Fandom

BoBoiBoy Wiki

Tiga Rob

365laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Rob, Robert dan Roberto Santana
Watak BoBoiBoy
0307 perompak merayu.png
Penampilan
sulung
"Rompakan Rob, Robert & Roberto Santana"
Penampilan
terakhir
"BoBoiBoy: The Movie"
Pelakon
suara
Nuriman Andaliz (Rob)
Mohd Hafiz Ashraf (Robert)
Muiz Rahimi (Roberto Santana)

Tiga Rob merupakan sekumpulan perompak lelaki yang terdiri daripada Roberto Santana (bos), Robert dan Rob (ahli).

Ahli-ahli

Roberto Santana

Roberto Santana merupakan bos bagi kumpulan Tiga Rob. Roberto Santana memakai topi yang berwarna perang yang menutupi rambutnya, memakai topeng muka yang pendek, dan memakai baju yang berwarna merah. Memakai sarung tangan yang berwarna kelabu dan seluar yang berwarna kelabu gelap serta memakai kasut yang berwarna perang.

Robert

Di antara ketiga-tiga ahli dalam kumpulan Tiga Rob, Robert adalah satu-satunya ahli yang kurus dan tinggi lampai. Robert memakai topi yang berwarna perang yang menutupi rambutnya, memakai topeng muka yang sedikit panjang, dan memakai baju berlengan panjang yang berwarna kuning terang. Memakai sarung tangan yang berwarna perang dan seluar yang berwarna perang.

Rob

Di antara ketiga-tiga ahli dalam kumpulan Tiga Rob, Rob adalah satu-satunya ahli yang gemuk dan besar. Rob memakai kain yang menutupi hidung dan seluruh kepalanya. Memakai baju yang berwarna biru gelap, sarung tangan yang berwarna hitam, dan seluar yang berwarna hitam.

Trivia

  • Dilihatkan ketiga-tiga perompak ini sentiasa menutupi kepala mereka dengan memakai kain dan topi.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak