FANDOM


Yaya
Yaya dalam BoBoiBoy Galaxy
Alias Yaya
Mimi (BoBoiBoy)
Hanna (Nama Bahasa Inggeris)
Kuasa Kuasa Manipulasi Graviti
Jantina Perempuan
Spesies Manusia
Tarikh Lahir 5 Ogos 2001
Umur 10 tahun (Musim 1)
11 tahun (Musim 2 - BoBoiBoy: The Movie)
14 tahun (BoBoiBoy Galaxy)
Rambut Hitam (Mengikut konsep asal)
Mata Perang
Pekerjaan Wira
Pelajar di Sekolah Rendah Pulau Rintis
Lans Koperal dalam TAPOPS
Disuarakan Oleh Nur Sarah Alisya Zainal Rashid (Bahasa Melayu)
Fairuz Arfa Ariff Syah (Bahasa Inggeris Disney Channel dan YouTube)
Kemunculan Sulung BoBoiBoy Musim 1, Episod 1 (2011)
Kemunculan Terakhir BoBoiBoy Galaxy (2017)
Bilangan Kemunculan BoBoiBoy (49)
Apa Kata Yaya (27)
Filem (1)
BoBoiBoy Galaxy (11)
Status Hidup
Keluarga Makcik Yah (Ibu)
ToToiToy (Adik lelaki)
Afiliasi Ying
Gopal
BoBoiBoy
Ochobot
Papa Zola
Adu Du
Probe
Kapten Kaizo
Lahap
Cici Ko
MotoBot
Cattus
BellBot
Tarung

Yaya adalah jiran kepada Tok Aba. Yaya juga adalah rakan BoBoiBoy yang mempunyai keupayaan untuk memanipulasi graviti, yang membolehkan dia untuk mengawal graviti dan terbang.

Selain daripada siri BoBoiBoy, Yaya juga turut tampil dalam siri sedutan ringkas berbentuk tauladan, iaitu Apa Kata Yaya sebagai watak utama.

Sejarah

BoBoiBoy

Musim 1

Yaya merupakan orang pertama yang berjumpa dengan BoBoiBoy di Pulau Rintis. Dia bersama Gopal dan Ying telah berkenalan dan mula berkawan dengan BoBoiBoy sejak dia pindah ke situ. Selepas Yaya diberikan Jam Kuasa oleh Ochobot, dia mendapat kuasa terbang dan super kuat. Jadi Yaya bersama kawan-kawannya menggunakan kuasa-kuasa ini untuk melindungi Pulau Rintis daripada ancaman Adu Du di samping membantu masyarakat setempat apabila ada kesusahan.

Musim 2

Di Sekolah Rendah Pulau Rintis, pencapaian akademik dan bukan akademik Yaya amat cemerlang. Oleh itu, dia memegang jawatan ketua kelas 5 Jujur dan presiden kesemua persatuan dan kelab sekolah. Dalam Musim 2, Episod 4, Gopal pernah menjelaskan kepada BoBoiBoy dan Fang mengenai Dinding Kejayaan yang tertera jawatan-jawatan Yaya dengan gambar Yaya sebagai pelajar yang paling dicintai.

BoBoiBoy: The Movie

Ochobot telah diculik oleh pasukan Tengkotak dengan tujuan menggunakannya untuk mencari Klamkabot, sebuah Sfera Kuasa purba dan berkuasa yang menyembunyikan diri di Bumi. Yaya bersama kawan-kawannya telah berlumba dengan masa untuk menyelamatkan Ochobot dan pada masa yang sama mendedahkan rahsia di sebalik misteri Sfera Kuasa.

BoBoiBoy Galaxy

Tiga tahun telah berlalu sejak peristiwa yang telah berlaku dalam filem, Yaya kembali ke Pulau Rintis bersama Ying selepas pergi melancong. Kemudian mereka dilantik oleh Cici Ko menjadi Lans Koperal dalam pasukan TAPOPS untuk membantu ahli-ahli lain mencari dan melindungi Power-Power Sphera yang bertaburan di seluruh galaksi, Yaya dan yang lain mengembara di galaksi dan tidak dibenarkan untuk berada di Bumi buat sementara waktu.

Rupa

Yayayah

Yaya dalam BoBoiBoy: The Movie.

Yaya sering berpakaian serba merah jambu. Bajunya berlengan merah jambu yang panjang, berjalur putih dan merah jambu yang menegak. Di atas bajunya, dia memakai anak baju yang berwarna kuning dan berlukisan bunga merah tersenyum. Yaya memakai tudung merah jambu yang berbunga kuning, mempunyai tanda berbentuk mulut di bahagian tepi atas kepalanya, dan beralaskan sepasang gogel. Dia juga berseluar merah pulasan.

