FANDOM


Tombak Halilintar
Tombak Halilintar
Penggunaan pertama: BoBoiBoy: The Movie
Mengandungi kuasa: Kejutan Halilintar
Digunakan oleh: BoBoiBoy Halilintar
Elemen: Halilintar
Sasaran: Kurita, Bora Ra
Tombak Halilintar merupakan senjata utama bagi BoBoiBoy Halilintar dalam BoBoiBoy: The Movie. Saiznya lebih panjang dari Pedang Halilintar.

Sejarah

Senjata ini pertama kali digunakan dalam BoBoiBoy: The Movie di mana BoBoiBoy Halilintar menggunakannya untuk dengan melontarkan ke arah Kurita lalu dikombokan dengan Tusukan Bayang oleh Fang. Akibat daripada serangan itu, Kurita hilang kawalan lalu ia terhempas ke dalam laut.

Kemudian setelah BoBoiBoy berpecah, Halilintar menggunakan tombak ini sekali lagi dengan menghasilkan Pusaran Halilintar dan serangan itu bertembung dengan Lohong Hitam milik Bora Ra. Lalu dia menyerangnya lagi berulang kali dengan serangan jenis tetakan dan diakhiri dengan renjatan halilintar yang menyebabkan Bora Ra pengsan dan jatuh ke tanah. Kemudian, setelah Bora Ra diikat dengan Akar Berduri oleh BoBoiBoy Thorn, BoBoiBoy Halilintar menusuk tombaknya ke dalam batu lalu renjatannya mengalir melalui seluruh akar tersebut sehingga ia sampai ke Bora Ra.

Kuasa

  • Pusaran Halilintar: BoBoiBoy Halilintar memusingkan tombaknya dengan laju untuk menghasilkan kilat, dan kemudian menyerang Bora Ra dari arah atas.
  • Tetakan Tombak Halilintar: BoBoiBoy Halilintar menggunakannya terhadap Bora Ra dengan menetak dan memukulnya berulang kali dengan kuat untuk melemahkannya.

Trivia

  • Ia merupakan tombak panjang dengan corak bilah halilintar berwarna merah di kedua-dua hujung kiri dan kanannya.

Galeri