BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Tok Aba ialah datuk kepada BoBoiBoy dan pemilik warung Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam yang terletak di Pulau Rintis. Minuman kokonya sangat terkenal, malah dianggap sebagai koko terbaik di galaksi oleh alien seperti Adu Du.[1]

Penerangan[]

"Tok Aba adalah datuk BoBoiBoy dan pemilik kedai Kokotiam di Pulau Rintis. Dia baik hati, kasih sayang, bijaksana, dan sering membuat BoBoiBoy untuk mendapatkan nasihat.

Minuman Kokonya sangat popular, dan malah dianggap sebagai sumber terkuat di galaksi oleh penceroboh Adu Du.
"
— Penerangan laman web rasmi BoBoiBoy Galaxy

"BoBoiBoy tinggal bersama datuknya, Tok Aba, di Pulau Rintis dan membantu di Kokotiam milik beliau.

BoBoiBoy adalah seorang yang baik hati, bertanggungjawab, dan mempunyai semangat setia kawan yang kuat. Dia sentiasa bersedia untuk melindungi rakan-rakannya, walaupun ia membahayakan dirinya sendiri.
"
— Penerangan dalam Segmen Khas - Jom Kenali Superheroes Anda!

Sejarah[]

Sejarah awal[]

Tok Aba telah berkahwin dengan seorang individu yang tidak diketahui. Daripada perkahwinan itu, mereka mendapat seorang anak lelaki yang diberi nama Amato, yang kemudiannya mendapat anak lelaki bernama BoBoiBoy. Tok Aba dikatakan agak mahir dalam penciptaan dan memperbaiki peralatan mekanikal yang rosak, tetapi akhirnya memilih untuk membuka warung Tok Aba's Kokotiam sebagai bisnes restorannya sendiri pada tahun 1977.

Probe juga telah menyatakan bahawa BoBoiBoy jarang bertemu dengan Tok Aba, sehingga menyebabkan mereka kadang-kadang sukar mengenali antara satu sama lain. Tetapi, selepas mereka bertemu semula, BoBoiBoy sering menghabiskan cutinya dengan Tok Aba.

BoBoiBoy[]

Tok Aba pertama kali dilihat sedang menunggu BoBoiBoy di Stesen Keretapi tetapi semenjak BoBoiBoy dan Tok Aba jarang berjumpa, mereka tersalah peluk semasa perjumpaan mereka dalam Musim 1, Episod 1. Tok Aba telah menegur BoBoiBoy dan Yaya daripada bergaduh kerana dibimbangi tiada pelanggan yang datang ke kedai Tok Aba's Kokotiam.

Suatu hari, apabila BoBoiBoy Angin dan BoBoiBoy Tanah bergaduh selepas hilang ingatan dan menyalahkan antara satu sama lain, disebabkan oleh mereka adalah orang yang sama Tok Aba menghentikannya dengan memulas telinga mereka dalam Musim 1, Episod 6. Tok Aba masih mengambil berat tentang mereka dan dia memarahi Gopal selepas dia menghentak kepala BoBoiBoy bertujuan untuk membuatkan ingatan mereka pulih.

Dalam musim ke-2, BoBoiBoy kembali ke Pulau Rintis untuk berjumpa semula dengan Tok Aba dan menyambung pelajarannya dengan rakan-rakannya. Tok Aba juga telah menamakan semula kedainya sebagai "Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam".

Dalam pertarungan BoBoiBoy vs Ejo Jo Finale, Tok Aba telah meminjam Jam Kuasa kepunyaan Ying untuk mengganggu Ejo Jo dari mengeluarkan Naga Bayang dan menelan wira-wira. Ia dikembalikan semula kepada Ying selepas dia dibebaskan dari Kokun Bayang. Sementara itu, Tok Aba masih meneruskan kerjayanya di kedai dan menjaga BoBoiBoy sepanjang siri.

BoBoiBoy Galaxy[]

Selepas peristiwa yang berlaku dalam filem, Tok Aba tetap menjadi penjaga BoBoiBoy dan meneruskan kerjaya di kedainya bersama BoBoiBoy dan Ochobot. Tok Aba telah menyambut kedatangan Koko Ci dan MotoBot di kedainya dan membuat minuman untuk mereka.

Tok Aba kemudiannya mengucapkan perpisahan kepada cucunya apabila dia dengan rakan-rakannya memulakan pengembaraan galaksi sebagai anggota TAPOPS. Tok Aba juga telah biasa melakukan kerjanya sendirian sepanjang hari, tetapi kadang-kadang disanjung oleh kehadiran Papa Zola yang teleport semula ke Bumi kerana homesick.

Tok Aba kemudiannya dilihat sekali lagi dalam Loopa Lupa?, beliau mengalu-alukan kepulangan cucunya dari kerjayanya dengan TAPOPS. Beliau mempunyai perjumpaan dengan BoBoiBoy sebelum memberitahu Papa Zola bahawa Mama Zila mempunyai pesanan senarai bahan makanan untuk dibelinya sebelum mereka pulang ke rumah.

Kuasa dan Kebolehan[]

Serangan
1/5 Profil Galaxy Tok Aba
Pertahanan
2/5
Ketangkasan
3/5
Keberanian
4/5
Kelajuan
1/5


Kebolehan[]

Walaupun Tok Aba tidak mempunyai kuasa, tetapi dia mempunyai teknik dan gaya yang berlainan untuk menghukum musuhnya termasuklah cucunya.

Dalam Musim 3, Episod 2, Tok Aba menggunakan jam kuasa Ying secara sementara selepas BoBoiBoy dan yang lain terperangkap dalam Kokun Bayang Ejo Jo. Walaupun umurnya yang agak tua, Tok Aba cukup mahir menggunakan kemampuan Manipulasi Masa Ying. Tok Aba kemudiannya mengembalikan jam kuasa itu kepada Ying.