Dalam musim kedua, gayanya tidak banyak berubah tetapi dia memakai pin tudung berbentuk bunga di tepi tudungnya. Dia memakai tali pinggang berkepit, tudungnya telah diubah suai sedikit. Poligon Yaya semakin banyak dan menjadikan wataknya semakin lembut. Kasutnya juga telah diubah suai sedikit.

Dalam musim ketiga pula, dia tidak lagi memakai pin tudungnya di tepi tetapi sebaliknya di tepi gogelnya dan memakai gogel merah jambu. Tudung Yaya pula berada di luar bajunya seperti selendang pendek dan lengan bajunya semakin singkat. Yaya juga memakai kasut merah jambu dan sedikit kelabu. Poligon Yaya juga semakin bertambah sejak musim kedua.

Dalam BoBoiBoy Galaxy, Yaya mempunyai lengan panjang berwarna merah jambu pada blaus putih dan bertali pinggang kuning dengan beg kecil yang dihiasi dengan bunga yang tergantung di pinggang kanannya, berseluar merah jambu yang gelap dan berkasut putih dan merah jambu gelap. Gaya tudungnya juga berubah dan gogelnya kini berwarna kuning.

Mengikut konsep asal, Yaya tidak bertudung penuh, sebaliknya memakai skarf kepala (yang juga bergogel) dan terdedah rambut jambul pepat di hadapan dan ekor kuda di belakang. Bajunya berwarna merah terang dan kuning tetapi kasutnya tetap sama seperti kasutnya pada musim pertama.

Perwatakan

Yaya adalah seorang gadis yang manis, mesra dan ceria, tetapi mudah kecil hati. Dia juga seorang budak perempuan yang prihatin dan selalu memberi nasihat kepada kawan-kawannya dan orang lain tidak kira dalam apa-apa situasi pun. Dia juga suka menolong orang dan tidak suka apabila kawan-kawannya menolak pertolongannya. Yang paling kurang menyenangkan orang, Yaya suka membuat biskut tetapi biskut-biskut yang dibuatnya tidak sedap dimakan. Walaupun begitu, kawan-kawannya tidak wajar membidas ketidaksedapan biskut Yaya supaya Yaya tidak naik berang, tambahan lagi selepas dia mendapat kuasa yang kuat daripada Ochobot.

Sebagai ketua kelas di sekolah, Yaya menunjukkan sikap tegasnya tanpa rasa takut atau berat sebelah dalam mendenda pelajar yang melanggar peraturan disiplin sekolah, baik pelajar biasa ataupun kawan baiknya sendiri. Dia juga tidak akan mengaku kalah dalam persaingannya terhadap Ying untuk mendapat nombor satu dalam setiap ujian dan peperiksaan.

Kuasa

Disebabkan Ochobot kehilangan sebahagian daripada ingatannya, kuasa Yaya pada mulanya dianggap sebagai terbang dan super kuat, tetapi kemudian didedahkan adalah Kuasa Manipulasi Graviti. Dengan kuasa ini, dia boleh menguasai graviti dan melepaskannya, yang memberikannya super kuat yang sebenarnya. Oleh kerana Yaya memanipulasi graviti juga membolehkan dia untuk terbang.

Dalam BoBoiBoy: The Movie, Yaya telah menerima peningkatan ke tahap kedua bagi kuasanya. Peningkatan kuasa ini membolehkan dia mengangkat objek-objek yang lebih berat dengan mengurangkan keberatan sesuatu benda dengan kuasa gravitinya. Dengan kebolehan ini, secara tidak langsung memberikan kuasa yang lebih kuat kepada Yaya untuk bertarung.

