Wikia

BoBoiBoy Wiki

Yaya

Bincang0
170laman di
wiki ini
Yaya
Watak BoBoiBoy
Yaya s3
Penampilan
sulung
"Episod 1"
Pelakon
suara
Sarah Alisya Zainal Rashid


Yaya Yah ialah salah seorang kawan BoBoiBoy yang juga memiliki kuasa super berian Ochobot. Keupayaan Yaya adalah terbang dan mengangkat benda berat.

Di Sekolah Rendah Pulau Rintis, Yaya merupakan ketua darjah 5 Jujur.

Selain siri BoBoiBoy, Yaya turut tampil dalam siri sedutan ringkas berbentuk tauladan iaitu Apa Kata Yaya sebagai watak utama.

Yaya

Kuasa Yaya-boleh terbang dengan laju

Kuasa

Yaya angkat gajah

Yaya menunjukkan kekuatan luar biasanya.

Yaya boleh terbang dengan sangat laju di angkasa sehingga sukar dikejar oleh apa-apa yang mengejarnya, termasuk peluru. Dia juga mampu mengangkat barang-barang yang berpuluh kali lebih berat daripada dirinya, termasuk gajah dan kapal angkasa. Oleh itu, dia boleh diibaratkan dengan Superman.

Walau bagaimanapun, dalam episod 10 musim 2 ada menerangkan kuasa sebenar Yaya iaitu 'memanipulasi graviti'. Dengan memanipulasi graviti, Yaya merendahkan graviti bumi di bahagian tapak kakinya dan membolehkan dia untuk terapung. Yaya juga boleh mengumpulkan graviti di bahagian tangan dan membolehkan dia menumbuk dengan sangat kuat. Dia juga boleh meringankan dan memberatkan benda-benda di sekelilingnya dalam lingkungan diameter 50 meter.

Rupa

Yaya sering berpakaian serba merah jambu. Bajunya berlengan merah jambu yang panjang, berjalur putih dan merah jambu yang menegak. Di atas bajunya, dia memakai anak baju yang berwarna kuning dan berlukisan bunga merah tersenyum. Yaya memakai tudung merah jambu yang berbunga kuning, mempunyai tanda berhentuk mulut di bahagian tepi atas kepalanya, dan beralaskan sepasang gogel. Dia juga berseluar merah pulasan.

Mengikut konsep asal watak ini, Yaya kelihatan tidak bertudung penuh, sebaliknya memakai skarf kepala (yang juga bergogel) dan terdedah rambut jambul pepat di hadapan dan ekor kuda di belakang.

Untuk musim ke-2, gayanya masih sama namun kini dia memakai pin tudung berbentuk bunga.

Bagi musim ketiga, dia todak lagi memakai pin tudungnya dan memakain gogapl merah jambu. Tudung Yaya pula berada di luar bajunya dan lengan bajunya semakin singkat. Yaya juga memakai kasut merah jambu.

Kuasa

  • Terbang
  • Tumbukan Padu
  • Tumbukan Super Padu
  • Cakaran Padu
  • Kelajuan Supersonik
  • Tendangan Super Kuat

Perwatakan

Penampilan Yaya bagaikan seorang gadis yang manis, mesra dan ceria, tetapi mudah kecil hati. Dia suka menolong orang dan tidak suka apabila kawan-kawannya menolak pertolongannya. Yang paling kurang menyenangkan orang, Yaya suka membuat biskut tetapi biskut-biskut yang dibuatnya selalunya tidak sedap dimakan. Walaupun begitu, kawan-kawannya tidak wajar membidas ketaksedapan biskut Yaya supaya Yaya tidak naik berang.

Sebagai ketua darjah, Yaya menunjukkan sikap tegas tanpa rasa takut atau berat sebelah dalam mendenda pelajar yang melanggar peraturan disiplin sekolah, walaupun kawan baiknya sendiri.

Trivia

  • Dalam versi alih suara bahasa Inggeris di YouTube (bukan Disney Channel), nama Yaya ditukar kepada "Hanna". Tiada sebab yang jelas diberikan atas hal ini.

Video

Meet Yaya!00:30

Meet Yaya!

Video pengenalan watak Yaya

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak