BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Wak Baga Ga merupakan salah seorang ahli dalam Lima Panglima Scammer dan juga bomoh penipu yang berasal dari Planet Ata Ta Tiga.

Sejarah[]

BoBoiBoy[]

Wak Baga Ga pertama kali muncul dalam Khidmat Wak Baga Ga, apabila dia datang ke Markas Kotak untuk mengubati Probe yang kehilangan ingatannya. Selepas memperkenalkan dirinya kepada Adu Du dan Probe, dia membuat pemeriksaan awal ke atas tubuh Probe dan selepas membuka kepala Probe, dia menemui punca utama Probe mengalami hilang ingatan. Kemudian, Baga Ga membuat helah dengan menjelaskan bahawa kelemahan ingatan Probe sudah sampai "tahap ketujuh" dan jika dibiarkan boleh jadi "tahap kelapan", iaitu terus kronik dan lupa diri. Jadi, Baga Ga mencadangkan hipnosis kepada Probe, di mana dia akan dipukau dengan hentakan yang bertalu-talu oleh jam rantai Baga Ga, sambil Adu Du menceritakan kisah silam mereka.

Selepas selesai sesi hipnosis, Baga Ga menepuk tangan untuk mengejutkan Probe dari pukauan lalu mencadangkan ubat hikmat "Tongkat Bayam Sakti Ajaib" yang dihebahkannya amat mujarab untuk pelbagai jenis penyakit yang lain di dunia. Adu Du yang menyangka ubat tersebut mempunyai harga yang mahal diberitahu oleh Baga Ga bahawa ubat ini percuma kerana dirinya ikhlas, bukan seperti Bago Go. Di luar markas, selepas menyerahkan resit, Baga Ga mengambil peluang untuk membuka kepala Probe dan menyambungkan semula wayar yang terbuka di dalam sistemnya lalu pulang meninggalkan mereka. Seketika kemudian, Baga Ga berpatah balik ke pekarangan markas untuk bertanya mengapa ditarik semula cas kredit kad tadi, dan akhirnya Probe bertukar mod lalu menembak mereka berdua di luar markas itu.

Dalam 5 Panglima Scammer, Wak Baga Ga datang ke Bumi dengan semua abangnya kerana Adu Du dan Probe menipu Baga Ga untuk mengembalikan semua wangnya dan membawanya kembali ke angkasa.

Dalam Pertarungan Di Bulan, Wak Baga Ga dengan Lima Panglima Scammer menyerang SampahBot Adu Du dengan MegaBot ScamBot. Tidak lama kemudian, Gopal menukarkan batu-batu bulan jadi emas berlian, menjadikan Lima Panglima Scammer melupakan pertarungan dan mengejarnya. Apabila mereka melupakan pertarungan, Adu Du masuk ke dalam MegaBot ScamBot dan memijak ke arah mereka.

Rupa[]

Wak Baga Ga berbaju putih dengan bandana kuning dan gelang leher manik. Bentuk misainya sama dengan Bago Go, tetapi hujungnya agak serabut. Ton kulitnya pula agak gelap berbanding Bago Go.

Perwatakan[]

Wak Baga Ga sering memperdayakan mangsa-mangsanya dengan ubat-ubatan dan rawatan-rawatan palsu yang diuar-uarkannya sebagai ubat paling mujarab dan diperoleh daripada ramuan-ramuan yang melampau luar bias asal-usulnya. Berbanding saudara-saudaranya yang lain, Wak Baga Ga sentiasa berpelat dalam bahasa Jawa.

Trivia[]

  • Wak Baga Ga berkongsi pelakon suara yang sama dengan Bago Go iaitu Nizam Razak.
  • Seperti Bago Go, produk Wak Baga Ga juga sangat mahal.
  • Seperti Bago Go, dia memanggil seseorang dengan panggilan "bang".
  • Wak Baga Ga awalnya dikenal sebagai "kawan" Bago Go dan kulitnya awalnya terang.
  • Ketika ketibaan Wak Baga Ga tiba di Markas Kotak, Adu Du melakukan analisa struktur muka yang menghasilkan 99% daripada Bago Go dan 1% daripada Baga Ga. Baga Ga menyatakan bahwa dia adalah 1%. Ini menunjukkan bahawa dia 1% betul. Walaupun mereka serupa, tetapi misai mereka berbeza.

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Wak Baga Ga

Gambar promosi[]

Cekupan skrin[]

Video[]

Advertisement