BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Sudip Elektrik ialah senjata yang digantikan dengan kapal angkasa Adu Du yang dibeli oleh Probe daripada Bago Go.

Sejarah[]

BoBoiBoy[]

Disebabkan oleh Probe tidak mempunyai duit yang cukup untuk membeli Laser Beam X3400 untuk mengalahkan BoBoiBoy, dia menjual kapal angkasa Adu Du kepada Bago Go dengan harga 20 ringgit dan 20 sen berdasarkan katalog Bago Go. Lalu Bago Go memperkenalkan sudip elektrik kepada Probe untuk kegunaan yang mudah seperti memasak nasi kerana dengan menggunakan sudip elektrik, kita tidak memerlukan lagi periuk nasi dan apa yang perlu dilakukan ialah menyudip beras dan tunggu sehingga beras tersebut menjadi nasi untuk makan serta ia juga boleh digunakan untuk memukul lalat. Namun begitu, Adu Du memarahi dan memukul Probe dengan sudip tersebut kerana hanya mendapat sudip elektrik sebagai ganjaran selepas menjual kapal angkasanya. Walau bagaimanapun, oleh kerana dia merupakan pembeli sudip elektrik yang kesepuluh, Probe telah mendapat hadiah istimewa daripada Bago Go iaitu Robot Pemusnah Mukalakus.

Ketika Adu Du bersarapan dengan nasi lemak di markasnya, seekor lalat telah mengacaunya. Lalu, Probe menggunakan sudip elektrik untuk memukul lalat tersebut untuk menolong Adu Du, tetapi hanya memburukkan keadaan dengan merosakkan meja dan menampar muka Adu Du dengan sudip tersebut. Kejadian itu membuat Adu Du marah dan memukul-mukul Probe menggunakan sudip elektrik, sehingga dia terhenti apabila mendapat satu idea untuk mengalahkan BoBoiBoy. Setelah Adu Du mencipta Pistol Pengecil, Probe menggunakannya untuk menembak BoBoiBoy, Gopal dan Fang yang didenda membersihkan kawasan sekolah kerana memasuki kawasan larangan bagi murid. Pada mulanya, Probe memukul kepala mereka dengan sudip elektrik dan menembak mereka dan caranya itu adalah bertentangan dengan arahan Adu Du kerana urutan yang sepatutnya adalah tembak sebelum ketuk jadi Probe disuruh untuk menghabiskan tugasnya lagi.

Tawaran[]

Sudip Elektrik mempunyai masa yang terhad, jadi sesiapa yang ingin membelinya perlu menghubungi mereka di 10934973053790.

Kemunculan[]

Maklumat[]

  • Berbeza dengan Laser Beam X3400, Sudip Elektrik jauh lebih murah kerana harganya adalah sehingga 20 ringgit dan 50 sen sahaja.
  • Sudip Elektrik adalah sudip kedua yang muncul dalam BoBoiBoy selepas Sudip Penghalang yang digunakan oleh Super Makcik Probe dalam Musim 1, Episod 5.

Trivia[]

  • Probe yang dipukul oleh Adu Du menggunakan Sudip Elektrik adalah tidak dipengaruhi atau dikejutkan oleh litar pintas dengan elektrik daripada sudip tersebut.
  • Terdapat dua sebab kenapa Probe tidak mempunyai duit yang cukup untuk membeli Laser Beam X3400:
    • Adu Du tidak memberikan gaji bulanan kepada Probe dalam Musim 1, Episod 3.
    • Probe telah menggunakan duit poketnya untuk membeli permainan video Papa Zola 5 dalam Musim 1, Episod 7.

Galeri[]

BoBoiBoy[]

Musim 1[]

Musim 2[]

Advertisement