAPOPS.
Kuasa
- Kuasa Simen Pengeras: Dengan menggunakan SimenBot, Jugglenaut melepaskan simen pengeras ke arah musuhnya untuk memerangkap mereka.
Trivia
- SimenBot merupakan Power Sphera kesembilan yang muncul dalam BoBoiBoy Galaxy, yang pertama ialah MotoBot, kedua ialah BellBot, ketiga ialah HookaBot, keempat ialah CardBot, kelima ialah ApiBot, keenam ialah MelonBot, ketujuh ialah GigiBot dan kelapan ialah BebelonBot.
- Namanya telah didedahkan pada skrin komputer.
- Menurut Cici Ko, SimenBot merupakan salah satu Power Sphera yang berharga dan dia berada dalam mod tidak aktif.
- Bersama-sama dengan BebelonBot, ia adalah tidak diketahui bagaimana Cici Ko mendapatkannya.
- Oleh kerana SimenBot boleh menghasilkan simen, namanya ialah "CementBot" sebelum ditukar kepada "SimenBot".
- Dalam Musim 1, Episod 13 juga, skrin di kapal angkasa TAPOPS tidak memaparkan namanya sebagai "CementBot", sebaliknya "SimenBot".