BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Yap Ee Jean merupakan pelakon suara yang pernah membintangi suara bagi watak Mei Mei dalam siri Upin & Ipin selama tiga musim pertama siri animasinya dan filem Geng: Pengembaraan Bermula. Pada musim ke-4 siri Upin & Ipin, orang lain telah menggantikan Ee Jean sebagai pelakon suara bagi Mei Mei dalam siri Upin & Ipin.

Setelah mengundurkan diri buat sementara waktu, Ee Jean kembali ke bidang mengisi suara bagi watak Ying dalam siri animasi Malaysia, BoBoiBoy. Ee Jean juga turut menyuarakan watak Ying dalam BoBoiBoy: The Movie dan kesinambungannya, BoBoiBoy Galaxy.

Trivia[]

  • Dalam sesi temubual bersama barisan pelakon suara BoBoiBoy: The Movie dalam Majalah Komik BoBoiBoy, Ee Jean berkongsi pengalaman menariknya sewaktu membuat rakaman suara di mana beliau bercakap terlalu laju sehingga tidak disedarinya, dan orang lain tidak faham apa yang dikatakan olehnya.
  • Biodatanya dalam Majalah Komik BoBoiBoy isu ke-72 mendedahkan bahawa:
    • Nama panggilannya ialah YeYing dan Eejean.
    • Berasal dari Sungai Petani, Kedah.
    • Mempunyai hobi untuk membuat kraf tangan, melukis, yoga, melancong dan menulis.
    • Makanan kegemarannya ialah roti dan butter, sambal udang dan ikan asam pedas.
    • Minuman kegemarannya ialah teh tarik.
    • Tempat yang paling ingin dilawati olehnya ialah Santorini dan Switzerland.

Galeri[]

Video[]

Advertisement