BoBoiBoy
Tahap 1
  • Kelajuan Super Sonik: Yaya menambahkan kuasa graviti untuk terbang dengan lebih laju.
  • Tumbukan Padu: Yaya mengumpulkan kuasa graviti di tangannya lalu melepaskannya dengan satu tumbukan terhadap musuhnya dengan pantas.
    • Tumbukan Super Padu: Tumbukan yang dua kali ganda lebih padu berbanding Tumbukan Padu yang biasa.
    • Tumbukan Padu, Bertubi-tubi: Yaya menggunakan Tumbukan Padu untuk menyerang musuh secara bertubi-tubi dengan amat pantas.
    • Tumbukan Padu Maksima: Yaya menumbuk musuhnya dengan pantas yang menyebabkan musuhnya tercampak ke belakang. Pertama kali digunakan dalam BoBoiBoy: The Movie.
  • Tumbukan Super Sonik Yaya menambahkan kuasa graviti untuk menumbuk dengan lebih kuat.
  • Cakaran Laju: Serangan cakaran laju yang diserang bersama Ying. Digunakan terhadap Raksasa Tidur dalam musim pertama.
  • Tendangan Super Kuat: Dengan menambahkan kuasa graviti pada kakinya, Yaya mampu menendang dengan kuat.
  • Pemberat Graviti: Yaya membuatkan objek menjadi berat dengan kuasa gravitinya.
  • Kuasa Graviti: Yaya menghasilkan sfera graviti untuk mengurung Amar Deep, Stanley, BoBoiBoy, Gopal dan Fang. Sfera itu boleh dimanipulasikan sama ada diringankan atau diberatkan.
  • Kuasa Angkatan Graviti: Yaya mengangkat bebola gergasi ke atas udara.
  • Tumbukan Bertubi-tubi: Yaya mengumpulkan kuasa graviti di tangannya lalu menumbuk musuhnya secara bertubi-tubi. Pertama kali digunakan dalam BoBoiBoy: The Movie.
Tahap 2
  • Hempasan Graviti Maksima: Setelah mendapat tingkatan kuasa daripada Ochobot, Yaya menyelubungi musuhya dengan kuasa gravitinya lalu di angkat ke atas sebelum dihempaskannya dengan kelajuan maksima ke bawah tanah.
Kuasa Kombo
Bersama Ying
  • Gerakan Kombo Y & Y: Gerakan kombo yang dilakukan bersama Ying yang dimulakan dengan Kuasa Graviti Pemberat ke atas tanah sambil Ying menggunakan Larian Laju pada pusat kuasa Yaya untuk mengumpulkan tenaga, kemudian Yaya melepaskan Ying dengan Serangan Kombo Laju dan Padu kemudian diakhiri dengan Ying menerjah musuh berulang-ulang kali.
    • Graviti Pemberat: Yaya menghentakkan kedua-dua tangannya ke atas tanah untuk memberatkan musuh.
    • Serangan Kombo Laju dan Padu: Yaya melepaskan kuasa gravitinya yang laju dan padu kepada Ying, yang akan menambahkan kepantasan larian Ying.
  • Serangan Kombo Y & Y: Serangan kombo yang dilakukan bersama Ying yang dimulakan oleh Ying yang memusingkan Yaya dengan Pusingan Laju-laju yang melancarkan Yaya ke arah musuh dengan kelajuan yang sangat laju, diikuti oleh Yaya menumbuk musuh dengan Tumbukan Super Sonik dan Ying menerjah musuh dengan Tendangan Seribu Laju.
BoBoiBoy Galaxy
  • Apungan Graviti/Kuasa Apungan Graviti: Yaya mengapungkan sesuatu seperti Raksasa Gurunda dan Gopal di udara sama ada untuk menghentikan serangan musuh ataupun menyelamatkan kawannya.
  • Hempasan Graviti: Yaya menyelubungi musuhya dengan kuasa gravitinya lalu mengangkatnya ke atas sebelum dihempaskan semula dengan kelajuan normal ke bawah.
  • Mampatan Graviti: Yaya menghasilkan bebola graviti yang akan menarik musuhnya seperti magnet lalu terbentuknya sebuah bola bagi memerangkap atau mencegah pergerakan daripada musuhnya.
Kuasa Kenderaan
  • Tolakan Graviti: Yaya mengumpulkan kuasa graviti pada kenderaannya, lalu menyerang musuh dengan laju.

Trivia

  • Jenis darah Yaya ialah A.
  • Yaya suka membuat eksperimen dengan berbagai-bagai resepi biskut, tetapi dia tidak pernah merasa biskutnya sendiri.
  • Dalam Buku Detektif Yaya 1, Suzy mendedahkan bahawa dia adalah peminat setia Yaya.
  • Menurut surat peminat BoBoiBoy, genre kegemaran Yaya adalah aksi.
  • Yaya mempunyai garisan lintang yang membezakannya di antara 'keayuan comel molek' dan 'ketegasan singa garang'. Menurut cerita Gopal, sebelum Yaya melepasi garisan pagar sekolah, dia akan kelihatan lemah-lembut bagai ayu comel molek, tetapi selepas sahaja Yaya melepasi garisan pagar sekolah, sifatnya terus berubah menjadi garang yang langsung tidak memberikan peluang bagai ketegasan singa garang.
  • Dalam versi alih suara bahasa Inggeris di YouTube (bukan Disney Channel), nama Yaya ditukar kepada "Hanna". (Tiada sebab yang jelas diberikan atas hal ini).

