FANDOM


Pedang Halilintar
Pedang Halilintar BBB
Penggunaan pertama: BoBoiBoy Musim 1, Episod 6
Mengandungi kuasa: Halilintar
Digunakan oleh: BoBoiBoy Halilintar
Elemen: Halilintar
Sasaran: Adu Du, Super Probe, Gopal, Tok Aba, BoBoiBoy Angin, BoBoiBoy Tanah, Raksasa Tidur, BoBoiBoy Taufan, Mukalakus, Ejo Jo, Koko Jumbo, Raksasa Mama Zila, Ibu Bu, Robot Pango, Kapten Kaizo

Pedang Halilintar ialah versi naik taraf bagi Keris Petir yang digunakan oleh BoBoiBoy Halilintar.

Sejarah

Pedang Halilintar pertama kali diseru dan digunakan oleh BoBoiBoy Halilintar dalam Musim 1, Episod 6 semasa berlawan dengan BoBoiBoy Angin dan BoBoiBoy Tanah pada ketika dia hilang ingatan dan diperdayakan oleh Adu Du. Pedang Halilintar turut digunakan untuk mengalahkan Raksasa Tidur dalam Musim 1, Episod 9 di dalam dunia mimpi dan kemudian digunakan semasa bertarung dengan Robot Pemusnah Mukalakus dalam Musim 1, Episod 13.

Dalam Musim 2, Episod 13, Pedang Halilintar digunakan sebagai Hujan Halilintar untuk menghujani Robot PETAI. Kemudian, dijadikan untuk melakukan Gerakan Kombo dengan ditingkatkan menjadi Pedang Mega Halilintar.

Dalam musim ketiga, Pedang Halilintar kerap digunakan oleh BoBoiBoy Halilintar untuk menyerang musuh-musuhnya seperti Ejo Jo, Koko Jumbo, Raksasa Mama Zila, Ibu Bu, Robot Pango dan Kapten Kaizo. Ini menjadikan Pedang Halilintar membuat kemunculan yang paling banyak bagi senjata BoBoiBoy Halilintar.

Penggunaan

BoBoiBoy Halilintar memulakan dengan menyalurkan kuasa elektrik ke tangannya ke tahap maksima lalu menjelmakan kejutan kilat yang berupa pedang dan menjadi senjata khusus untuk menyerang musuh secara dekat ataupun untuk menghalang musuhnya.

Reka bentuk

Pedang Halilintar mempunyai bentuk yang lebih panjang, besar dan tajam dengan mempunyai gerigi di setiap sudut. Ia berwarna merah.

Dalam siri BoBoiBoy Galaxy, reka bentuk Pedang Halilintar telah berubah. Berdasarkan kulit buku siri komik BoBoiBoy Galaxy jilid yang ke-4 (Kemunculan Lagenda), reka bentuk Pedang Halilintar hampir sama dengan versi asal, tetapi telah ditambah dengan garisan hitam yang bentuknya seperti halilintar dan bahagian bergerigi pada Pedang Halilintar telah dikurangkan.

Kuasa

  • Tusukan Pedang Halilintar: Serangan yang digunakan untuk menusuk lawannya secara menghulurkan Pedang Halilintar ke hadapan dan menusuk lawannya.
  • Tetakan Halilintar: BoBoiBoy Halilintar menghasilkan dua Pedang Halilintar dan terus menetak musuhnya dari atas.
    • Tetakan Dual Halilintar: Serangan yang lebih kuat daripada Tetakan Halilintar dengan menggunakan dua bilah Pedang Halilintar dan memecut pantas untuk menyerang musuhnya.
  • Pedang Mega Halilintar: Dua bilah Pedang Halilintar yang dua kali ganda lebih besar yang diserang bersama Gerudi Mega Taufan daripada BoBoiBoy Taufan.
  • Halilintar Slash: BoBoiBoy Halilintar menghasilkan dua bilah Pedang Halilintar dan mencincang musuhnya berulang-ulang kali dalam pergerakan yang sangat laju.

Galeri

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.