Selain itu, Tok Aba juga mempunyai skil dan teknik yang menarik ketika melawan Raksasa Tidur dalam permainan dam haji dan kebolehannya menggunakan jam kuasa Ying ketika melawan Ejo Jo.

Taktik Dam Haji
  • Gerakan Kemenangan: Tok Aba memakan satu dam milik Raksasa Tidur dengan dam BoBoiBoy.
  • Gerakan Ayam Tambatan: Tok Aba menggerakkan salah satu buah dam.
  • Gerakan Ayam Tiga Rasa: Tok Aba menggerakkan dam BoBoiBoy untuk makan tiga buah dam sekaligus dengan tiga jenis kuasanya iaitu petir, angin dan tanah.
  • Hikmat Ayam Susar: Tok Aba menggerakkan dam Gopal untuk makan dua dam Super Probe.
  • Hikmat Ayam Penyet: Tok Aba menggerakkan dam Ying dan memijak-mijak salah satu buah dam dengan 1000 loncatan sehingga penyet.
  • Hikmat Cakar Ayam: Tok Aba menggerakkan dam Yaya dan Ying setelah Adu Du memasuki perangkapnya.
Kuasa Manipulasi Masa

Dalam Musim 3, Episod 2, Tok Aba pernah memakai jam kuasa Ying untuk menyelamatkan mereka daripada Ejo Jo.

  • Larian Laju: Tok Aba berlari dengan pantas.
  • Kelajuan Normal: Tok Aba mengembalikan keadaan yang lambat menjadi normal semula.
  • Kuasa Slow-Mo: Tok Aba menggunakan kuasa Ying untuk memperlahankan masa.

Kemahiran[]

Tok Aba mahir sebagai barista dan ditunjukkan untuk dapat membuat pelbagai jenis minuman. Minuman baru sentiasa diperkenalkan, menunjukkan bahawa dia melakukan percubaan dengan koko beliau. Beliau juga mempunyai banyak daya tahan untuk seseorang yang berumur, mampu mengendalikan kedai koko itu sendiri tanpa kesia-siaan dalam kesibukan.

Rupa[]

Tok Aba mempunyai bentuk kepalanya yang agak bujur jika dibandingkan dengan wajah BoBoiBoy dan kawan-kawannya yang serba kebulatan serta dia memakai cermin mata yang lebih kecil daripada matanya. Tok Aba sering memakai kopiah dan baju biru bercorak petak-petak serta memakai seluar yang berwarna biru tua dan berkasut putih.

Perwatakan[]

Tok Aba merupakan seorang penjaga kedai, tetapi sedikit tegas dengan kanak-kanak di sekitarnya tetapi tetap mesra dan kadang-kadang berjenaka. Dia menginginkan yang terbaik daripada cucunya, BoBoiBoy dan sebab itulah dia ingin BoBoiBoy menolongnya menjaga kedainya sekali. Dengan cara itu, Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam boleh terus maju ke depan.

Mengikut konsep asal, Tok Aba digambarkan sebagai pendisiplin tegar yang mempunyai rotan untuk mengajar cucunya jika dia degil. Tetapi, seperti yang ditunjukkan Tok Aba adalah seorang yang penyayang, mesra, kelakar dan baik hati. Walau bagaimanapun, dia masih lagi tegas jikalau cucu atau kanak-kanak lain melakukan kesilapan dengan cara menasihati mereka.

Dalam Kebenaran Raya, Tok Aba bersetuju dengan tanggungjawab cucunya walaupun dia kecewa dengannya apabila tidak pulang ke Bumi untuk beraya bersamanya kerana misi penting, tetapi dalam masa yang sama memahami tanggungjawab cucunya itu.

Keluarga[]

Tok Aba mempunyai seorang anak dan seorang cucu. Oleh kerana anaknya selalu tiada di rumah kerana urusan yang sangat-sangat penting, cucunya ditempatkan bersama dia di Pulau Rintis. Tidak lama selepas itu, Ochobot pula tinggal bersama mereka selepas diselamatkan oleh cucunya, BoBoiBoy.

Trivia[]

  • Tok Aba disuarakan oleh Anas Abdul Aziz dalam kedua-dua versi Bahasa Melayu dan Inggeris. Dalam versi Bahasa Inggeris, dia mempunyai suara yang lebih rendah manakala dalam versi Malaysia, suaranya sedikit lebih tinggi.
  • Tok Aba dahulu hebat bermain bola sepak, tetapi apabila usianya semakin tua dia mencuba bermain dam haji dan menjadi hebat dalam permainan itu.
  • Dalam kredit akhir BoBoiBoy Movie 2, Tok Aba ditunjukkan mahir dalam ketepatan, apabila dia ditunjukkan sebagai seorang yang mahir dalam memanah.
  • Kemungkinan besar, Tok Aba merupakan penduduk asal di Pulau Rintis sebelum berpindah ke Kota Hilir bersama anaknya, Amato. Kemudian, dia berpindah kembali ke Pulau Rintis.
  • Jenis lagu kegemaran Tok Aba ialah lagu Melayu lama.
  • Warna kegemaran Tok Aba ialah biru.
  • Minuman koko Tok Aba sangatlah sedap sehinggakan Adu Du dan Probe ingin mencurinya kerana ia adalah bahan tenaga yang penting di planet mereka.

Galeri[]

Wiki-wordmark
Wiki BoBoiBoy mempunyai pelbagai gambar menarik tentang Tok Aba. Rujuk Tok Aba/Galeri.

Video[]

Rujukan[]

Pautan luar[]

Advertisement