Galeri

Wiki-wordmark
BoBoiBoy Wiki mempunyai imej dan media yang berkaitan dengan Yaya.

Video


L - S - B
Logo Baru BoBoiBoy
Media

BoBoiBoy | Apa Kata Yaya | OldTown White Coffee's Superhero Elemen | BoBoiBoy: The Movie | BoBoiBoy Galaxy

Episod

BoBoiBoy
Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Extended Finale
Musim 2: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 3: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26
BoBoiBoy Galaxy
Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18

Watak

BoBoiBoy | Yaya | Ying | Gopal | Fang | Ochobot | Tok Aba | Adu Du | Probe | Komputer | Wahid | Ernie | Pakcik Mat | Super Probe | BoBoiBoy Petir | BoBoiBoy Angin | BoBoiBoy Tanah | Robot Hamba | Multi-Monster | Makcik Yah | Pakcik Yah | Pakcik Kumar | Super Makcik Probe | BoBoiBoy Halilintar | Super Duper Probe | Papa Zola | Raksasa Tidur | Tauke | Bago Go | Azroy | Sasha | BoBoiBoy Taufan | Robot Pemusnah Mukalakus | BoBoiBoy Gempa | Ejo Jo | Makcik Kantin | Cikgu Disiplin | Bapa BoBoiBoy | Robolabot | Robolabolabolabolabot Super King | Pak Senin Koboi | Kucing Sewel | Kambing S8000 | Maharaja Ata Ta Tiga | PETAI | Ravi J. Jambul | Koko Jumbo | Mega Probe | Rob | Robert | Roberto Santana | Wak Baga Ga | Bagi Gi | Bagu Gu | Tom | MegaBot ScamBot | SampahBot | Raksasa Gonohom | Mama Zila | Raksasa Ketam | Ibu Bu | Robot Pango | Raksasa Bawang | BoBoiBot | BoBoiBoy Api | BoBoiBot Halilintar | BoBoiBot Taufan | BoBoiBot Gempa | BoBoiBot Api | BoBoiBoy Air | BoBoiBot Air | Anak Bago Go | Raksasa Perisai | Kapten Kaizo | Lahap | Terra | Coral | Oake | Klamkabot | Bora Ra | Gaga Naz | Kiki Ta | Yoyo Oo | Cici Ko | Kurita | J-Rex | Sistem Lab Sfera Kuasa | BoBoiBoy Blaze | BoBoiBoy Ais | BoBoiBoy Thorn | BoBoiBoy Solar | MotoBot | Kapten Separo | Raksasa Gurunda | Cattus | Waibi | BellBot | HookaBot | BoBoiBoy Daun | Nyamuk Amok | CardBot | Jokertu | Hantu Pokok | Katakululu | Raksasa Batu | Laksamana Tarung | Gorila TAPOPS | ApiBot | Sai | Shielda | Jugglenaut | MelonBot | GigiBot | Panto | BebelonBot | SimenBot | InviBot | TargetBot | HidungBot | LoopBot

Tempat

Planet Bumi | Malaysia | Pulau Rintis | Stesen Keretapi Pulau Rintis | Tok Aba's Kokotiam | Planet Ata Ta Tiga | Sekolah Rendah Pulau Rintis | Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam | Markas Kotak | Rumah Berhantu | Lorong Pak Senin Koboi | Sekolah Menengah Pulau Rintis | Pulau Terapung | Sektor G-14 | Planet Gurunda | Stesen Angkasa TAPOPS | Planet Dargha'ya | Planet Volkania | Planet Sarkas

Lagu

BoBoiBoy, Superhero Kita! | Bersedia | Hang on Tight | Incik Boss dan Probe | BuBaDiBaKo | Jagalah Bumi | Bangkit Anak Muda! | Masih Di Sini | Di Bawah Langit Yang Sama | Dunia Baru | Lagu Tema TAPOPS | Pok Anai-Anai - Tok Aba

Permainan

BoBoiBoy: Adu Du Attacks | BoBoiBoy: Cabaran Kepantasan | BoBoiBoy: Photosticker | BoBoiBoy Superkick | BoBoiBoy: Puzzle Clash | BoBoiBoy: Ejo Jo Attacks | BoBoiBoy: Bounce & Blast | BoBoiBoy: Power Spheres | BoBoiBoy: Galactic Heroes | BoBoiBoy Galaxy Card

Lihat juga

Movie Animation Park Studios

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.