FANDOM


Tanah Pelindung

Tanah Pelindung

Tanah Pelindung 2.0

Penggunaan pertama: BoBoiBoy Musim 1, Episod 2 (2011)
Mengandungi kuasa: Tanah
Digunakan oleh: BoBoiBoy/BoBoiBoy Tanah/BoBoiBoy Gempa
BoBoiBot
Elemen: Tanah
Sasaran: Tiada, digunakan untuk melindungi diri
Tanah Pelindung merupakan teknik pertahanan bagi BoBoiBoy Tanah yang membolehkannya untuk melindungi diri ataupun kawan-kawannya daripada serangan musuh.

Sejarah

Teknik ini pertama kali digunakan oleh BoBoiBoy dalam Musim 1, Episod 2 untuk melindungi Yaya dan Ying daripada tembakan pistol Adu Du. Teknik ini kelihatan jarang digunakan dalam musim pertama dan kedua, tetapi dalam Musim 2, Episod 12, ia digunakan oleh BoBoiBoy Gempa yang dicipta dalam bentuk bebola untuk melindungi dirinya dan Fang.

Dalam Musim 3, Episod 17 pula, ia digunakan oleh BoBoiBot untuk melindungi dirinya dari Harimau Bayang.

Kuasa

  • Tanah Pelindung, Berlapis-lapis: Meninggikan aras tanah untuk menyerang lawan secara bertubi-tubi.