BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Buat masa ini saya sedang merancang beberapa perubahan untuk penyampaian Wiki BoBoiBoy ini demi menambah baik kualitinya. Halaman utama atau "anjung" wiki ini sudah pun saya perbaharui dengan mencontohi Wiki BoBoiBoy bahasa Inggeris, cuma ada beberapa perkara untuk diperhalusi.

Selain itu saya turut bercadang untuk mengolah setiap rencana mengenai episod kepada format halaman bertab (tabbed pages) – sila rujuk laman ini untuk faham maksud saya. Untuk itu saya nak letak maklumat asas di tab depan (infobox, sinopsis, trivia, pautan luar dsb.) dan plot di tab belakang. Dan mungkin juga tambah satu lagi tab galeri untuk gambar2 yang dicekup dari tayangan cerita (screenshot).

Cara mengambil gambar daripada cerita pun perlu diperbaharui memandangkan ada pembaharuan pada portal video Tonton. Dulu susah sebab tak boleh hentikan gambar (pause) bila nak cekup gambar. Sekarang dah elok, cuma perlu singkirkan iklan yang keluar di tengah gambar bila pause itu.

Kepada sesiapa yang membaca catatan blog ini, anda ada apa-apa lagi cadangan untuk menambah baik wiki ini?

Advertisement