BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Saya selaku pengasas wiki BoBoiBoy berbangga melihat kerancakan aktiviti di wiki ini. Ramai ahli yang datang menyumbangkan bahan-bahan yang menarik ke dalam wiki ini. Akan tetapi, satu perkara yang amat membimbangkan saya ialah andaikan saya ditimpa malang sehingga tidak dapat menjaga wiki ini dalam masa terdekat, padahal siri BoBoiBoy menayangkan episod-episod baru sampai bila-bila, siapa nak tolong kemaskinikan wiki ini untuk tatapan peminat BoBoiBoy turun-temurun?

Oleh itu, saya hendak melantik pentadbir (admin) baru untuk menolong saya menjaga wiki ini. Untuk sesiapa yang berminat, sila tulis mesej di bawah pos ini. Saya akan menilai disiplin dan pencapaian anda sebelum melantik sesiapa.

Advertisement