BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Pedang Halilintar merupakan versi naik taraf bagi Keris Petir yang digunakan oleh BoBoiBoy Halilintar. Ia merupakan senjata utama baginya.

Reka bentuk[]

Pedang Halilintar direka mempunyai bentuk yang lebih panjang, besar dan tajam berbanding Keris Petir dengan mempunyai gerigi di setiap sudut serta berwarna merah. Dalam siri BoBoiBoy Galaxy, Pedang Halilintar mempunyai garisan hitam berbentuk halilintar dengan sedikit bahagian bergerigi.

Penggunaan[]

BoBoiBoy Halilintar memulakan dengan menyalurkan kuasa elektrik ke tangannya ke tahap maksima lalu menjelmakan kejutan kilat yang berupa pedang dan menjadi senjata khusus untuk menyerang musuh secara dekat ataupun untuk menghalang musuhnya.

Sejarah[]

Pedang Halilintar pertama kali diseru dan digunakan oleh BoBoiBoy Halilintar dalam Musim 1, Episod 6 semasa berlawan dengan BoBoiBoy Angin dan BoBoiBoy Tanah pada ketika dia hilang ingatan dan diperdayakan oleh Adu Du. Pedang Halilintar turut digunakan untuk mengalahkan Raksasa Tidur dalam Musim 1, Episod 9 di dalam dunia mimpi dan kemudian digunakan semasa bertarung dengan Robot Pemusnah Mukalakus dalam Musim 1, Episod 13.

Dalam Musim 2, Episod 13, Pedang Halilintar digunakan sebagai Hujan Halilintar untuk menghujani Robot PETAI. Kemudian, dijadikan untuk melakukan Gerakan Kombo dengan ditingkatkan menjadi Pedang Mega Halilintar.

Dalam musim ketiga, Pedang Halilintar kerap digunakan oleh BoBoiBoy Halilintar untuk membuat serangan kombo bersama BoBoiBoy lain dan menyerang musuh-musuhnya seperti Ejo Jo, Koko Jumbo, Raksasa Mama Zila, Ibu Bu, Robot Pango dan Kapten Kaizo. Ini menjadikan Pedang Halilintar membuat kemunculan yang paling banyak bagi senjata BoBoiBoy Halilintar.

Dalam Kemunculan Halilintar, BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar untuk masa yang singkat. BoBoiBoy terlihat memegang Pedang Halilintar berganda dengan pegangan di tengah. Pedang Halilintar Berganda berbilah digunakan untuk membuat Pusaran Halilintar untuk bertahan. Ia juga digunakan untuk menyerang Jugglenaut. BoBoiBoy juga terlihat membelah Pedang Halilintar Berganda berbilah menjadi Pedang Halilintar terpisah.

Kuasa[]

BoBoiBoy
  • Tetakan Halilintar: BoBoiBoy Halilintar menghasilkan dua Pedang Halilintar dan terus menetak musuhnya dari atas.
  • Tusukan Pedang Halilintar: Serangan yang digunakan untuk menusuk lawannya secara menghulurkan Pedang Halilintar ke hadapan dan menusuk lawannya.
  • Hujan Halilintar: BoBoiBoy Halilintar mencampakkan sebilah Pedang Halilintar ke langit dan kemudiannya menjatuhkan berbilah-bilah Pedang Halilintar ke muka Bumi.
  • Pedang Mega Halilintar: Dua bilah Pedang Halilintar yang dua kali ganda lebih besar yang diserang bersama Gerudi Mega Taufan daripada BoBoiBoy Taufan.
  • Halilintar Slash: BoBoiBoy Halilintar menghasilkan dua bilah Pedang Halilintar dan mencincang musuhnya berulang-ulang kali dalam pergerakan yang sangat laju.
  • Tetakan Dua Halilintar: Serangan yang lebih kuat daripada Tetakan Halilintar dengan menggunakan dua bilah Pedang Halilintar dan memecut pantas untuk menyerang musuhnya.
BoBoiBoy Galaxy
  • Pusaran Halilintar: BoBoiBoy Halilintar memusingkan Pedang Halilintar dengan laju untuk menghasilkan halilintar, membolehkan dia merenjat musuh yang cuba menyerangnya.
  • Tusukan Seribu Halilintar: BoBoiBoy Halilintar melepaskan beribu bilah pedang dengan laju untuk menusuk Jugglenaut dengan renjatan halilintar. Serangan ini digunakan dalam komik BoBoiBoy Galaxy: Kemunculan Lagenda.
  • Belahan Halilintar: BoBoiBoy Halilintar menggunakan pedangnya untuk membelah Jugglenaut, bagaimanapun serangan ini terbatal kerana ketidakstabilan kuasa BoBoiBoy Halilintar.
  • Sambaran Mega Halilintar: BoBoiBoy Halilintar melepaskan satu sambaran halilintar dengan pantas ke arah Jugglenaut, kemudian memisahkan pedangnya menjadi dua bilah untuk menyambar secara bertubi-tubi.
  • Libasan Halilintar
  • Tetakan Halilintar: BoBoiBoy Halilintar menghasilkan dua Pedang Halilintar dan terus menetak musuhnya dari atas.
Serangan Kombo
  • Gerakan Kombo: Gerakan kombo bersama BoBoiBoy Taufan dan BoBoiBoy Gempa dalam Musim 3, Episod 1 dengan BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Taufan masing-masing menjelmakan Pedang Mega Halilintar dan Gerudi Mega Taufan. Mereka dibawa oleh Golem Tanah untuk memulakan serangan terhadap Ejo Jo.
  • Serangan Kombo: Serangan kombo bersama BoBoiBoy Taufan dan BoBoiBoy Gempa dalam Musim 3, Episod 2 yang dimulai oleh BoBoiBoy Taufan, diserang oleh BoBoiBoy Gempa dan diakhiri oleh BoBoiBoy Halilintar dengan laju terhadap Ejo Jo.
  • Gerakan Kombo Gerudi Halilintar dan Taufan: Gerakan kombo bersama BoBoiBoy Taufan dengan menghasilkan Gerudi Taufan yang bermuncungkan Pedang Halilintar untuk menyerang Robot Pango dari atas dengan kelajuan yang sangat pantas. Digunakan dalam Musim 3, Episod 14.
  • Serangan Kombo, Belut Air Halilintar: Selepas BoBoiBoy Air membentuk Belut Air Berkembar, dia bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar lalu melontar dua bilah Pedang Halilintar ke arah belut air tersebut kemudian warna belut air bertukar menjadi merah yang mempunyai kuasa renjatan elektrik yang kuat. Digunakan terhadap BoBoiBot Air dalam Musim 3, Episod 20.

Trivia[]

  • Sewaktu BoBoiBoy Halilintar pertama kali menggunakannya, dia memanggilnya sebagai Keris Petir.

Galeri[]

Gambar promosi[]

Cekupan skrin[]

BoBoiBoy
BoBoiBoy The Movie
BoBoiBoy Galaxy
BoBoiBoy Movie 2
Advertisement