Super Duper Probe merupakan tingkatan mod bagi Super Probe. Super Duper Probe hanya muncul pada Musim 1, Episod 7 di dalam permainan video "Papa Zola 5: Kebenaran di Lorong Kegelapan".
Sejarah
BoBoiBoy
Pada Musim 1, Episod 7, Adu Du telah mengarahkan Komputer untuk memasukkannya ke dalam permainan video apabila mendapati Probe kalah dibelasah BoBoiBoy dan Gopal. Lalu, Probe bertukar menjadi Super Duber Probe yang dua kali ganda lebih besar berbanding dengan Super Probe.
Setelah Ying datang ke rumah Tok Aba dan mengambil alih sebagai pengawal BoBoiBoy, dia bersama Yaya melawan Super Duper Probe. Yaya menembak tangan Super Duper Probe atas permintaan Ying. Geram melihat perkara itu, Adu Du mengarahkan Probe untuk menyerang balas lalu dia menembak laser merah daripada matanya. Kemudian, Ying menyuruh Yaya menembak matanya pula untuk menghalangnya daripada menembak laser merah lagi.
Ianya menyebabkan kedua-dua mata Super Duper Probe rosak. Lalu, Adu Du mengarahkannya untuk melepaskan semua peluru tembakan, lantas semua peluru dilepaskan dari belakang dan mula menjunam ke arah BoBoiBoy dan Gopal. Menyedari hal itu, Ying menyuruh Yaya untuk menekan kuasa terkuatnya yang telah penuh. Lalu, Gopal menukarkan semua peluru tadi kepada gula-gula. Kini, giliran BoBoiBoy pula untuk menyerang. BoBoiBoy berpecah menjadi tiga dan masing-masing menyerang dari setiap sudut. Kemudian, Probe bertukar menjadi modnya yang asal dan mereka telah kalah dalam permainan video tersebut.
Kuasa
- Pukulan Tangan: Merupakan serangan asas bagi Super Duper Probe yang membolehkannya untuk memukul musuhnya.
- Pelancaran Peluru Berpandu: Super Duper Probe boleh melancarkan peluru berpandu yang banyak dari belakangnya.
- Tembakan Laser: Super Duper Probe menggunakannya untuk menyerang musuh.
Trivia
- Berbanding dengan Super Probe, saiz Super Duber Probe adalah dua kali ganda lebih besar daripadanya.