TargetBot adalah watak dalam BoBoiBoy Galaxy. Dia merupakan sebuah Power Sphera yang bekerja dengan Jugglenaut.
Sejarah
BoBoiBoy Galaxy
Dalam Musim 1, Episod 13, TargetBot bersama-sama dengan rakan Power Sphera lain sedang menyaksikan perbuatan Jugglenaut yang mengaktifkan Power-Power Sphera yang telah dicuri tempoh hari. Kemudian dia merayau di sekitar khemah sarkas yang gelap, yang mana mengejutkan Gopal, menyebabkan dia berlari keluar dari khemah sarkas tersebut. Apabila BoBoiBoy, Yaya dan Ying memasuki ke dalam khemah, TargetBot menakutkan mereka dan berjaya mengelak serangan mereka dengan pantas. Walau bagaimanapun, dia sempat ditangkap apabila Ying memperlahankan masa dan Yaya memerangkapnya dengan tarikan graviti. TargetBot rosak teruk selepas serangan Bebola Api oleh BoBoiBoy Api. BoBoiBoy memintanya untuk memberitahu di mana rakannya Gopal, tetapi dia memberitahu bahawa dia tidak tahu. Setelah BoBoiBoy dan rakan-rakannya pergi menemui Gopal, TargetBot mengambil kesempatan untuk melarikan diri dan kembali kepada tuannya, Jugglenaut. Dia telah dihukum dengan dicampak ke dinding kerana gagal menghalang wira-wira tadi walaupun dia telah berjaya membuatkan mereka menunjukkan kuasa-kuasa mereka.
Dalam Musim 1, Episod 14, Jugglenaut telah dikalahkan oleh BoBoiBoy Halilintar dan TargetBot bersama Power-Power Sphera yang lain dikumpulkan dan dibawa semula ke stesen TAPOPS.
Trivia
- Oleh kerana TargetBot sering bergerak dengan pantas dan menjadi sasaran, namanya ialah "TargetBot".
- TargetBot merupakan Power Sphera kesebelas yang muncul dalam BoBoiBoy Galaxy, yang pertama ialah MotoBot, kedua ialah BellBot, ketiga ialah HookaBot, keempat ialah CardBot, kelima ialah ApiBot, keenam ialah MelonBot, ketujuh ialah GigiBot, kelapan ialah BebelonBot, kesembilan ialah SimenBot dan kesepuluh ialah InviBot.
- TargetBot merupakan Power Sphera keenam yang bekerja dengan penjahat, yang pertama ialah HookaBot, kedua ialah CardBot, ketiga ialah MelonBot, keempat ialah GigiBot dan kelima ialah InviBot.